Wednesday, December 28, 2011
25 tahun menghirup bumi. Alhamdulillah ya Allah.
Hari ini adalah 28 Disember 2011, dahulunya 28 Disember 1986 dimana saya dilahirkan juga tetapi pada masa itu situasi dan keadaan yang berlainan dibanding sekarang. Pada semester akhir ini insyaAllah. Saya menyambut hari lahir yang ke 25 tahun. Saya tidak menyangka akan mendapat kejutan daripada rakan persatuan dan rakan sekelas. Rasa terharu menyelinap ke dalam diri saya. Betapa rupanya saya ini masih mejadi salah satu rakan di dalam ingatan mereka. Selama 3 tahun mengenali mereka semua (mungkin ada yang baru kenal) banyak yang saya ketahui. Mulai dari A hingga Z. Namun, tahu saja tidak cukup, perlu juga kenal mereka. Semoga ukhwah kita tidak terputus disini.:)
Tuesday, December 27, 2011
Monday, November 7, 2011
Diskusi GPTD Unisel | 7 Nov 2011 |1432 H
Semasa Konvo Kak Tini |
Friday, November 4, 2011
ikhlas.
Diskusi Grup GPTDUNISEL
Hadiah dari Miss Naza (Lecturer KM) |
Sunday, October 30, 2011
Belajar Dari Anak Kecil.
Monday, August 15, 2011
dunia tanpa pemimpin,apa kata dunia?
Dunia tanpa pemimpin, apa kata dunia?. Ini boleh diibaratkan kapal tanpa pengemudi, belon yang terbang di udara yang akan pecah bila2 masa saja. Aduh, ibaratkan saja yang dipimpin itu belon,pasti akan pecah (maksudnya bercerai/huru hara) apa yang akan terjadi.?..
Kapal saja memerlukan kapten untuk mengemudinya, apatah lagi dunia. :)
Thursday, May 26, 2011
Di ufuk fajar.
Unisel |
Saturday, March 26, 2011
kembara bersama AIMAN.
keberanian aku mana?
Disana sini aku mendengar soal perjuangan itu perjuangan ini. Aku serasa ingin juga turut serta tapi aku takut. Terasa seolah-olah terdengar ada suara mengatakan "jangan,jangan,jangan".arghhh..tension pula.
Wednesday, March 23, 2011
ragam selepas exam
Sunday, March 13, 2011
Istikharah.
[Berada di dapur rumah bersama mama]
rasa nuansa hati.
Pada awan biru kumelakarkan kata-kata ~~kata Hafiz Hamidun.
Thursday, March 10, 2011
Tinta terakhir bergelar setiausaha
Friday, February 18, 2011
:P
BUMI PENAT,SAYA PENAT, KAMU PENAT, SEMUA PENAT.BERHENTI.
“ Takpe, hari ini hari dia, esok hari aku, tunggulah, Allah maha adil.”
Pernah tak kamu merasa dipinggirkan oleh kawan-kawan? Pernah tidak merasa seorang diri buat itu dan ini? Pernah tak,pernah tak?Apa yang kamu rasa pada masa itu? Marah, sedih, kecewa,nak bunuh diri? Tidak boleh TIDAK untuk mengatakan gembira kan, sememangnya lumrah manusia perasaan akan lahir jika disakiti, perasaan akan lahir jika dikhianati, perasaan akan lahir jika disukai dan lain-lain. Bagaimana nak mengatasi masalah perasaan ini jika timbul agaknya? Kalau perasaan gembira yang timbul tidak mengapa tetapi bagaimana jikalau perasaan yang kurang enak? Rasa ingin membenci orang yang telah menyakiti tetapi tak boleh. Jikalau membenci, itu namanya membalas dendam, kalau membalas dendam bukannya boleh mendapat semula apa yang hilang.
Mengapa wujud orang yang suka menfitnah ini di dunia? Adakah itu satu keseronokan baginya sehingga fitnah baginya satu tabiat sehinggakan memakan daging saudara sendiri sangat gembira baginya. Sukar memahami tetapi tidak ingin pun memahami . Menurut sumber buku Fitnah di akhir zaman, fitnah ini adalah merupakan musibah bagi yang difitnah maknanya si pemangsa. Mengapa? Kerana yang difitnah itu ingin dicuba oleh Allah s.w.t .
Semua orang ingin hatinya dijaga, semua orang tak nak sakit hati, letih juga kadang-kadang berjumpa dengan orang seperti ini. Penat melayan.Nak ikut semua kehendaknya tetapi tak penah berfikir nak menjaga hati orang disekelilingnya, tak pernah berfikir nak menjaga perilakunya daripada menyakiti orang disekelilingnya, tidak pernah mengetahui apa yang keluar dari mulutnya adalah sesuatu yang menyakiti hati orang disekelilingnya. Tidak salah untuk tidak menjaga hati,tidak salah untuk menjaga perilaku, tidak salah untuk berkata sesuatu TETAPI perlu diingat jika ingin membuat semua itu, MAKA jangan kecil hati, sakit hati ,marah, sedih, murung jika diperlakukan sedemikian rupa juga. Itu setimpal dengan apa yang dilakukan. Allah membayar “Cash” dengan setiap perbuatan sehari-hari.Jangan lupa, jika berbuat dengan tangan kiri sekalipun tangan kanan tidak pernah tahu TETAPI Allah itu Maha Tahu segala-galanya. Jangan buat-buat lupa.
Bukan tujuan untuk memburuk-burukkan jauh sekali kerana yang menulis juga tidak akan pernah lari dari berbuat seperti di atas. Namun, sebagai peringatan bersama bahawa dunia bukan selamanya berputar, ada masanya ia akan berheni dari berputar. Bumi juga tahu akan kepenatan membawa manusia-manusia sebegini. Saya juga penat berhadapan, kalian juga penat akan berhadapan. Semua orang akan penat suatu hari nanti. Maka, bila penat itu sudah berakhir maka kita akan bertemu juga suatu hari nanti, bukan di sini tetapi di sana , semua orang akan berkumpul, akan ditanya. Pada masa itu, jawab jangan tak jawab kata saiful Apek.:)
Sunday, February 13, 2011
Nomad.
Ketika tingkatan 6 di sekolah menengah tinggi, aku pernah mempelajari perkataan nomad ini.
Nomad yang aku pelajari ketika itu bermaksud berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain bertujuan mencari sumber makanan bagi masyarakat tersebut.
Namun, kini aku sering mendefinisikan diri ini sebagai nomad bukan kerana berpindah randah demi mencari makanan seperti masyarakat sebelumnya tetapi kerana mencari ilmu.
Kisah Perjalanan Ulama menuntut ilmu.
Bukan aku yang memulai kisah nomad demi menuntut ilmu tetapi ulama dahulu telah pun memulakannya. Kita sememangnya disuruh untuk keluar dari tempat tinggal demi mencari ilmu.
Diantara manfaaat keluar menuntut ilmu ialah :
- Mereka yang keluar menuntut ilmu akan mendapatkan ilmu dan matang dari segi ilmunya.
- Mereka akan mempraktikkan dan mengamalkan ilmu agar menjadi para ulama yang beramal.
- Menyebarkan ilmu yang telah mereka pelajari selama perjalanan tersebut.
- Luasnya wawasan mereka akan kebudayaan masyarakat dengan berjumpa perbezaan masyarakat selama perjalanan serta mengetahui hukum-hukum, pepatah, peribahasa dan sebagainya.
Pengertian Ilmu
Ilmu secara bahasa adalah lawan Bodoh.Seseorang yang berilmu dikatakan 'aalim atau 'aliim @ ulama. Ilmu yang sebenar-benarnya adalah ilmu yang dipuji Allah s.w.t dan Rasul-Nya, iaitu ilmu yang diwariskan para Nabi.
