Bismillahirrohmanirrohim
Hari ini adalah 28 Disember 2011, dahulunya 28 Disember 1986 dimana saya dilahirkan juga tetapi pada masa itu situasi dan keadaan yang berlainan dibanding sekarang. Pada semester akhir ini insyaAllah. Saya menyambut hari lahir yang ke 25 tahun. Saya tidak menyangka akan mendapat kejutan daripada rakan persatuan dan rakan sekelas. Rasa terharu menyelinap ke dalam diri saya. Betapa rupanya saya ini masih mejadi salah satu rakan di dalam ingatan mereka. Selama 3 tahun mengenali mereka semua (mungkin ada yang baru kenal) banyak yang saya ketahui. Mulai dari A hingga Z. Namun, tahu saja tidak cukup, perlu juga kenal mereka. Semoga ukhwah kita tidak terputus disini.:)
Wednesday, December 28, 2011
Tuesday, December 27, 2011
Monday, November 7, 2011
Diskusi GPTD Unisel | 7 Nov 2011 |1432 H
Bismillahirrohmanirrohim
| Semasa Konvo Kak Tini |
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar LailahailAllah huAllah huakbar, Allahuakbar walillahilham. Malam ini diskusi bermula dengan solat berjemaah dan diikuti takbir. Syahdu mendengarnya dan yang paling penting adalah bagaimana sebenarnya kita membesarkan Allah bukan sahaja ketika menyebutNYA tetapi dalam perlakuan kita sehari-hari.
Diskusi diteruskan walaupun hanya 6 orang yang hadir pada malam ini namun kuantiti bukan objektif utama GPTD dilahirkan. Yang paling penting adalah penghasilan daripadanya serta kualitinya. Kami membuka lembaran rujukan kami Al-Quran dan menjamunya dengan menangkap makna-makna pengorbanan yang pernah dilakukan Nabi-Nabi terdahulu kerana setiap apa yang diciptakan itu tidak ada yang sia-sia.
Nabi Muhammad s.a.w diuji kehilangan keluarga, kehilangan isteri yang disayangi dan ditentang habis habisan ketika menyebarkan islam. Namun, itu semua bukan penghalang Rasulullah meneruskan perjuangan malah kesabaran dan keimanan Rasulullah bertambah tinggi dengan mendapat ujian-ujian seperti itu. Bagaimana pula dengan kita apabila menerima ujian seperti itu. Sanggupkah kita membenarkan rukun iman yang ke enam : Beriman kepada Qada dan Qadar atau hanya sekadar lafaz dibibir sahaja.
Hei kawan, semua orang pasti pernah merasa jatuh, kehilangan, kegagalan dan semua itu pasti melibatkan emosi yang sedih. Kita menangis dan meraung dengan sedih yang teramat seolah Allah tidak pernah memberikan kebahagian kepada kita, seolah kita tidak pernah mendapat kejayaan daripada Allah. Dimana yang dikatakan ingin mencontohi pengorbanan Rasulullah s.a.w? Soal hati sendiri pun tidak dapat ditawan apalagi hati orang lain.Nafsu sendiri saja tidak dapat dikawal apalagi melarang orang lain.
Bagaimana Nabi Nuh a.s membina bahtera untuk menyelamatkan ummatnya , kita juga harus mencontohi Nabi Nuh a.s membina bahtera. Bahtera yang boleh membawa manusia ke jalan yang benar dan lurus. Dan dalam membina bahtera itu, sudah tentu perlunya pengumpulan kayu-kayu, perlunya pengumpulan pendakwah agar bahtera itu boleh disiapkan dengan sepenuhnya. Binatang ternak yang berpasangan harus dikumpul dan dinaikkan agar generasi terpelihara dan tidak pupus. Mengajak kebenaran bukanlah tugas yang mudah sehinggakan Nabi Nuh a.s sendiri dilabel gila. Begitu juga kita, mengajak orang kepada kebenaran memang bukan tugas yang mudah.Terkadang pelbagai dugaan yang akan diterima namun itu bukanlah satu alasan untuk tidak menyebarkan rahmat Allah itu. Berapa ramai mereka di luar sana yang masih hanyut dengan budaya hedonisme yang melampau lampau dan hanyut dengan dunia sendiri?Bahtera itulah yang akan menyelamatkan mereka dari terus hanyut dan kitalah yang perlu membina bahtera itu. Selamatkan keluarga, kawan dan diri kita dari api neraka.
