Pertama kali menjejak kaki selepas turun diteksi apabila sampai di UNISEL dan mendaftar di dalam dewan.Selepas itu, aku,bapak dan heriah masuk ke dalam hostel untuk menyimpan barang. Terbit perasaan kasihan di dalam dada aku dan tanpa ditahan keluar juga cecair di sudut mata comel ini melihat keteguhan bapak dan heriah menghantar aku ke sini walaupun terpaksa meninggalkan pekerjaan.[kata bapak setiap hari adalah duit:p].
Orang pertama yang aku kenali adalah teman sebilik tetapi..tak lama hanya satu sem,dua sem kemudiaan berjumpa dengan AIMAN..:)
Nama diberi Aiman Izzati Binti Megat Azizon,. Beliau dilahirkan di perak [tak sure :p]. Motif sebenar bercerita mengenai aiman bukanlah untuk mempromosi beliau tetapi ingin mencoretkan sesuatu sebagai kenangan kerana kiranya sepanjang bersama beliau selama 3 semester [ alhamdulillah, tahan dengan perangai aku ;p] bersama aku di bilik bersederhana milik sementara kami itu memberi sedikit sebanyak impak yang tidak mungkin untuk dilupakan. Jika ingin dibandingkan sememangnya jauh bagai langit dan bumi perbezaan kami.
Antaranya :
1. Katil aiman sentiasa bersih manakala katil aku penuh dengan buku dan notes.
2. Meja aiman sangat teratur dan bersih manakala meja aku penuh dengan buku tetapi bersih :p
3. itu sajalah..[walaupun banyak lagi.
Walaupun aiman sebaya dengan adik aku [akbar] jadi aiman memanggil aku "kak hani".tak kisahlah,whatever..:p
Aku sangat aktif di dalam persatuan [gptd unisel] jadi disebabkan keaktifanku ini maka hampir setiap malam aku akan balik lambat ke bilik. Manakala aiman seorang yang tidak aktif di dalam berpersatuan. Kerja beliau hanya pergi kelas,balik bilik,pergi kelas,balik bilik[ulang ,ulang dan ulang]. Namun, aiman tak kesah aku balik lambat [walaupun kadang beliau merungut juga] bahkan setiap aku balik pasti senyuman akan menyambut [bahagianya].Ini adalah roomate aku yang paling setia.Walaupun tidak ikut sama berjuang bersamaku, tetapi bersama menyokongku.
Terima kasih aiman kerana :
1. Sentiasa membantu men"translate" BI ke BM
2. Menolong akak dalam bisnes printing
3. Berkongsi makanan walaupun hanya maggi
4. Bersama-sama melalui cuti hujung minggu
5. Bersabar walaupun kadang2 tinggalkan seorang diri ketika hujung minggu [ada program]
6. Menjadi teman setia ketika sedih
7. Menjadi teman "rabbit"
8. Menjadi pendengar setia
Terima kasih.Kembara bersama aiman tidak akan dilupakan.:)
Jejak-jejak itu pasti akan hilang dari pandangan namun bukan dihati :)
No comments:
Post a Comment