Rasulullah S.A.W bersabda :
"Sesungguhnya para Nabi tidak pernah mewariskan dinar maupun dirham, akan tetapi mereka mewariskaan ilmu. Barangsiapa yang mengambilnya, ia telah mendapatkan bahagian yang sangat besar."(Diriwayatkan abu Dawud, Kitab Al-IIm)
Hukum Menuntut Ilmu
Hukum menuntut ilmu adakalnya fardhu ain atas setiap Muslim, seperti belajar solat, puasa, haji, zakat dan amalan-amalan yang diperlukan oleh setiap Muslim dalam kehidupan sehari-hari.
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Menuntut ilmu wajib atas setiap Muslim." ( Shahih Al-Jami,No 3913)
Menuntut Ilmu
Lukman Al-Hakim "Wahai anakku, duduklah dengan ulama dan rapatkanlah kedua lututmu kepada mereka. Kerana, sesungguhnya Allah akan menghidupkan hati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan tanah yang mati dengan curahan hujan."
Imam Asy-Syafi'i Rahimahullah berkata : "Tidak akan beruntung orang yang menuntut ilmu, kecuali orang yang menuntutnya dengan serba kekurangan. Aku dahulu untuk mencari sehelai kertas pun sangat sulit."
"Tidak mungkin seseorang menuntut ilmu dengan keadaan serba ada dan harga diri yang tinggi akan beruntung.Akan tetapi, orang menuntut ilmu dengan tunduk, kesempitan hidup berkhidmat kepada ilmu, dan merendah diri, maka ia akan beruntung."
"Fahamlah ilmu sebelum kamu menjadi pemimpin. Jika telah memimpin ,tidak ada lagi jalan untuk mendalami ilmu."
"Barangsiapa menuntut ilmu, haruslah mendalam agar hal-hal terkecil dari ilmu tidak hilang darinya."
"Siapa yang tidak mencintai ilmu, tidak ada kebaikan padanya. Maka, janganlah kamu berteman atau berkenalan dengannya."
(Tahdzib Al-Asma' wa Al-lughaat,1/75)
Jika kita katakan menuntut ilmu pada masa ini susah, lihat saja ulama pada masa dahulu, lebih dari yang kita jangkakan. Mereka berjuang keras dalam menuntut ilmu demi mendapat keredhaan Allah. Mereka mengerahkan semua kemampuan semata untukNYA. Mereka menahan untuk menempuh jarak yang sangat jauh dan penuh aral melintang.
Bagi seorang penuntut ilmu seharusnya sabar atas segala cobaan yang ditemukan dan harus tabah dalam menghadapi apa pun yang ada dihadapannya.
Sumber : Buku Perjalanan Ulama Menuntut Ilmu (Abu Anas Majid Al-Bankani)
Saturday, February 12, 2011
Muridku.
Berlari sambil menangis dan menyembunyikan tangisannya,
Berlari bebas apabila berada di dunia luar,
Memberontak apa bila dimarah,
Pergerakannya yang lambat,
Tiada bekeyakinan,
Ciri-ciri seorang kanak-kanak yang aku lihat di sebuah filem (hindustan).
Dia seorang yang sangat berkeinginann tinggi untuk belajar, dia juga ingin belajar tetapi di dalam kehidupannya sendiri, dia ada bayangannya sendiri, dia ada mimpi sendiri, semua itu adalah pendidikan baginya.
Bagi kawan yang tidak mengerti pasti akan mentertawakannya,
Bagi ibu & Ayah yang tidak mengerti pasti akan menengkingnya,
Bagi guru yang tidak mengerti pasti akan memarahinya,
Baginya dia adalah "bodoh" di dalam kelas tetapi "bijak" di luar kelas.