Hati dan jiwa memainkan peranan penting. Hati itu perlu bersih dalam menangkap makna ayat-ayat Allah. Melakukan pengorbanan memerlukan hati yang ikhlas. Ikhlas itu sendiri perlu difahami maksudnya.Ikhlas kerana Lillahi Taala. Jika hati yang ikhlas melakukan pengorbanan, pasti walau berada dimanapun kita akan sentiasa berkorban untuk menurut perintah Allah. Buya Hamka pernah dipenjara namun masih dapat menyiapkan tafsir Al-Azhar kerana fizikalnya terkurung tetapi minda dan hatinya bebas. Begitu juga Nabi Ibrahim, menyembelih anaknya demi sebuah perintah dari Allah s.w.t. Namun, kerana keikhlasan itu sebati di dalam diri beliau maka dilaksanakan juga dan hikmahnya digantikan seekor kibas. Setiap pengorbanan itu wajib akan ada yang terkorban. Namun, semua itu punya hikmah yang tersendiri. Jangan bersedih hati ketika kecewa apabila ditolak,dilabel gila dan sebagainya, anggaplah itu teguran Allah dalam memperbaiki diri.
Benarkanlah ayat-ayat Allah dengan memahami,mencontohi dan mengikuti. Ada sebab mengapa kita dipilih untuk membina bahtera itu.Hikmahnya masih tersimpan kini namun jika sabar dan ikhlas mengiringi akan terungkai sebuah hikmah yang tidak disangka-sangka. Semoga bermanfaat.
Apa pengorbanan kita sehingga hari ini?
Selamat Hari Raya Idul Adha 1432 H.
Mbak Yani
Selasa | 3.03 petang | 7 nov 2011
Friday, November 4, 2011
ikhlas.
Bismillahirrohmanirrohim
jiwa dan hati,
brpisah pasti mati,
sucikan hatimu dengan zikir,
sucikan jiwamu dengan fikir,
fikir dan zikir.
Mbak Yani
Diskusi Grup GPTDUNISEL
Bismillahirrohmanirrohim
| Hadiah dari Miss Naza (Lecturer KM) |
Hari ini terbuka lagi minda aku, bukan kerana anak kecil kali ini.:D
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan"(Al Alaq : 96 : ayat 1 )
Bacalah!Jangan jadi bodoh!Disuruh baca supaya engkau tak jadi bodoh tapi degil.Masih ingkar.Melampau batas. Apabila melihat dirinya serba cukup mula mengangkat dada, lupa masih berpijak di tanah.Ini yang dinamakan tak faham bahasa. Begitulah ayat 4 hingga 7 ( Surah Al-Alaq : 96).
Kami membaca wajah-wajah dihadapan kami, kami membaca suasana yang berlaku di dunia ini.Ada mesej yang disampaikan. Kami cuba memahami apabila Encik Izwan Suhadak berkata "apa yang boleh kamu belajar dari sebatang pokok?"Masing-masing cuba menafsir sebatang pokok,namun masih diam seribu bahasa.Memang aku masih tak faham bahasa lagi.:D.
Sekali lagi kami difahamkan tentang ilmu. Nak pandai kena berilmu, nak berilmu kena banyak membaca dan menulis, nak jadi ilmuan,oh jauh lagi kali.Masih tak faham bahasa lagi.:D.Ilmu itu adalah sesuatu yang hadir ke dalam diri dan memberi makna (Prof Al Attas), ilmu juga sesuatu yang benar. Mengapa ilmu perlu hadir dalam diri?kerana hadirnya ilmu itu didalam diri akan memberi makna kepada diri seterusnya kepada akal (fikir) dan hati ( zikir). Ingin melahirkan akal (fikir) yang berilmu perlu dari dalam hati, hati yang tenang dengan zikirNYA. Berapa ramai yang tahu Allah tapi tidak kenal Allah. Ini adalah ilmu kenal ( pengenalan) dan tahu (pengetahuan).
Selesai.
Tugas kami selepas mendengar ilmu perlu memaknakan di dalam diri.Oleh itu, kami dikehendaki membuat modul/permainan yang objektifnya memberi kesan dan pesan kepada diri dan teman-teman. Bagaimana teman saya membuatkan handphone itu sebagai satu cara mengingat Allah adalah cara yang terkesan di dalam diri ini. Kata kawan "Apa yang dilakukan ketika handphone berbunyi?"."Angkat la."Kataku dalam hati. Sama seperti diri kita, apa yang kita lakukan apabila azan berkumandang, Allahtelefon kita 5 kali sehari untuk memberitahu bahawa waktu solat telah tiba, pergi solat. Tetapi aku masih saja membiarkan panggilan itu sepi tanpa menekan butang hijau. Apa perasaan kamu jika kamu mendail dan menelefon orang yang kamu sayangi tetapi dia tidak menjawab panggilan tersebut. Kecewa bukan. sama halnya kita melengahkan panggilan solat itu, lagi teruk bila langsung tidak buat. Fuh.
Lagi kata kawan, fikirkan haiwan yang kamu kurang sukai, aku terus ternampak lalat dibayanganku.Sah,aku kurang suka lalat. Kenapa membenci lalat?sebab lalat pengotor. Lalat tidak salah katanya, tetapi sifatnya. Jangan kurang suka lalat tetapi belajar sesuatu daripada lalat. Jauhi sifatnya yang pengotor, lalat juga ciptaan Allah, ada sebab mengapa diwujudkan dimuka bumi ini, ada sebab mengapa sifatnya begitu. Mungkin ingin menyedarkan manusia bahawa apa kurangnya manusia dengan lalat sama saja kotornya. Aku mengambil iktibar disetiap kata-kata itu. Ada sesuatu yang bermakna disitu. Bacalah,faham bahasa,jangan jadi bodoh.
"Lihatlah sekelilingmu dan ambillah iktibar dari apa yang kamu lihat." Ummahhatul Hamimah.
Mbak Yani.
11.30 PM | 3 Nov 2011
Unisel
Sunday, October 30, 2011
Belajar Dari Anak Kecil.
Dengan kaki kanan aku melangkah diiringi ucapan bismillahirrohmanirrohim..
Lemah longlai kakiku melangkah menuju pintu pagar Asrama Unisel ini. Tidak kecukupan tidur membuatkan badan ini lemah ditambah dengan kekurangan semangat disebabkan kelmarin yang kelam. Semoga bertemu kanak-kanak Tadika Abim Tanjung Karang hari ini membuatkan aku bersemangat kembali secara total.
Sampai di Dewan Tunas Harapan bersebelahan dengan Kolej INPENS diadakan Majlis konvokesyen Kanak-kanak tadika Abom Tanjung Karang. Kami seramai 6 orang ditugaskan datang membantu menguruskan kanak-kanak tersebut.
“Saya abang umur 6 tahun, ini adik saya 5 tahun.”Sapa budak kepadaku tiba-tiba.
Aku terkejut bercampur terharu, kanak-kanak itu rasanya tidak mengenali aku, aku juga tidak kenal dia. Bagaimana dia boleh begitu terus bercerita denganku. Aku belajar sesuatu daripada anak ini. Hilang sedikit lelahku semalam. Aku tersenyum kepadanya.
Sementara menunggu ucapan daripada Pengerusi Majlis, kanak-kanak ini diletakkan dibilik belakang pentas bersama kami. Aku sempat mencuri-curi mengambil gambar yang paling manis seboleh mungkin untuk dijadikan tatapan ketika hari mendung. Tetapi tidak boleh kerana setiap kali aku halakan lensa ini, wajah mereka terus merekah dengan senyuman. Aku dan teman yang lain turut tersenyum dengan adegan itu. Lucu. Cara mereka mengekspresikan kegembiraan itu jelas berbeza dengan kami.
Jelas, badan ya
ng lemah longlai pun bersemangat kembali bergaul dengan mereka. Hati mereka sungguh suci. Kami belajar sesuatu disitu. MengKAYAkan hati. SubhanaAllah. Bagaimana kanak-kanak ini mengkayakan hati ya. Aku jadi tertanya , aku ingin belajar dari mereka.Bersihkan hati melalui mereka. Sungguh, aku ingin sekali.
Entahlah kawan, kadang hidup ini memerlukan cikgu bukan sahaja dari manusia dewasa, alam malah anak kecil juga mampu. Allahuakbar. Ekspresi yang spontan tanpa dibuat-buat yang dipancarkan oleh anak-anak kadang-kadang suatu pengajaran bagi kita kerana hati mereka yang sungguh hening. Mereka mampu memancarkan kasih sayang tanpa berselindung. Ada sesuatu yang perlu kita lakukan untuk anak-anak ini supaya mereka terus begitu. Ada amanah yang perlu kita lakukan supaya senyuman mereka terus bercambah agar mereka tumbuh menjadi anak-anak yang soleh dan seterusnya menjadi generasi Ulul Albab. Amin.
Alhamdulillah Kau pertemukan aku dengan mereka hari ini.:)
Subscribe to:
Posts (Atom)
