Thursday, September 3, 2009

Pada Hari ini...
Assalamualaikum,,
Hari ini menimbulkan kegusaran dihatiku dan kegembiraan bertandang kemudian.Pertamanya kegusaran ini disebabkan aku tidak menghadiri kelas yang bermula seawal 8.30 pagi tadi.Disebabkan tidur yang melebihi had maka tidak dapat datang ke kelas.Tidak mengapa, ketidakhadiranku pertama kali mungkin masih boleh diberi kemaafan lagi kan(:
Kegembiraan datang disebabkan pada hari ini telah terjadi satu pertemuan antara ahli kelab yang akan dan diberi peluang untuk pergi mengkaji tokoh-tokoh islam di serata dunia.Terasa hati ini gembira bukan kepalang mendengarnya,manakan tidak,impian yang disangka tidak tercapai telah datang seperti mendapat ‘durian runtuh’,impian ingin membantu orang yang memerlukan juga akan terlaksana dengan hanya berbekalkan sedikit usaha dan seterusnya bertawakkal kepada Allah swt akan menempuh kejayaan akhirnya.InsyaAllah...
Bersyukur kepada Allah swt diatas limpah dan kurniaanNYA serta hidayah yang diberikan telah membukakan hati ini untuk fisabilillah yakni berjuang di jalanNYA,diakui tahun-tahun sebelumnya jika ditanya diri ini tentang permasalahan umat islam atau membantu mereka ,hati akan mengatakan tentang diri sendiri sahaja,tidak terlintas difikiran hal lainnya.Tapi Alhamdulillah telah diberi taufik hidayahNYA,,
Sememangnya ilmu yang ada masih terbatas untuk memberi apatahlagi ,kerisauan bertambah,namun aku akan berusaha sehingga jalan terakhir kerana apa yang aku lakukan bukan kerana siapa-siapa tetapi ikhlas di jalan Allah swt.Semoga diberi kekuatan dalam diri ini untuk menempuh segalanya dengan tabah.Aminnn..
Marilah kita renungi bersama-sama kata-kata ini
‘Jadilah serikandi yang tidak gentar dengan dugaan dan cabaran. Bangkitlah dengan ketabahan yang jitu untuk meraih sejuta kecemerlangan. Aduhai serikandi mujahidah, aduhai serikandi solehah’

No comments:

Post a Comment