Sunday, March 7, 2010

Pengalaman ketika MBM (Mahasiswa Bersama Masyarakat)

13 Februari 2010 | Sabtu
Sesampainya saya di Terminal Jeti Butterworth, saya disambut oleh kak Illah iaitu salah satu peserta yang terlibat di dalam program tersebut bersama Abg Wan. Saya kemudian dibawa ke Madrasah Al-Alamin untuk mengikuti program Kem Persediaan Peserta (KPP) selama 2 hari sebelum melakukan pemetaan komuniti yang sebenarnya. Tetapi saya telah pun terlewat untuk sehari kerana seharusnya aktiviti bermula sabtu pagi. Solat magrib berjemaah bersama dilakukan kemudian diikuti ceramah bertajuk generasi ulul albab oleh saudara Zaidi iaitu mantan PPMUSM. Beliau mengatakan generasi ulul albab mempunyai 10 sifat yang harus kita ikuti.Antaranya akidah yang selamat, ibadah yang benar, akhlak yang kukuh, tubuh badan yang sihat, pemikiran yang sihat, bijak mengurus masa, bijak merancang, berdikari, memberi manfaat kpada orang lain, dan berani melawan nafsu. Semua sifat ini harus kita ikuti agar dapat menjadi generasi ulul albab. Memandangkan azan isyak berkumandang, maka kami bersiap-siap untuk solat isyak berjemaah. Aktiviti seterusnya di isi oleh slot saudara ridwan juga merupakan mantan PPMUSM. Beliau menekankan 5 gerak kerja yang perlu ada dalam diri aktivis iaitu SMART (systematic, motive, achievable, relevant dan time frame) dan ini salah satu gerak kerja advokasi iaitu menyampaikan mesej . Dalam menyampaikan mesej katanya lagi mempunyai 137 cara bertindak dan aktivis boleh memilih . Aktivis diberi masa selama 30 minit bagi membincangkan apa pemetaan komuniti yang dilakukan petang tadi dan membentangkan di hadapan. Namun, bagi saya hanya mampu mencurahkan idea keran tidak sempat turut serta dalam menyertai pemetaan komuniti. Aktiviti pembentangan komuniti selesai dan kami emmbuat aktiviti recall yang mana membuat pengimbasan semula apa yang berlaku pada hari ini. Selesai sahaja aktiviti , aktivis terus pulang ke bilik bagi merehatkan badan namun sebelum itu budaya PPMUSM iaitu membca surah Al-Mulk sebelum tidur. InsyaAllah akan saya jadikan budaya saya dalam kehidupan.

14 Februari 2010 | Ahad

Kami bangun seawall 5.40 pagi bagi menunaikan qiyamulail, indah sungguh budaya yang diamalkan di PPMUSM. Ukhwah juga tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk terjalin. Cukup hanya memperkenalkan diri dan saya sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Subhanallah!Selesai solat subuh berjemaah, kuliah subuh diisi oleh penceramah jemputan yang bertajuk sirah perjuangan : perang uhud sesuai dengan program yang sedang kami jalani. Kata beliau perjuangan itu biarlah kerana Allah, terfikir saya sejenak, adakah saya datang ke program ini kerana Allah ataupun atas arahan? Berakhirnya kuliah kami menunaikan solat sunat dhuha bersendiriaan. Sarapan yang disediakan menambahkan tenaga untuk memulakan riadah yang diketuai oleh saudara ridwan. Permainan ini agak kasar sedikit kerana terdapat 2 kumpulan yang mana kumpulan 1 akan berada di tengah dan kumpulan 2 mengelilingi kumpulan 1 . Kumpulan 2 akan melempar kumpulan 1 dengan menggunakan kertas yang dijadikan bola.Kumpulan 1 hendaklah melindungi ketua mereka dari terkena bola tersebut. Itulah permainan 1 ummah!.
Student Cycle merupakan aktiviti seterusnya iaitu menceritakan matlamat MBM (mahasiswa bersama masyarakat) yang sebenarnya. Tujuan MBM adalah mengkaji sesuatu masalah dan isu disesebuah kampung dan kemudian akan mewujudkan POA (Plan Of Action). Slot student cycle di isi oleh Saudari Asma. RESOMA (Rehat,solat dan makan) kemudian kami akan bergerak ke Kualau Kurau , Perak untuk menjalankan pemetaan komuniti yang sebenarnya. Perjalan mengambil masa selama sejam setengah. Sampai sahaja di Kampung Bashar, Kuala Kurau. Kami disambut oleh dengan meriah oleh penduduk kampung. Ternyata kami diterima di kampung Bashar. Alhamdulillah. Kami telah dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing dan terus mengikuti mereka pulang ke rumah. Kami dinasihati menganggap mereka seperti keluarga msing-masing. Sampainya kami di rumah angkat, saya agak terkejut kerana terlalu banyak sampah di bawah kolong rumah. Ya Allah!Kasihan sungguh kehidupan keluarga angkat saya, sedangkan ayah angkat hanyalah seorang nelayan sepenuh masa namun kecerian di wajah seolah menunjukkan bahawa tidak ada masalah yang berlaku. Kagum saya melihat keluarga ini. Adik angkat 2 orang menceriakan kehidupan kami sepanjang MBM berlansung.Saya berpasangan dendan Nurhidayah sebagai adik angkat saya yang mana pelajar dari USM.

