Thursday, October 29, 2009

patutka..? atau haruskah?


salam....


Menunggu bukanlah sesuatu yang kita gemari tetapi ia bukanlah hal ynag luar biasa. Lumrah manusia menunngu kerana menanti atau terpaksa?Bukankah penantian itu satu peniyiksaan? tetapi sabar itu juga kan separuh daripada iman...

Patutka? atau haruskah?

Ketika melangkah masuk ke dalalm perut KTM, saya duduk berhadapan dengan 3 orang lelak tetapi perangai menunjukkan mereka seakan bukan lelaki kerana memakai barabg perempuan(pening..), pada mulanyya gurauan mereka bukanlah seteruk yang saya fikirkan tetapi, tiap detik dan tiap minit, gelak ketawa mereka semakin membingitkan telinga, saya jadi tertarik untuk melihat apa sebenarnya yang membuat mereka gelak, rupanya setiap kali tren KTM berhenti di tiap stesen dan penumpang akan masuk, mereka(lelaki bukan sebenarnya tadi) akan menyamakan perempuan(penumpang) yang baru masuk di tiap stesen dengan artis antaranbangsa...Ya Allah,,saya hanya mampu menggeleng,,macam takda keje lain..dalam hati saya..

patutkah? atau haruskah?

Sampai sahaja di LCCT, saya mencari 'katil' yang sesuai untuk tidur malam ini, namun hampa apabila semua tempat duduk telah pun di 'booking' orang ramai,,tidak apa, saya masih boleh duduk di lantai..hehehe..

saya terlihat sekumpulan pramugari lalu ingin melintasi saya, jadinya saya senyum dan ingin memberi laluan tetapi adakah senyuman saya seakan tidak ikhlas apabila melihatnya atau senyuman saya seperti teh yang tak bergula membuat saya tertunduk seketika, mungkin saya tidak setaraf disisi mereka tetapi bagi saya semua orang di dunia ini tidak ada perbezaan melainkan iman dan takwa di sisi Allah s.w.t.

haruskah atau patutkah?

Semasa saya menonton televisyen bersama keluarga, saya terlihat rancangan yang memaparkan kehidupan yang begitu daif di Indonesia, mereka hidup di tepi sungai dan kehidupan mereka hanya bersandarkan kepada sungai tersebut samaada minum, mandi dan sebagainya,,tidak ada air yang khusus untuk setiap keperluan tersebut. Sungguh kasihan tetapi apa yang perlu saya lakukan? terbit rasa kasihan sahaja tidak cukup untuk membantu mereka tetapi harus bagaimana...bingung jadinya..

haruskah atau patutkah..

Kehidupan kita seperti roda, tidak selamanya berada di atas, semua yang berlaku cukup jelas untuk kita ambil iktibar di atas apa yang berlaku, mungkin kita tidak berada di tempat mereka yang memerlukan pertolongan pada hari ini tetapi mungkin akan berlaku pada kita kemudian hari...

No comments:

Post a Comment