Thursday, October 29, 2009

patutka..? atau haruskah?


salam....


Menunggu bukanlah sesuatu yang kita gemari tetapi ia bukanlah hal ynag luar biasa. Lumrah manusia menunngu kerana menanti atau terpaksa?Bukankah penantian itu satu peniyiksaan? tetapi sabar itu juga kan separuh daripada iman...

Patutka? atau haruskah?

Ketika melangkah masuk ke dalalm perut KTM, saya duduk berhadapan dengan 3 orang lelak tetapi perangai menunjukkan mereka seakan bukan lelaki kerana memakai barabg perempuan(pening..), pada mulanyya gurauan mereka bukanlah seteruk yang saya fikirkan tetapi, tiap detik dan tiap minit, gelak ketawa mereka semakin membingitkan telinga, saya jadi tertarik untuk melihat apa sebenarnya yang membuat mereka gelak, rupanya setiap kali tren KTM berhenti di tiap stesen dan penumpang akan masuk, mereka(lelaki bukan sebenarnya tadi) akan menyamakan perempuan(penumpang) yang baru masuk di tiap stesen dengan artis antaranbangsa...Ya Allah,,saya hanya mampu menggeleng,,macam takda keje lain..dalam hati saya..

patutkah? atau haruskah?

Sampai sahaja di LCCT, saya mencari 'katil' yang sesuai untuk tidur malam ini, namun hampa apabila semua tempat duduk telah pun di 'booking' orang ramai,,tidak apa, saya masih boleh duduk di lantai..hehehe..

saya terlihat sekumpulan pramugari lalu ingin melintasi saya, jadinya saya senyum dan ingin memberi laluan tetapi adakah senyuman saya seakan tidak ikhlas apabila melihatnya atau senyuman saya seperti teh yang tak bergula membuat saya tertunduk seketika, mungkin saya tidak setaraf disisi mereka tetapi bagi saya semua orang di dunia ini tidak ada perbezaan melainkan iman dan takwa di sisi Allah s.w.t.

haruskah atau patutkah?

Semasa saya menonton televisyen bersama keluarga, saya terlihat rancangan yang memaparkan kehidupan yang begitu daif di Indonesia, mereka hidup di tepi sungai dan kehidupan mereka hanya bersandarkan kepada sungai tersebut samaada minum, mandi dan sebagainya,,tidak ada air yang khusus untuk setiap keperluan tersebut. Sungguh kasihan tetapi apa yang perlu saya lakukan? terbit rasa kasihan sahaja tidak cukup untuk membantu mereka tetapi harus bagaimana...bingung jadinya..

haruskah atau patutkah..

Kehidupan kita seperti roda, tidak selamanya berada di atas, semua yang berlaku cukup jelas untuk kita ambil iktibar di atas apa yang berlaku, mungkin kita tidak berada di tempat mereka yang memerlukan pertolongan pada hari ini tetapi mungkin akan berlaku pada kita kemudian hari...

Tuesday, October 27, 2009

Bahasa Aceh..


Salam...

"Tak apalah, biar duduk sini sahaja",kata guru yang mengajar bahasa Aceh kepada kami. Guru tersebut merupakan seorang lelaki yang berasal dari Acek, Indonesia. Beliau telah datang ke Malaysia untuk mencari sesuap nasi dengan membuka kedai runcit bersebelahan dengan kampus Unisel(Universiti Industri Selangor)

Melihatkan sikapnya yang agak pemalu, syaa cuba berbual dengannya dengan bertanyakan beberapa soalan..Akhirnya reaksi positif dapat kami lihat.

Kelas Bahasa Aceh bukanlah seperti kelas yang lain, walaupun kelas ini hanya berbekalkan 4orang student termasuk seorang guru, namun itu bukanlah penghalang bagi kami untuk terus berhenti daripada menikmati kelas tersebut malah kami lebih terisi dengan pembelajaran sebegitu.

Sekiranya pendapat saya diminta, sudah tentu saya akan menafikan jika orang berkata bahasa Aceh merupakan bahasa yang senang malah lebih susah daripada bahasa English tetapi menampakkan keunikannya yang tersendiri.

Terdapat adegan yang lucu semasa kelas bahasa Aceh tersebut berlangsung, itu kan lebih baik agar kelas yang berlangsung tidaklah terlalu tegang seperti kelas yang seperti lain.

Mendengar guru itu berbicara sahaja jelas menunjukkan sedikit kelucuan apalagi apabila beliau menulis di papan putih, bukan untuk menghina atau mengata tetapi justeru keadaan guru itulah yang menyebabkan kami suka belajar dengannya.

Kelas yang berlangsung selama 2 jam akhirnya berakhir dengan kami sudah dengan doa masing-masing.

Monday, October 19, 2009

Kanak-kanak

Baby,,kanak-kanak,,terbayang wajah mereka yang comel itu,

sudah pasti kita akan tersenyum,manakan tidak terbayang saja membuatkan kita tersenyum apalagi melihatnya, memegangnya, wah.... i like!!hehehe


Di sini saya nak kongsi cerita mengenai anak buah saya yang comel loteh,,berusia 7 bulan dan di beri nama Muhammad Yusri Bin Yusuf.

