Nasihat di atas adalah nasihat K.H Ahmad Dahlan untuk dirinya. K.H Ahmad Dahlan (Darwis) merupakan pimpinan pertama Muhammadiyah.
.............................................................................................................................................................
Saya diberi pinjam sebuah buku yang dibeli semasa XPDC Wali Songo anjuran grup pengkaji tamadun dunia unisel oleh Encik Izwan Suhadak. Beliau adalah penasihat kepada Grup Pengkaji Tamdun Dunia Unisel. Buku itu sangat tebal, melihatnya saja membuatkan terfikir sempatka membaca dalam masa sehari?Walaupun bukan la sehari diberi pinjam.hehe
sedikit sinopsis mengenai buku ini berkenaan Perjuangan K.H Ahmad Dahlan seorang kiai muda atau ulama di Yogjakarta, Indonesia cuba memberi makna pengertian islam yang sebenarnya sehingga tertubuhnya Muhammadiyah. Pelbagai kendala yang beliau terima namun itu semua bagai angin yang berlalu. Sehinggakan ada satu ketika langgar @ tempat pengajian beliau diruntuhkan,panggilan "kafir" sering melabel beliau, juga tidak kurangnya pandangan aneh yang sentiasa melihat dengan penuh kedengkian. Perjuangan beliau adalah memperkenalkan maksud sebenar islam kepada orang islam itu sendiri rupanya lebih sukar apabila orang islam itu sendiri menolak untuk diajarkan. Buku tulisan oleh Akmal Nasery Basral (Sang Pencerah ) ini sangat memberi kesan dihati.
Memang setiap buku perjuangan yang dibaca sering membangkitkan semangat. Halangan yang mereka lalui lebih payah daripada apa yang saya lalui namun sifat putus asa itu tidak hadir di dalam diri mereka, KERANA hati mereka itu sudah diSETkan bahawa apa yang mereka lakukan itu hanya kerana ALLAH.untuk menggembirakan ALLAH.untuk mendapatkan keredhaan ALLAH.



No comments:
Post a Comment