“ Takpe, hari ini hari dia, esok hari aku, tunggulah, Allah maha adil.”
Pernah tak kamu merasa dipinggirkan oleh kawan-kawan? Pernah tidak merasa seorang diri buat itu dan ini? Pernah tak,pernah tak?Apa yang kamu rasa pada masa itu? Marah, sedih, kecewa,nak bunuh diri? Tidak boleh TIDAK untuk mengatakan gembira kan, sememangnya lumrah manusia perasaan akan lahir jika disakiti, perasaan akan lahir jika dikhianati, perasaan akan lahir jika disukai dan lain-lain. Bagaimana nak mengatasi masalah perasaan ini jika timbul agaknya? Kalau perasaan gembira yang timbul tidak mengapa tetapi bagaimana jikalau perasaan yang kurang enak? Rasa ingin membenci orang yang telah menyakiti tetapi tak boleh. Jikalau membenci, itu namanya membalas dendam, kalau membalas dendam bukannya boleh mendapat semula apa yang hilang.
Mengapa wujud orang yang suka menfitnah ini di dunia? Adakah itu satu keseronokan baginya sehingga fitnah baginya satu tabiat sehinggakan memakan daging saudara sendiri sangat gembira baginya. Sukar memahami tetapi tidak ingin pun memahami . Menurut sumber buku Fitnah di akhir zaman, fitnah ini adalah merupakan musibah bagi yang difitnah maknanya si pemangsa. Mengapa? Kerana yang difitnah itu ingin dicuba oleh Allah s.w.t .
Semua orang ingin hatinya dijaga, semua orang tak nak sakit hati, letih juga kadang-kadang berjumpa dengan orang seperti ini. Penat melayan.Nak ikut semua kehendaknya tetapi tak penah berfikir nak menjaga hati orang disekelilingnya, tak pernah berfikir nak menjaga perilakunya daripada menyakiti orang disekelilingnya, tidak pernah mengetahui apa yang keluar dari mulutnya adalah sesuatu yang menyakiti hati orang disekelilingnya. Tidak salah untuk tidak menjaga hati,tidak salah untuk menjaga perilaku, tidak salah untuk berkata sesuatu TETAPI perlu diingat jika ingin membuat semua itu, MAKA jangan kecil hati, sakit hati ,marah, sedih, murung jika diperlakukan sedemikian rupa juga. Itu setimpal dengan apa yang dilakukan. Allah membayar “Cash” dengan setiap perbuatan sehari-hari.Jangan lupa, jika berbuat dengan tangan kiri sekalipun tangan kanan tidak pernah tahu TETAPI Allah itu Maha Tahu segala-galanya. Jangan buat-buat lupa.
Bukan tujuan untuk memburuk-burukkan jauh sekali kerana yang menulis juga tidak akan pernah lari dari berbuat seperti di atas. Namun, sebagai peringatan bersama bahawa dunia bukan selamanya berputar, ada masanya ia akan berheni dari berputar. Bumi juga tahu akan kepenatan membawa manusia-manusia sebegini. Saya juga penat berhadapan, kalian juga penat akan berhadapan. Semua orang akan penat suatu hari nanti. Maka, bila penat itu sudah berakhir maka kita akan bertemu juga suatu hari nanti, bukan di sini tetapi di sana , semua orang akan berkumpul, akan ditanya. Pada masa itu, jawab jangan tak jawab kata saiful Apek.:)
No comments:
Post a Comment