Monday, July 23, 2018

Si berbaju warna merah jambu

Bismillahirrohmanirrohim



Pagi itu  aku ceria bangun bersiap ke pejabar seperti biasa. Aku mengenakan baju kebarung berbunga merah jambu di padankan dengan selendang berwarna merah jambu polos. Aku membelek wajahku di cermin dan aku mendapati sedikit kusam. Mungkin disebabkan aku jarang mengenakan sebarang pencuci muka dan apa sahaja produk penjagaan muka.

"Tak mengapalah,"Bisik hati kecilku. Yang penting hati bukan muka. Selesai membelek wajah di cermin, aku terus mengambil beberapa pakaian madihah nadhrah untuk diletakkan di dalam beg baju dan memasukkan botol simpanan susu tepung beserta kain tuala yang akan digunakan apabila di taska nanti. Sengaja juga aku memasakkan bubur nasi bercampur ikan bilis dan sayur lobak agr memudahkan pengasuh yang akan menjaga nadhrah nanti.

Aku melihat jam di dinding menunjukkan 7.20 minit pagi. Aku bergegas menghidupkan enjin kereta dan memasukkan barang-barang nadhrah yang aku kemas dan letakkan di tempat duduk belakang kereta. Hari ini aku rasa ceria, entah mengapa. Mungkin disebabkan baju berwarna merah jambu yang aku pakai.

Aku salam tangan suami dan naurah. Salam ku ucap dan aku melambaikan tangan kepada naurah tanda ummi akan kerja dan naurah akan ke sekolah. Aku sampai di pejabat tepat jam 8.00 pagi. Pagi ini aku rasa ke kantin dan melihat jika ada barang yang kurang dan seperti biasa senyum kepada makcik kantin.

Begitulah baju berwarna merah jambu yang boleh mengubah emosi wanita. :p

H.K
Gelugor

No comments:

Post a Comment