Senyumannya tidak menguncup apabila berada di luar tetapi senyuman itu hilang bila berada di dalam kelas. Aneh tetapi inilah realiti. Dia sangat instimewa dipandanganku. Dia bukanlah kanak-kanak "bodoh" seperti yang diuar-uarkan oleh segelintir guru, juga bukan kanak-kanak"lembab" seperti yang di hebohkan oleh rakan-rakannya tetapi "sangat pandai" di kalangan mereka semua. Wahai guru, sudah bersediakah anda berhadapan murid seperti ini?
Guru yang cerdik tidak memandang luaran kanak-kanak seperti ini. :)
p/s : teringat sewaktu zaman kecilku.:)
Thursday, February 10, 2011
Sang Pencerah.
Nasihat di atas adalah nasihat K.H Ahmad Dahlan untuk dirinya. K.H Ahmad Dahlan (Darwis) merupakan pimpinan pertama Muhammadiyah.
.............................................................................................................................................................
Saya diberi pinjam sebuah buku yang dibeli semasa XPDC Wali Songo anjuran grup pengkaji tamadun dunia unisel oleh Encik Izwan Suhadak. Beliau adalah penasihat kepada Grup Pengkaji Tamdun Dunia Unisel. Buku itu sangat tebal, melihatnya saja membuatkan terfikir sempatka membaca dalam masa sehari?Walaupun bukan la sehari diberi pinjam.hehe
sedikit sinopsis mengenai buku ini berkenaan Perjuangan K.H Ahmad Dahlan seorang kiai muda atau ulama di Yogjakarta, Indonesia cuba memberi makna pengertian islam yang sebenarnya sehingga tertubuhnya Muhammadiyah. Pelbagai kendala yang beliau terima namun itu semua bagai angin yang berlalu. Sehinggakan ada satu ketika langgar @ tempat pengajian beliau diruntuhkan,panggilan "kafir" sering melabel beliau, juga tidak kurangnya pandangan aneh yang sentiasa melihat dengan penuh kedengkian. Perjuangan beliau adalah memperkenalkan maksud sebenar islam kepada orang islam itu sendiri rupanya lebih sukar apabila orang islam itu sendiri menolak untuk diajarkan. Buku tulisan oleh Akmal Nasery Basral (Sang Pencerah ) ini sangat memberi kesan dihati.
Memang setiap buku perjuangan yang dibaca sering membangkitkan semangat. Halangan yang mereka lalui lebih payah daripada apa yang saya lalui namun sifat putus asa itu tidak hadir di dalam diri mereka, KERANA hati mereka itu sudah diSETkan bahawa apa yang mereka lakukan itu hanya kerana ALLAH.untuk menggembirakan ALLAH.untuk mendapatkan keredhaan ALLAH.
Baru-baru ini hatiku bergoyah bilamana ada permintaan yang membuatkan aku berfikir sekali lagi. Aku terfikir mengapa aku yang dipilih?Sudah 2kali permintaan ini mendatangi aku.Kali pertama aku memang menolaknya mentah-mentah. Kali ke2 membuatkan aku berfikir, walhal sebelum ni aku bertegas untuk menolak. Sungguh , hatiku bergolak. Istikharah adalah jalan terbaik, berfikir secara lebih mendalam mengenai permintaan itu, membaca buku dan AKHIRNYA...
Aku terkejut juga dengan keputusan ini, tapi aku gembira sebab aku dah boleh buat keputusan sendiri. Tidak aku nafikan membuat keputusan sendiri sejak kecil bukanla aku. Aku akui sejak bergiat aktif banyak mengajar erti mengapa aku hidup. Walaupun ada juga kata-kata yang tidak enak sering didengar tapi apa salahnya aku juga menganggap ia seperti angin kerana ini semua aku lakukan kerana ALLAH.bukan siapa-siapa.
Sekian dulu coretan yang tidak seberapa....:)