15 Februari 2010 | Isnin

kami mengadakan perjumpaan antara aktivis pada pukul 8.45 am bagi membincangkan aktiviti seterusnya. Sebelum itu, pengisian akan dilakuakan oleh saudara Ariff Juhanni iaitu Niat .Mentarbiah diri harus ada dalam diri masing-masing kata saudara Ariff. Seterusnya sesi taakruf diadakan sekali lagi kerana terdapat beberapa peserta yang baru sahaja muncul. Seterusnya kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti pemetaan komuniti pada petangnya dan pagi itu kami kembali ke rumah angkat masing-masing untuk membantu apa yang sepatutnya. Kami berkumpul semula pada pukul 2 petang dan pengisian di isi oleh saudari Hafiz a yang bertajuk ukhwah.Pada pukul 3.00 tepat kami turun membuat pemetaan komuniti. Saya bertindak sebagai pelukis , setiap jalan yang kami lalui akan saya lakarkan di atas kertas.Ternyata tugas yang saya pikul bukanlah semudah yang saya sangkakan. Harus menumpukan perhatian setiap laluan yang kami lalui kerana harus mencatatkan masalah yang berlaku di kampung tersebut.Pada pukul 4.30 petang kami menamatkan pemetaan komuniti dan akan menyambung keesokan harinya. Hanya 3 buah rumah yang sempat kami kunjungi pada hari ini.Pukul 8.30 Malam kami membuat pertemuan semula bagi membentangkan hasil pemetaan komuniti yang kami lakukan pada petang harinya. Pembentangan berlangsung selama sejam setengah diikuti sedikit penambahan maklumat oleh YDP PPMUSM..Aktiviti tamat pada pukul 11 malam dan kami kembali ke rumah angkat masing-masing. Sampai sahaja dirumah, kami telah disediakkan katil untuk tidur dibahagian ruang tamu.Mereka berempat juga tidur di bahagian ruang tamu kerana berkongsi kipas dengan kami.Terpaksala saya dan dayah tidur berbungkus.Dugaan...

16 Februari 2010 | Selasa

Aktiviti dimulakan dengan pengisian yang dilakukan oleh Abraham iaitu bersih. Beliau berkata dalam pengisiannya, bersih bukan sahaja luaran tetapi dalaman harus ada dalam diri aktivis dan semua orang. Perbincangan kami seterusnya mengenai pemetaan komuniti yang dibincangkan pada malam harinya. Kami membuat pertemuan semula pada pukul 2.30 petang, sebelum perbincangan dimulakan, seperti biasa akan ada yang memberi pengisian mengikut jadual yang ditetapkan iaitu Saudara Suhaimi yang bertajuk iman.Suhaimi berkata iman manusia sentiasa berubah turun, tetapi iman sentiasa naik dan imann yanag kuat akan masuk syurga. Kami kemudian meneruskan aktiviti pemetaan komuniti dengan mengunjungi beberapa buah rumah lagi. Kami sempat juga singgah di rumah angkat peserta yang bernama Ariff. Kami dijamu kuih muih dan minuman sejuk. Peramah sungguh keluarga angkat Arif. “Dari Sabah ke ,jauhnye”. Saya hanya mampu tersenyum. Kami kemudian pulang ke rumah masing-masing selepas sempat melawat hanya sebuah rumah sahaja. Daripada pemerhatian saya, sampah merupakan isu utama yang terdapat di kampung bashar selain isu nelayan kerana akibat masalah sampah wujudnya pelbagai masalah lain seperti penyakit denggi. Namun, sebulat suara aktivis yang lain mengatakan isu nelayan merupakan isu utama seperti wujudnya pukat appolo yang mana mengancam pendapatan nelayan lain walaupun pukat Apollo telah pun diharamkan kewujudannya di bahagian sungai tetapi tidak bahagian laut.Kami kemudian kembali ke rumah angkat masing-masing pada pukul 5.00petang dan mengikut keluarga angkat Qayyum untuk menaiki bot yang disediakan dan melihat pemandanagn sepanjang tepian sungai.Sungguh indah ciptaan Tuhan.Dikatakan etrdapat juga buaya yang hidup di sungai tersebuta dan ayah angkat qayyum telah berklai-kali terserempak dan mengingatkan kami untuk hanya berdiam diri jika ternampak. Kami kemudian singgah di tepian sungai untuk mengambil buah pinang yang dikatakan sedap . Setelah magrib hampir menjelma dan senja kian berlabuh, kami pulang ke rumah angkat masing-masing. Sesungguhnya indahh sungguh pemandangan kampung tersebut walaupun tercemar agak sedikit oelh sampah yang banyak. Pada malamnya aktiviti kami hanya kepada keluarga angkat masing-masing. Saya dan dayah telah dibawa berjalan-jalan sekitar kampung menyaksikan lampu-lampu neon yang menghiasi jalan memukaukan setiap orang yang memandang pemandangan buatan manusia itu. Kami singgah makan di restoran yang dibayar oleh dayah. Sungguh indah kenangan itu.

