Friday, April 12, 2013

gelatin

Bismillahirrohmanirrohim

Sejak mendirikan rumah tangga, apabila keluar untuk membeli barangan dapur rumah (terutamanya pasar raya besar), suami juga pasti turut serta (kecuali pasar dekat rumah sebab 'fresh' katanya) untuk membeli barangan. Apabila keluar bersama, sudah tentulah beli barang pasti mendapat 'scanning' dahulu daripada suami. Untuk melihat kandungan makanan tersebut katanya. Untuk mencari yang halal lagi baik katanya. Kebanyakan makanan yang saya pilih semua kena 'reject'. Mengapa? Sebab katanya kandungan makanan tersebut mengandungi gelatin. haa? apakemenda tuu..waaa ;(, nampak sangat ilmu takda. Oleh sebab itu, kena membuka semula buku beliau.hehehe. haaa, ni yang nak kongsikan sebenarnya. waa,gituuu.

p/s :sebelum baca,sila makan kerepek pek agar tidak bosan.

Gelatin

Adalah sejenis protein tidak lengkap yang dihasilkan daripada sumber binatang iaitu daripada kulit, tulang dan tisu penyambung. Ia juga boleh dihasilkan daripada terbitan kolagen dan sumber tumbuh-tumbuhan.Gelatin daripada tumbuh-tumbuhan terdiri daripada karbohidrat manakala gelatin binatang terdiri daripada protein. Gelatin daripada tumbuh-tumbuhan mempunyai nilai komersil yang tinggi dan mahal; dan gelatin daripada binatang adalah sisa buangan dari rumah penyembelihan dan jauh lebih murah. gulp!.Oleh kerana itu gelatin daripada binatang menjadi pilihan para pengilang dan pengusaha makanan.Kulit, urat dan tulang babi dan lembu menjadi bahan mentah utama dalam penghasilan gelatin.

Kegunaan gelatin

Sebagai bahan pemantap : Digunakan dalam proses membuat aiskrim dan gula aising.Gelatin di dalam aiskrim bertujuan untuk mencegah pembentukan hablur ais dan merendahkan kadar pencairan aiskrim supaya ia berada dalam keadaan pepejal dan mempunyai tekstur yang lembut. Manakala di dalam gula aising adalah untuk menahan cecair daripada aising memasuki kek atau lain-lain produk pastri.

Sebagai pengemulsi : Iaitu sebagai agen campuran bagi bahan berminyak dan bahan berair.

Sebagai pemekat makanan.

Sebagai pengental.

Sebagai bahan lekatan dalam gula-gula.

Sebagai bahan penggebu (marshmallow).

Produk yang dihasilkan daripada gelatin.

1.Aiskrim dan gula aising (untuk membuat kek atau pastri)
2.Membuat jeli dan gual-gual jeli.
3.Gula-gula getah.
4.Gula-gula toffee. (aku tak tau apa benda gula2 ni)
5.Makanan daging dalam tin.
6.Jem dan marmalad.
7.Bahan campuran dalam jus buah (kotak/tin).
8.Dadih buah.
9.Keju, mentega dan marjerin rendah lemak.
10.Produk penjagaan rambut-krim perapi rambut,syampu,semburan dan tonik rambut.
11.Produk penjagaan kulit-krim pelindung matahari,krim kulit,losen badan,krim pelembab,krim malam,produk dandanan kuku dan krim cukur.

Sumber : Laporan CAP dalam buku Halal Haram

Selamat tercerah dari makanan.

No comments:

Post a Comment