Monday, October 19, 2009

Kanak-kanak

Baby,,kanak-kanak,,terbayang wajah mereka yang comel itu,

sudah pasti kita akan tersenyum,manakan tidak terbayang saja membuatkan kita tersenyum apalagi melihatnya, memegangnya, wah.... i like!!hehehe


Di sini saya nak kongsi cerita mengenai anak buah saya yang comel loteh,,berusia 7 bulan dan di beri nama Muhammad Yusri Bin Yusuf.

Namanya seindah rupanya,wah!,,itula dia yusri,


Yusri bukanlah seperti kanak-kanak lain, walaupun sekali pandang kita melihatnya seperti kanak-kanak lain yang normal berbeza dengan adik yusri yang mana mempunyai penyakit jantung berlubang,


Sungguh menyayat hati mendengar bayi berusia 7 bulan menghidapi penyakit orang dewasa, sedangkan orang dewasa pun tak mampu menerima hakikat apabila mendapat tau penyakit yang dihidapi apalagi adik yusri yang belum mengenal dunia.


Lumrah dunia ada yang sihat ada yang sakit, namun senyuman adik yusri tak lekang dari bibirnya seolah-olah ingin meyakinkan kami yang menyayanginya bahawa semua itu adalah takdir Allah s.w.t,,


Kami redha dan yakin adik yusri akan pulih sepenuhnya,,amin..




No comments:

Post a Comment