17 Februari 2010 | Rabu

Aktiviti pagi kami mulakan dengan membentangkan hasil pemetaan yang telah dilakukan. Setiap kumpulan akan membuat resolusi hasil daripada hasil pemetaan komuniti yang telah dilakukan. Selesai pembentangan tersebut kami masih belum pasti masalah yang wujud di kampung tersebut dan apa isu utama yang harus dibentangkan kepada komuniti kampung pada keesokan harinya dan akhirnya semua sebulat suara memilih birokrasi sebagai isu utama dan menyebabkan timbulnya pelbagai masalah di akmpung tersebut terutamanya masalah nelayan. Kami kemudian dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk ke bahagian birokrasi yang terlibat dengan isu nelayan di kampung tersebut untuk merisik maklumat yang dapat digunakan pada resolusi kampung keesokan harinya.Saya serta beberapa orang aktivis dipilih untuk pergi ke LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia).Pelbagai info yang kami dapati dengan menyamar sebagai pelajar jurusan perikanan kami menanyakan beberapa soalan yang berkaitan.Setelah berpuas hati, kami meminta diri untuk pulang kerana ingin membantu keluarga angkat untuk menyediakan makanan tengahhari tetapi menghampakan kerana sesampainya kami dirumah, mak telah pun menyediakan segalanya.Aduhai,seperti tetamu pula. Aktiviti petangnya pula sesi kem motivasi bersama kanak-kanak kampung tersebut.Seramai 45 orang kanak-kanak sekolah menyertainya. Saya mengisi aktiviti slot siput .Permainan ini hanyalah merupakan riadah bagi kanak-kanak tersebut.aktiviti berakhir selepas solat asar berkumandang. Aktivis lelaki dan kanak-kanak lelaki akna bersolat jemaah dan perempuan solat di rumah kerana keaadaan surau yang tidak memungkinkan untuk solat beramai-ramai ditakuti runtuh. Kami sebelum itu menikmati jamuan ringan yang diadakan. Seterusnya saya dan Ariff bergegas untuk berjumpa Mak Anjang untuk membincangkan mengenai kenduri yang akan kami adakan esok bersama penduduk kampungl.Saya diberi tugasan ini dan akan melakukannya dengan sebaik mungkin. Selesai berbincang menu yang akan kami masak pada keesokan harinya, kami pulang ke rumah mak angkat untuk berehat selepas aktiviti yang agak padat seharian. Pada malamnya sebelum aktiviti bermula, saya telah memberi sedikit pengisian iaitu dengan bercerita kepada mereka mengenai mati.kemudian kami mengadakan kesimpulan yang akan dibawa ke resolusi kampung pada keesokan malamnya. Semua berpendapat masalah birokrasi merupakan masalah utam ayang wujud di kampung etrsebut. Selesai sahaja , semua kembali ke rumah keluarga angkat masing-masing.

