Monday, July 23, 2018

no title

Bismillahirrohmanirrohim






Berkali-kali aku cuba menghilangkan rasa itu. Berkali juga aku cuba meyakinkan bahawa jaga hati,jaga hati. Namun aku tetap tidak menyukainya apabila memandangnya. Setiap ucapan dan perbuatannya begitu meluat aku rasakan. Adakah ini berpunca dari hati yang lemah?

InshaAllah ramadhan ini aku akan berdoa banyak-banyak agar dibersihkan hati. Begitulah kata hatiku setiap hari. Perlu menunggu ramadhan baru berbuat kebaikan. Aku berfikir kematian itu jauh lagi. Aku berfikir akan hidup lama lagi.

Betapa manusia itu lupa bahawa demi masa, manusia itu dalam kerugian.Sentiasa dalam kerugiaan yang nyata.

Sekian.

H.K
Gelugor

No comments:

Post a Comment