Zainuddin yang menaruh hati kepada Hayati si gadis asli kelahiran daerah Maninjau, sebuah danau yang indah terletak di Padang itu malu-malu menyatakan cinta akibat iman yang masih membenteng diri.Hayati juga begitu kerana didikan yang diterima tidak untuk menaruh hati kepada lelaki asing di dalam hidupnya. Jiwa muda mana tahan bergolaknya. Akhirnya, keduanya memedam perasaan sehinggakan tidak tertahan maka berutusla surat untuk mengurai isi hati. Hampa, hanya disebabkan bukan asli kelahiran maninjau tetapi kacukan Bugis,Makassar, Sulawesi Selatan serta tuntutan adat memaksa Zainuddin untuk mneinggalkan hayati. Hayati juga berperasaan yang sama, apatah lagi muncul jejaka bernama aziz yang lebih kaya dan tampan serta bergaya tetapi tidak setampan sifatnya yang mana juga menyukai Hayati dan lebih dulu bertemu keluarga Hayati untuk dibawa menjadi isterinya. Akhirnya, Hayati memilih Aziz lantaran keluarganya memilih, tinggal Zainuddin menangisi nasib ditolak cintanya. Sakit dan merana peneman hidupnya.
Itu kisah di dalam buku Buya Hamka "Tenggelamnya Kapa Van Der Wijck". Kisah di alam nyata pasti juga ada begini. Ini realiti kehidupan. Soal kehidupan wajib eleman cinta itu terselit. Tidak kisah la cinta kepada siapa atau apapun. Kisah cinta antara Zainuddin dan Hayati tidak pernah kesampaian sehingga akhir hayat mereka. salah siapa? cinta? keluarga? harta? tak pasti. atau gelora anak muda? Perlukah kita mempersoalkan cinta itu?saya tak tahu. Yang saya fokuskan di dalam cerita ini watak sampingan yang menghidupkan watak zainuddin.
Muluk.Ya, watak sampingan yang sentiasa bersama Zainuddin. Muluk setia membangkitkan semangat Zainuddin, jatuh sakit teruk akibat cinta di tolak. Muluk kisahnya bukan seorang alim, namun ada rasa malunya apabila berdampingan dengan Zainuddin. Berubah menjadi lebih baik. Hero tidak akan menjadi hero tanpa watak sampingan. Hidup ini juga begitu, ibaratnya semua ini pelakon, dunia ini pentas lakonan. Setiap orang berhak menjadi hero/heroin, watak sampingan adalah mereka disekeliling kita.Penting bukan watak sampingan?
...........................
Berkata setengah Hukama :"Tiap-tiap sesuatu di dalam alam ini ada batas perjalanannya.Tetapi akal tidak terbatas:adapun manusia bertingkat-tingkat di dalam darjat akalnya,laksana darjat wangi dan tiap-tiap bunga."
Akal manusia bertingkat,kehendak manusia berlain-lain menurut tingkat akal masing-masing.Ada orang berusaha sehabis maksimum untuk harta di dunia, sehingga lupa bini,anak,panas,hujan dan sebagainya. Ada orang beribadah sehabis maksimum asal hatinya tenteram di dalam mengingati Tuhannya, dia juga ingin kekayaan namun kaya jiwa.Ada orang lupa siang,lupa malam hanya kerana timbunan keping-keping emas sehingga tidak peduli negeri tergadai. Segala berlainan dan perubahan tingkatan pandangan hidup manusia itu timbul kerana berlainan tingkatan pendapat akal.
Bertambah luas akal,bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah bahagia.Bertambah sempit akal, bertambah sempit pula hidup, bertambah datangla celaka.Puncaknya yang penghabisan ialah kenal akan Tuhan, baik ma'rifat kepadaNYA, baik taat kepadaNya dan baik sabar atas musibahNya.tidak ada lagi hidup di atas itu.
sumber buku : Tasawuf Moden (HAMKA)