Sunday, April 21, 2013

hari jadi bapak.

Bismillahirrohmanirrohim

Pada tulisan ini, ingin saya nukilkan mengenai bapak. Biarlah bapak menjadi hero pada cerita ini. Bapak saya  bukanlah orang berjawatan tinggi, bukan juga siapa2 melainkan bekas pekerja pemandu 'back hoe' yang hanya bersekolah sehingga darjah 6. Bapak saya mendapat pendidikan di Indonesia. Ah, selain itu, saya tidak tahu apa-apa. Selepas bekerja menjadi seorang pesawah yang tegar kerana ingin mengisi perut sehari-hari. Bapak saya anak kedua dari 4 orang adik beradik.

Bapa kepada bapak saya meninggal semasa bapak saya bersekolah lagi. Ah, sekali lagi saya tidak tahu bila.Mak kepada bapak saya meninggal selepas beberapa bulan melahirkan adik bongsu bapak saya. Sedih mendengarnya. Mak kata adik bongsu bapak saya terpaksa menyusu menggunakan tepung yang dicairkan memandangkan keadaan ekonomi pada masa tersebut sangat gawat. Hanya ubi dan tepung makanan harian. Alhamdulillah, dikurniakan badan yang sihat kepada bapak dan keluarga. Apabila saya bertanyakan mengapa bapak tidak suka berehat adalah disebabkan masa silamnya yang begitu aktif. Patut dicontohi.

Bapak saya adalah pencetus mengapa saya dan adik saya menjadikan membaca satu kegemaran sehinggakan surat khabar bungkus nasi kuning yang dijual bekas ketua kampung pun akan dibaca. Sewaktu saya dan kedua adik saya masih kecil, bapa menghadiahkan sebuah buku 555 yang panjang (kulit keras)  dan sebatang pen (yang ada penutup)untuk kami menulis diari. Err, macam takda kaitan pula. Tetapi, apabila saya mula menulis, saya mula membaca. Jadi, saya jadikan pencetus, tidak mengapa bukan. Lagipun, saya, bukan kamu.hahaha. ok, ini boleh diabaikan.

Bapak saya juga seorang yang prihatin. Ini disebabkan bapak saya sanggup pergi ke Semenanjung untuk bekerja bersama Ah Long (dia tauke bapak, bukan pemungut duit) sebab kata bapak gaji di semenanjung lebih banyak dan boleh menampung kami adik beradik kerana adik saya (kembar) telah lahir maka perlu penambahan pendapatan. Hanya sekali setahun dapat berjumpa bapak (hari raya) disebabkan hanya mendapat cuti pada waktu itu. Kesian mak. Namun, selepas 10 tahun, bapak akhirnya pulang ke kampung dan menjadi pemandu teksi (impian bapak).

Bapak bangga kepada kami adik beradik, sebab katanya kami pandai berbahasa inggeris. Err, ini disebabkan bapak pernah melihat kami berkomunikasi dengan warga asing (omputih) yang bertanyakan jalan. Alhamdulillah, ada juga yang bapak banggakan dengan kami. Kini, bapak giat bertukang membaiki rumah. Katanya untuk hari tuanya.

Bapak, semoga sihat selalu dan istiqomah. Bapak adalah bapak terbaik yang pernah saya lihat. :)
Selamat hari jadi. Nanti hadiahkan ketam kayu ya.







No comments:

Post a Comment