Saturday, April 6, 2013

Mendaki bukit

Bismillahirrohmanirrohim


2 pasang kaki melangkah menuju ke Bukit Jambul. Tujuan sudah tentulah untuk mendaki bukit. Sampai di kaki bukit, terlihat beberapa pasang manusia bersenam ringan. "Barangkali persediaan sebelum menaiki bukit" Monologku. Kelihatan juga beberapa manusia sudah turun dari mendaki. Baju mereka kelihatan basah lecun dek peluh.Ada yang membawa 2 botol besar air sambil mendaki bukit.

Memulakan pendakian dengan Bismillah. Semoga diberkati dan difikirkan tentang penciptaaNYA.

Aku?Tercungap-cungap. Beratnya badan dan dosa. Eh.

Semakin naik, semakin penat, semakin tercungap-cungap. Berhenti sekejap dan berpaut pada tangan cinta. Mendaki lagi, berhenti sekejap. Mendaki lagi berhenti sekejap. Mendaki lagi berhenti sekejap. Mendaki lagi berhenti sekejap. Oi, bila nak sampai macam ni. Ok. Aku teruskan juga. Walau terpaksa. Walau nafas seakan mahu terputus. Walau baju dah basah. Tekak jangan katalah. Air liur pun dak takda. Walau itu, Walau ini.Bla bla bla.Sesetengah pendaki lain rileks saja naik dengan berlari. Bawa botol air besar pula tu. What!! Alhamdulillah, setelah berhenti banyak kali. Sampai jua akhirnya. Tiada yang lebih indah apabila kita berpenat-penat akhirnya apa yang kita lihat tersangat indah. Jika aku tahu ini yang aku lihat, sudah tentu aku takkan berhenti. Sebuah pemandangan indah di mata, tak tercakap dek mulut.

Rupanya hidup ini seperti mendaki. Jika kita tahu apa yang akan kita dapat setelah berusaha, sudah tentu kita tidak akan berhenti dan berputus asa. Tetapi ya hidup. Sudah namanya hidup. Harus dijalani walau tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa mendatang. Entah berjaya atau tidak, terpulang kepada badan. Bukan nasib badan. Asalkan jangan pernah bosan dengan hidup. Kalau bosan, hidup juga pasti bosan dengan kita. Begitu juga hati yang harus selalu dibangunkan. Bukan saja jiwa. Namun hati dan jiwa itu harus selalu dipadankan. Kemana pun hati pergi, jiwa harus selalu ada. Kan sebagai pelengkap. Bagai irama dan lagu. Bagai ombak dan laut. Bagai tempe goreng dan sambal kicap.Eh.

Semoga hidup ini bermanfaat saja.

Hani
Pulau pinang sedang hujan dan banjir kala ini.







No comments:

Post a Comment