Thursday, March 10, 2011

Tinta terakhir bergelar setiausaha

Ceh..Macam lah sebelum ni mencoret banyak warkah..hehe..


Semalam adalah hari penyerahan tugas dari setiausaha kepada setiausaha yang baru. Tidak terasa rupanya sudah setahun berlalu aku bergelar setiausaha, seperti biasa memegang tugas itu tidak mudah, seperti roda, seperti maggi (eh?), seperti kain lap kaki, seperti jam loceng dan banyak lagi. Kadang-kadang sedih, kadang syok sendiri, kadang-kadang gumbira, semuanya aku rasa ketika memegang takhta setiausaha merangkap PA presiden.

Diakui penerimaan sebagai setiausaha pertama kali membuatkan aku cuak,kelam kabut dan segala macam yang membuatkan jantungku selalu berdegup. Menerima tugas seperti ini memerlukan daya tahan yang kuat samaada fizikal mahupun mental,tidak kuat maka gila jawabnya ataupun meninggalkan amanah itu serta merta.Alhamdulillah, Allah memberikan aku kekuatan (walaupun masa kecil mak aku selalu cakap aku ni lembik) dalam segala hal dan jadilah aku setiausaha.:)

Bulan pertama sebagai setiausaha, banyak perkara yang aku belajar, bermula sebagai penulis surat, menulis laporan, mengetahui makna MUKTAMAR, mengetahui apa itu blog, mengetahui apa itu tafsir-tafsir yang ada di dalam ayat Al-Quran dan menahan hati ketika dimarah.Aduh, bahagian yang dimarah itu aku tidak tahan, kadang-kadang keluar juga cecair di sudut mata ini tetapi sabar sajalah seperti nama Ijlah Sabirah!:)

Bulan kedua, aku mulai mengikuti banyak program-program yang dianjurkan, mengetahui bagaimana menguruskan sesuatu ketika berprogram, berkenalan dengan kenalan dari pelbagai IPTA dan IPTS, membuatkan aku terkenal seketika. Pergi HEP, berjumpa dengan uncle yang membawa bas Unisel, berjumpa dengan pengurus aktiviti di Perpustakaan Unisel, dan berjumpa dengan orang-orang yang BESAR. Semua ini membuatkan aku semakin kerdil dan kecil dan tersentak bahawa di DUNIA ini ELDA kau kena ingat bahawa ada ramai lagi orang BESAR dan kalau dibandingkan dengan KAU maka seperti semut dan gajah.Oleh itu, carilah ILMU sebanyak yang mungkin untuk menjadi ORANG BESAR bukan ORANG YANG MEMBESARKAN DIRI.:)

Maka, berbulan-bulan aku memegang jawatan ini sehingga la bulan terakhir, aku tidak pernah menyesal memegang jawatan ini walaupun pada awalnya aku berhasrat untuk meletak jawatan(opss,)namun berkat doa Rabitah yang dibacakan sewaktu Diskusi Al Amin daripada rakan-rakan membuatkan hati aku dekat dan tempel pada ORGANISASI ini.oh,aku jatuh cinta, i'm fall in love...Pertama kali aku menjadi setiausaha dan pertama kali aku jatuh cinta yang sebenar-benarnya pada organisasi pulak tu, mesti orang akan ingat aku gila."jatuh cinta pada organisasi?,gila kali si ELda ni"Aku jawab"hanya yang memasuki organisasi ini akan memahami aku dan kalau kamu faham tujuan aku meski kamu juga akan menjadi gila seperti aku,cewah!"keh keh keh.

Kepada sahabat-sahabatku yang pernah berjuang bersama aku di organisasi ini, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak.MERCI! kata orang French. Pahit Mahit kita mendaki bukit yang paling tinggi, berenang dan lemas kita bersama-sama ketika merenangi samudera terdalam di Dunia, jalan yang berlekok tajam kita lalui sehingga termuntah-muntah membuatkan aku terfikir bahawa kamu adalah yang setia. Paling setia.Seperti kata-kata dariku, jangan pernah takut menongkah arus, tinggal angkat saja kaki dan arus akan berhenti berarus.hehe.:P

"Pemimpin itu tidak lahir di bilik kuliah, ia lahir dikemelut masyarakat"Pak Natsir.

*Aku ingin menjadi pemimpin seperti itu.InsyaAllah.







No comments:

Post a Comment