Tuesday, October 27, 2009
Bahasa Aceh..
Salam...
"Tak apalah, biar duduk sini sahaja",kata guru yang mengajar bahasa Aceh kepada kami. Guru tersebut merupakan seorang lelaki yang berasal dari Acek, Indonesia. Beliau telah datang ke Malaysia untuk mencari sesuap nasi dengan membuka kedai runcit bersebelahan dengan kampus Unisel(Universiti Industri Selangor)
Melihatkan sikapnya yang agak pemalu, syaa cuba berbual dengannya dengan bertanyakan beberapa soalan..Akhirnya reaksi positif dapat kami lihat.
Kelas Bahasa Aceh bukanlah seperti kelas yang lain, walaupun kelas ini hanya berbekalkan 4orang student termasuk seorang guru, namun itu bukanlah penghalang bagi kami untuk terus berhenti daripada menikmati kelas tersebut malah kami lebih terisi dengan pembelajaran sebegitu.
Sekiranya pendapat saya diminta, sudah tentu saya akan menafikan jika orang berkata bahasa Aceh merupakan bahasa yang senang malah lebih susah daripada bahasa English tetapi menampakkan keunikannya yang tersendiri.
Terdapat adegan yang lucu semasa kelas bahasa Aceh tersebut berlangsung, itu kan lebih baik agar kelas yang berlangsung tidaklah terlalu tegang seperti kelas yang seperti lain.
Mendengar guru itu berbicara sahaja jelas menunjukkan sedikit kelucuan apalagi apabila beliau menulis di papan putih, bukan untuk menghina atau mengata tetapi justeru keadaan guru itulah yang menyebabkan kami suka belajar dengannya.
Kelas yang berlangsung selama 2 jam akhirnya berakhir dengan kami sudah dengan doa masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment