Wednesday, April 3, 2013

hari ini tak sama dengan semalam

Bismillahirrohmanirrohim

Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku esok, lusa mahupun tulat dan hari-hari mendatang. Aku pun tak tahu aku akan kahwin dengan lelaki dari semenanjung.ek.itu abaikan.

Semalam sepatutnya menjadi pekerjaan pertama.Namun menjadi terakhir juga. Baru nak menjadi pekerja yang berdedikasi tetapi terpaksa berhenti sebab syarikat tu tak benarkan solat.Sadis betul.Yang lebih sadis lebih ramai pekerja islam yang masih bekerja di situ. Walaupun aku cuba 'slow talk' dengan bos untuk membenarkan solat namun company tetap tak membenarkan. ok la bai company. Pukul 8 pagi masuk kerja, pukul 3.30 petang keluar kerja. Suami berkeras nak ambil bawa balik. Lagipun nak solat zohor kan. dan nak buat laporan. emmm.

Semalam dapat kerja baru lagi. eh, brapa banyak semalam la. Takpa la, tak payah bagitau bila ya. Biarlah rahsia. Kerja di syarikat buku. Wah, macam impian nak jadi kenyataan pula. Sebelum ni cita-cita pernah nak kerja syarikat buku. Sebab terlalu excited maka aku pun pergi la survey  bas menuju ke tempat kerja tersebut. Siap naik bas tu lagi sehari sebelum nak pergi kerja. Almaklumlah suami selalu outstation. Belajar lah naik bas. Lebih kurang sejam juga. Memang penat, itu jangan cakap. Balik rumah, siap kemas rumah, masak dan sebagainya yang dilakukan oleh isteri mithali.cewah. Ada panggilan, aku pun menjawab dengan sopan. T.T .Bos syarikat tu telefon cakap tak jadi ambik sebab mereka nak pekerja lelaki jeww. emmm.


Ni mesti ada kes ni. Cek balik hubungan dengan manusia dan Tuhanmu.

T.T

2 comments:

  1. Sabaq mak inchik..
    Bila niat kerja untuk ibadah, Allah pasti letakkan kita kat temat yg paling barokah..
    InsyaAllah.

    *mana tau kot2 pasni dapat keje kat masjid pulak.. hik3..

    chill! ;)

    ReplyDelete
  2. InshaAllah..hik3.
    Mungkin di rumah yang paling barokah.kih3.
    (hamboi,hutang ptptn berlambak sapa nak bayar.hihi)

    ReplyDelete