Namanya seindah rupanya,wah!,,itula dia yusri,


Yusri bukanlah seperti kanak-kanak lain, walaupun sekali pandang kita melihatnya seperti kanak-kanak lain yang normal berbeza dengan adik yusri yang mana mempunyai penyakit jantung berlubang,


Sungguh menyayat hati mendengar bayi berusia 7 bulan menghidapi penyakit orang dewasa, sedangkan orang dewasa pun tak mampu menerima hakikat apabila mendapat tau penyakit yang dihidapi apalagi adik yusri yang belum mengenal dunia.


Lumrah dunia ada yang sihat ada yang sakit, namun senyuman adik yusri tak lekang dari bibirnya seolah-olah ingin meyakinkan kami yang menyayanginya bahawa semua itu adalah takdir Allah s.w.t,,


Kami redha dan yakin adik yusri akan pulih sepenuhnya,,amin..




Cetusan suara subuh..

Assalamualaikum...

Warkah ini saya baca bila subuh menampakkan dirinya pagi tadi,,sungguh terharu dan ingin rasanya saya kongsikan kepada teman-teman seperjuangan..walaupun bukan nukilan dari saya tapi sudi-sudikanlah membaca warkah ini...

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan tetamu tetapku.
“Assalamualaikum”, seru Subuh.
“Wa’laikumsalam”, sahutku.
Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang.

Ku Tanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
“Tadi...”,kata Subuh dengan sayu, “..aku baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satu pun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu. dan airmata subuh pun berlinangan.
“Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh kegembiraan?”
Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.
“Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai.Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta menggiurkan .Hidangan yang paling kusuka ialah buah tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Disitu aku meratah buah tahajjud dengan puas serta leka”.
Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu.
Aku fahami maksud Subuh.”Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai.Tapi aku ada Roti Syiam”,cadangku pada Subuh.
Subuh menolak dengan penuh hormat.”Roti itu ada tuan punyanya”,kata subuh.
“Adakah kau mahu manisan Zikir?”,rayuku pada Subuh.
“Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas airmata Tangisan”, pinta Subuh.
Aku agak sugul, bagaimanakah harusku beritahu Subuh, yang airmata tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau maksiat yang berpanjangan?Namun,aku tetap menjenguk ke dalam perigi yang memuatkan airmata tersebut.Aku terkejut,perigi tersebut hampir separuh penuh!ya,dan aku berdetik di dalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?Tanpa berlengah lagi kubawa airmata tersebut pada subuh,tetamu yang kusanjungi,dan kusuakan manisan yang dipintanya.

Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman. “Subuh..”, seruku, “..mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan ku layan kau dengans ebaiknya, wahai Subuh”.
Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi. “aku perlu menziarahi ramai orang , dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, seperti mana aku menguliti mimpimu.”
Dan kau akur dengan penjelasan Subuh.
“Subuh”,..seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi,
“Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?”
“InsyaALLAH”,jawab subuh
“..bukankah aku kekasih yang kau rindui?” Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.
“Assalamualaikum”, seru Subuh
“waalaikumsalam”,jawabku kembali. Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengans etiap langkah. Dan akhirnya subuh hilang dari pandangan.
Terlintas difikiran ini apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar,, Magrib dan Isyak?Namun jawapannya ?Tersirat dalam diri kita sendiri.
“Sesungguhnya , apa yang baik datangNYA dari ALLAH...dan yang tak buruk itu adalah kelemahan kita sendiri..”
“Sesungguhnya ALLAH itu Maha Lembut dan Menyukai Kelembutan Di seluruh Permasalahan”(Riwayat Bukhari & Muslim)

TURDA (turun ke desa)

17hb October 2009 bersemaan 28 syawal

Perjalanan menuju ke Kg. Tanjung Karang tidaklah memakan masa yang lama, hanya 1 jam 30 minit rasanya kerana pada masa itu saya menjadi 'drider', jadi tidak ada kesempatan untuk melihat jam di 'HP'...maklumlah,pada masa itu jam takda kat tangan pun..

sampai je kat surau Darul Mak'rif,,

Sebelum tu,keadaan surau ni tak besar dan tak kecil tapi sederhana dan lengkap dengan asrama untuk perempuan dan lelaki, bilik seminar dan surau of course...


Kemudian,kami masuk ke bilik seminar untuk sesi pembahagia tugas dan sesi taakruf...



Cara memperkenalkan diri dengan membuat bulatan dan meletakkan peta Malaysia di tengah bulatan ..




Beginilah keadaannya...



Saya adalah orang pertama diminta untuk memperkenalkan diri beserta kampung asal dan apa yang ter"best" di kampung saya...Motif LDK ini tak lain untuk mengingatkan kita bahawa tak kira kita berada dimanapun, tidak sekali-kali melupakan kampung halaman kita




memerlukan kerjasama..

