Bismillahirrohmanirrohim
Sejak akhir-akhir ini, kesihatan saya direnggut kembali.Tak,tak. Saya tak mohon disimpati namun perlu doanya. Terima Kasih. Bukan saja kesihatan, malah menular ke fikiran, idea juga diambil. Mohon doanya.
Bertahun kebelakang, saya banyak keluar daerah, Negeri dan Negara. Banyak yang saya lihat. Banyak yang saya rasa. Banyak sekaliii. Antaranya alam yang mengingatkan saya kepada Tuhan saya, kita dan juga kamu. Mengapa perlu keluar baharu memikirnya. Di kampung saya juga ada alam yang terbentang. Mungkin situasi yang tidak sama. Juga pergaulan yang tidak sama. Ya, kerana keluarnya saya tidak bersendiri melainkan berkelompok. Kerana berkelompok itu punya banyak kepala dan idea. Punya banyak idea dan kepala itu membuatkan munculnya banyak persoalan. Dan punya persoalan itu membuatkan banyaknya berfikir. Ya, apabila keluar akan banyak berfikir.
Justeru kerana banyak berfikir saya banyak bertanya kepada diri. Kerana banyak bertanya saya perlu jawapan.Kerana perlu jawapan saya harus mencari sesuatu samaada bertanya yang pakar, merujuk buku dan juga Al-Quran.
Itu dulu. Sewaktu zikir yang benar-benar berzikir. Mengingati Allah berdiri, duduk dan juga baring. Namun, kerana hati yang sudah meninggalkan ubat pembaikan maka zikir kini hanya meraih sebatas ketenangan sesaat dan kepenatan jiwa yang keruh. Kadang-kadang tenggelam menangisi diri kerana dosa bersama teman-teman yang lain namun ketika bersendiri sebaliknya.Kerana apa, kerana tiada kesungguhan dalam mengingatiNYA dan yang paling teruk mengingatiNYA hanya kerana inginkan ketenangan yang sepintas dan mengharapkan jiwa yang letih diubati. Moga dijauhkan.
Semoga ada yang bisa dipelajari. Peringatan untuk diri. Kemungkinan kondisi begini melahirkan entri begini. Ya, begitulah sifat yang sangat buruk, mengejar hanya apabila perlu. Memohon doa apabila sakit kerana menginginkan kesembuhan. Tiada pula memohon doa kesembuhan hatinya apabila sihat dirinya. Mohon dijauhi begini.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment