Thursday, December 1, 2016

Misi Pendidikan di Laos ~ Lambaian Aksara Selatan

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah, setelah 2 tahun menyepi dari aktiviti luar kini kembali lagi mengikuti aktiviti bersama adik-adik GPTD Penang. waa~~ dah tua. ok stop.

Kali ini berkesempatan menyertai lambaian aksara di Vientiane, Laos. Sebenarnya misi ni dah lama nak dibuat, dah tangguh 2 tahun pun. Tapi, yelah bila aktivis latar belakang yang berbeza, ada yang belajar, ada yang bekerja dan lain-lain, dan misi ni pun tangguh sebab ada yang tak boleh tarikh ni, ada yang tak boleh tarikh tu dan macam macam lagi lah, Akhirnya, awal tahun 2016, aku yakinkan diri dan 2 orang (najwa dan khadijah) nak pergi ke tak, kalau nak, beli tiket sekarang dan aturkan yang lain-lain kemudian. Semua ok dan aku buka ja laman web air asia dan bayar duit tiket, Selesai.
Bak kata cikgu wahida , buy now worry later. kihkih

Hari Pertama

Kami bergerak menaiki bas dari pulau pinang sekitar 9.00 pagi. Sebenarnya tiket jam 8.00 pagi tetapi disebabkan masalah yang kami sendiri pun tak pasti, maka lewat la bergerak dari Sg Nibong, Pulau Pinang. Saudara Aiman juga mengikuti Misi ke Laos kami ni  disebabkan perlukan peneman lelaki (sebab bawa adik-adik bawa 18 tahun). Selain itu, sarrah, teman diskusi semasa di Unisel. waa~~ reunion la kami.

Sampai sahaja di Bandar Tasik Selatan, kami dijemput oleh Sdr. Aiman yang sememangnya berada di sana menunggu kedatangan kami dengan menaiki kereta berwarna merah. Kami terus bergerak ke Sekretariat GPTD yang bertempat di Gombak. Sarrah yang sememangnya menanti kami disana penuh gembira senyumannya apabila melihat kehadiran kami. cewah~~


Dari kiri Najwa,Hani,Sarrah,khadijah
Sdr. Aiman


Retreat 

Retreat Misi Pendidikan di laos bermula lebih kurang pukul 3.30 petang dengan kehadiran Sdr. Huzaifah dan Sdr. Raimi. Khadijah mengambil peranan pertama sebagai pembentang dengan membentangkan objektif utama projek ni. Panjang lebar la beliau mengatakan itu dan ini. Fuh, terpaku sejenak melihat kepetahan khadijah ni.  Sebelum itu, kami mengadakan sesi ta'ruf dahulu. Bermacam cerita yang keluar dan jujur semua hebat belaka.

Selesai perbincangan, kami terus menyambung perbincangan sesama mengenai masalah yang kami hadapi. Kami masih lagi cuba berhubung dengan imam vina (imam masjid azhar). Namun, masalah bahasa agak menyukarkan sedikit perbualan kami melalui laman sosial wasap.  Alhamdulillah imam vina bersetuju akan mengambil kami di Lapangan Terbang Vientiane pada pagi keesokannya. Namun, aktiviti di sana kami akan bincangkan apabila tiba di sana.

Malam itu, kami terus merancang perjalanan kami yang berbaki lagi. Kami juga bergerak ke Lapangan Terbang KLIA 2 malam itu bagi memudahkan perjalanan esok. Manakala sdri Aiman hanya tiba di Lapangan Terbang KLIA 2 esok subuh. Penerbangan kami dijangka pada 7.20 pagi.

Bersambung...



Wednesday, October 19, 2016

Pelajaran untuk anak.

Bismillahirrohmanirrohim

Anak,

Pelajaran pertama kita pada hari ini adalah qana'ah.

Anak,

Ajarlah hidup bersakit, kerana nikmat tidaklah kekal.

:)


ma'cik nita buli ambil gambar macam ni.

Pelajaran untuk anak.

Bismillahirrohmanirrohim

Anak,

Pelajaran pertama kita pada hari ini adalah qana'ah.

Anak,

Ajarlah hidup bersakit, kerana nikmat tidaklah kekal.

:)


ma'cik nita buli ambil gambar macam ni.

Munifah Naurah

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum,

munifah naulah biti muhammad ramie (baca : Munifah Naurah binti Mohd Rahimie)

sebutan naurah bila disuruh perkenalkan diri.