Assalamualaikum...
Warkah ini saya baca bila subuh menampakkan dirinya pagi tadi,,sungguh terharu dan ingin rasanya saya kongsikan kepada teman-teman seperjuangan..walaupun bukan nukilan dari saya tapi sudi-sudikanlah membaca warkah ini...
Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan tetamu tetapku.
“Assalamualaikum”, seru Subuh.
“Wa’laikumsalam”, sahutku.
Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang.
Ku Tanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
“Tadi...”,kata Subuh dengan sayu, “..aku baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satu pun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu. dan airmata subuh pun berlinangan.
“Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh kegembiraan?”
Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.
“Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai.Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta menggiurkan .Hidangan yang paling kusuka ialah buah tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Disitu aku meratah buah tahajjud dengan puas serta leka”.
Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu.
Aku fahami maksud Subuh.”Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai.Tapi aku ada Roti Syiam”,cadangku pada Subuh.
Subuh menolak dengan penuh hormat.”Roti itu ada tuan punyanya”,kata subuh.
“Adakah kau mahu manisan Zikir?”,rayuku pada Subuh.
“Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas airmata Tangisan”, pinta Subuh.
Aku agak sugul, bagaimanakah harusku beritahu Subuh, yang airmata tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau maksiat yang berpanjangan?Namun,aku tetap menjenguk ke dalam perigi yang memuatkan airmata tersebut.Aku terkejut,perigi tersebut hampir separuh penuh!ya,dan aku berdetik di dalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?Tanpa berlengah lagi kubawa airmata tersebut pada subuh,tetamu yang kusanjungi,dan kusuakan manisan yang dipintanya.
Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman. “Subuh..”, seruku, “..mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan ku layan kau dengans ebaiknya, wahai Subuh”.
Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi. “aku perlu menziarahi ramai orang , dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, seperti mana aku menguliti mimpimu.”
Dan kau akur dengan penjelasan Subuh.
“Subuh”,..seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi,
“Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?”
“InsyaALLAH”,jawab subuh
“..bukankah aku kekasih yang kau rindui?” Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.
“Assalamualaikum”, seru Subuh
“waalaikumsalam”,jawabku kembali. Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengans etiap langkah. Dan akhirnya subuh hilang dari pandangan.
Terlintas difikiran ini apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar,, Magrib dan Isyak?Namun jawapannya ?Tersirat dalam diri kita sendiri.
“Sesungguhnya , apa yang baik datangNYA dari ALLAH...dan yang tak buruk itu adalah kelemahan kita sendiri..”
“Sesungguhnya ALLAH itu Maha Lembut dan Menyukai Kelembutan Di seluruh Permasalahan”(Riwayat Bukhari & Muslim)
No comments:
Post a Comment