Hadiah dari Miss Naza (Lecturer KM) |
Hari ini terbuka lagi minda aku, bukan kerana anak kecil kali ini.:D
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan"(Al Alaq : 96 : ayat 1 )
Bacalah!Jangan jadi bodoh!Disuruh baca supaya engkau tak jadi bodoh tapi degil.Masih ingkar.Melampau batas. Apabila melihat dirinya serba cukup mula mengangkat dada, lupa masih berpijak di tanah.Ini yang dinamakan tak faham bahasa. Begitulah ayat 4 hingga 7 ( Surah Al-Alaq : 96).
Kami membaca wajah-wajah dihadapan kami, kami membaca suasana yang berlaku di dunia ini.Ada mesej yang disampaikan. Kami cuba memahami apabila Encik Izwan Suhadak berkata "apa yang boleh kamu belajar dari sebatang pokok?"Masing-masing cuba menafsir sebatang pokok,namun masih diam seribu bahasa.Memang aku masih tak faham bahasa lagi.:D.
Sekali lagi kami difahamkan tentang ilmu. Nak pandai kena berilmu, nak berilmu kena banyak membaca dan menulis, nak jadi ilmuan,oh jauh lagi kali.Masih tak faham bahasa lagi.:D.Ilmu itu adalah sesuatu yang hadir ke dalam diri dan memberi makna (Prof Al Attas), ilmu juga sesuatu yang benar. Mengapa ilmu perlu hadir dalam diri?kerana hadirnya ilmu itu didalam diri akan memberi makna kepada diri seterusnya kepada akal (fikir) dan hati ( zikir). Ingin melahirkan akal (fikir) yang berilmu perlu dari dalam hati, hati yang tenang dengan zikirNYA. Berapa ramai yang tahu Allah tapi tidak kenal Allah. Ini adalah ilmu kenal ( pengenalan) dan tahu (pengetahuan).
Selesai.
Tugas kami selepas mendengar ilmu perlu memaknakan di dalam diri.Oleh itu, kami dikehendaki membuat modul/permainan yang objektifnya memberi kesan dan pesan kepada diri dan teman-teman. Bagaimana teman saya membuatkan handphone itu sebagai satu cara mengingat Allah adalah cara yang terkesan di dalam diri ini. Kata kawan "Apa yang dilakukan ketika handphone berbunyi?"."Angkat la."Kataku dalam hati. Sama seperti diri kita, apa yang kita lakukan apabila azan berkumandang, Allahtelefon kita 5 kali sehari untuk memberitahu bahawa waktu solat telah tiba, pergi solat. Tetapi aku masih saja membiarkan panggilan itu sepi tanpa menekan butang hijau. Apa perasaan kamu jika kamu mendail dan menelefon orang yang kamu sayangi tetapi dia tidak menjawab panggilan tersebut. Kecewa bukan. sama halnya kita melengahkan panggilan solat itu, lagi teruk bila langsung tidak buat. Fuh.
Lagi kata kawan, fikirkan haiwan yang kamu kurang sukai, aku terus ternampak lalat dibayanganku.Sah,aku kurang suka lalat. Kenapa membenci lalat?sebab lalat pengotor. Lalat tidak salah katanya, tetapi sifatnya. Jangan kurang suka lalat tetapi belajar sesuatu daripada lalat. Jauhi sifatnya yang pengotor, lalat juga ciptaan Allah, ada sebab mengapa diwujudkan dimuka bumi ini, ada sebab mengapa sifatnya begitu. Mungkin ingin menyedarkan manusia bahawa apa kurangnya manusia dengan lalat sama saja kotornya. Aku mengambil iktibar disetiap kata-kata itu. Ada sesuatu yang bermakna disitu. Bacalah,faham bahasa,jangan jadi bodoh.
"Lihatlah sekelilingmu dan ambillah iktibar dari apa yang kamu lihat." Ummahhatul Hamimah.
Mbak Yani.
11.30 PM | 3 Nov 2011
Unisel
No comments:
Post a Comment