Haaa..permainan ini agak menyeronokkan...setiap kumpulan mempunyai 3 orang,,yang mana 3 orang ini harus membawa belon menggunakan hujung pen kemudian berjalan mengelilingi kerusi,,woh..mencabar langsung..hahaha


kesempatan mangambil gambar sewaktu 'berkenalan' dgn org kampung tidak akan kami siakan..

jom kita balik kampung..;)



mencari isu...


cak! Segar!



Jom kita menyanyi..

Telegram yang dah rosak..hehehe

Aktiviti ini memerlukan 3 orang yang mana org p1 akan melihat gambar ini kemudian memberitahu orang ke2 mengenai gambar ini dan menyuruh orang ke3 melukis gambar tersebut tanpa melihat gambar tersebut..menyeronokkan..



hasilnya...


Matahari mulai meninggi..



3 dara di sawah..

si buta, si pekak dan si bisu...

Bila lelaki masuk dapur...


Program TURDA berakhir pada 18 hb 10 2009 selepas solat zohor,,


Apapun yang berlaku,, kenangan ini tidak akan dilupakan,,cukup memberi impak yang besar..alhamdulillah..






Note : lupa nak masukkan,,selepas solat,kami akan mendengar kuliah ...

Friday, September 4, 2009

hati yang mati..

Assalamualaikum wwt..
Semoga hari ini merupakan hari permulaan yang baik bagi kita semua dan jadikan hari esok lebih baik dari hari ini kerana setiap perubahan itu merupakan hal yang baik..
Renungkan...

Hmm,hari ini aku terbaca lagi berkenaan 'hati'..hati itu secara umumnya merupakan sebahagian daripada hati kita,yang mana merupakan organ yang sangat penting dalam badan kita,jika hati kita 'sakit' maka anggota yang lain juga akan menghadapi permasalahan,begitulah pentingnya hati..

hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah Subhanahu Wataala. Iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari didikan dan ujian Allah Subhanahu Wataala. Seperti mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Az-Zumar, ayat 22 :-

Tafsirnya :Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.

hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani yang sewajarnya. Kalau tubuh jasmani boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati. Bila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan sahaja akan sakit dan buta malah akan mati akhirnya. Santapan rohani itu ialah “ zikrullah”, “nasihat” dan “muhasabah diri”.

Dari itu wahai kaum muslimin jaga dan peliharalah hati kita dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati iaitu dengan menggilap dan membersihkannya dengan jalan mengingati Allah Subhanahu Wataala. Sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Quran surah Ar-Ra’d, ayat 28 :-

Tafsirnya :Iaitu orang-orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah, ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Asy-Syu’araa’, ayat 88 – 89 :-

Tafsirnya :Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun. Kecuali harta benda dan anak pinak orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera dari syrik dan penyakit munafik.

Emm,,mulai dari saat ini,detik ini,cuba kita 'periksa' hati kita yeee...selamat mencubaaa

Thursday, September 3, 2009

Pada Hari ini...
Assalamualaikum,,
Hari ini menimbulkan kegusaran dihatiku dan kegembiraan bertandang kemudian.Pertamanya kegusaran ini disebabkan aku tidak menghadiri kelas yang bermula seawal 8.30 pagi tadi.Disebabkan tidur yang melebihi had maka tidak dapat datang ke kelas.Tidak mengapa, ketidakhadiranku pertama kali mungkin masih boleh diberi kemaafan lagi kan(:
Kegembiraan datang disebabkan pada hari ini telah terjadi satu pertemuan antara ahli kelab yang akan dan diberi peluang untuk pergi mengkaji tokoh-tokoh islam di serata dunia.Terasa hati ini gembira bukan kepalang mendengarnya,manakan tidak,impian yang disangka tidak tercapai telah datang seperti mendapat ‘durian runtuh’,impian ingin membantu orang yang memerlukan juga akan terlaksana dengan hanya berbekalkan sedikit usaha dan seterusnya bertawakkal kepada Allah swt akan menempuh kejayaan akhirnya.InsyaAllah...
Bersyukur kepada Allah swt diatas limpah dan kurniaanNYA serta hidayah yang diberikan telah membukakan hati ini untuk fisabilillah yakni berjuang di jalanNYA,diakui tahun-tahun sebelumnya jika ditanya diri ini tentang permasalahan umat islam atau membantu mereka ,hati akan mengatakan tentang diri sendiri sahaja,tidak terlintas difikiran hal lainnya.Tapi Alhamdulillah telah diberi taufik hidayahNYA,,
Sememangnya ilmu yang ada masih terbatas untuk memberi apatahlagi ,kerisauan bertambah,namun aku akan berusaha sehingga jalan terakhir kerana apa yang aku lakukan bukan kerana siapa-siapa tetapi ikhlas di jalan Allah swt.Semoga diberi kekuatan dalam diri ini untuk menempuh segalanya dengan tabah.Aminnn..
Marilah kita renungi bersama-sama kata-kata ini
‘Jadilah serikandi yang tidak gentar dengan dugaan dan cabaran. Bangkitlah dengan ketabahan yang jitu untuk meraih sejuta kecemerlangan. Aduhai serikandi mujahidah, aduhai serikandi solehah’