18 Februari 2010 | Khamis

Pada pukul 8.00 pagi, semua aktivis beserta keluarga angkat masing-masing telah pun berkumpul untuk bergotong royong memasak. Menu yang telah disepakati ialah ikan masin, acar dan ikan masak gulai serta buah tembikai. Kerjasama antara keluarga dan aktivis tidak kira lelaki ataupun perempuan dapat mempercepatkan kerja yang lambat. Itulah antara sifat yang baik yang ada dikalangan penduduk kampung iaitu bekerjasama. Kami makan bersama-sama pada tengahharinya. Makan beramai-ramai sememangnya menyelerakan. Selesai mengemas apa yang patut, kami kembali ke rumah masing-masing bagi mempersiapkan diri untuk aktiviti petang yang akan bermula pada pukul 3.00 petang iaitu aktiviti sukan. Aktiviti sukan di uruskan oleh liza dan asrizal. Agak riuh juga kerana selain aktiviti untuk kanak-kanak , ibu bapa juga turut serta iaitu keluarga angkat masing-masing.. Aktiviti berakhir pada pukul 5.00 petang. Pada malamnya berlangsunglah resolusi kampung yang diwakili oleh fadhilah,suhaimi,dayah dan ariff bagi pihak aktivis dan komuniti kampung yang dihadiri seramai 4 orang. Namun, tanpa diduga , salah seorang aktivis tidak dapat menghadiri resolusi tersebut kerana mempunyai masalah. Saya telah dilantik oleh YDP PPMUSM untuk menggantikan tempat fadhilah. Antara bersedia ataupun tak, saya ahrus juga naik. Walaupun maklumat yang saya dapati tiadak terlalu banyak,namun saya mewakili juga. Resolusi bermula dengan aktivis bertanyakan masalah nelayan. Saya hanya mendiamkan diri. Namun,bila timbul masalah pendidikan saya cuba untuk bertanya mengapa anak muda di kampun tersebut lebih suka menjadi seorang nelayan dan mengapa surau di kampung tersebut tidak pernah mencukupi satu saf. Pak Anjang iaitu merupakan ketua nelayan menjawab bahawa bahka bukan sahaja satu saf malah satu orang pun tiada kerana itu merupakan permasalahan dari diri penduduk sendiri. Resolusi berakhir pada pukul 11.30 malam.Sampai sahaj di rumah kami terus melakar mimpi kerana kepenatan yang amat sangat.

19 Februari 2010 | Jumaat

Pada paginya adalah giliran saya pula untuk mengadakan pengisian , kelu lidah bila perasan diri menjadi tuumpuan. Namun, saya teruskan juga pengisian dengan tajuk jangan bersedih.Saya merujuk kepaa buku yang bertajuk jangan bersedih. Selesai sahaja pengisian daripada saya, sesi post mortem diadakan bagi membincangkan aktiviti yang lepas. Pada petangnya pula, sesi dialog antara penduduk kampung dengan SAM (Sahabat Alam Malaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran, MARITIM . Sesi dialog itu berlangsung selama sejam setengah. Antara isu yang dibangkitkan adalah isu belayan , minyak dan juga lain-lain. Pada petangnya sepatutnya adalah aktivti menanam paya bakau tetapi memandangkan air pasang dan aktiviti itu kami tangguhkan pada keesokan harinya. KAmi menggantikan aktiviti petang itu dengan melawat ke rumah setiap keluarga masing-masing dan berlanjutan sehingga malam. Kami kembali pulang pada pukul 12.00 tengahmalam ke rumah angkat masing-masing.

20 Februari 2010 | Sabtu

Kami berkumpul seawall 8.00 pagi untuk menaiki bot yang telah disediakan untuk ke paya bakau untuk menanam paya bakau yang telah disediakan. Terpegun saya seketika bilamana yang membawa bot tersebut adalah seorang perempuan. Sampai sahaja di paya bakau tersebut, sebaik sahaja kaki menginjak lumpur, kaki kami telah tenggelam sehingga lutut. Namun diteruskan juga dengan melangkah perlahan. Aktiviti tersebut berakhir pada pukul 11.00 pagi. Kami bersiap untuk mengemas barang kerana pada pukul 3.00 petang bas akan sampai. Masa yang ada kami manfaatkan untuk ke rumah keluarga yang tidak sempat kami kunjungi pada malam harinya. Kemudian kami mengemaskan balairaya yanga kami gunakan sepanjang minggu ini untuk membuat pertemuan. Akhir sekali, saya keluar untuk membeli sedikit cenderahati dan barangan dapur untuk keluarga angkat. Sesungguhnya memori dan ukhwah yang tercipta tidak akan dilupakan ketika bersama keluarga angkat dan teman seperjuangan. Turun dan hidup bersama keluarga angkat mengajar saya erti kesusahan dan tanpa saya sedari telah pun mentarbiyahkan diri saya ke arah yang lebih baik.Pukul 2.00 petang telah diadakan majlis penutupan dan kami bersalaman dengan semua penduduk kampung. Ketika bus bergerak perlahan, kelihatan ibu angkat saya mengeluarkan air mata beliau. InsyaAllah jika panjang umur saya akan berkunjung semula.

3 comments:

  1. hmmmm coretan yang sangat menarik..... pasti seronok kan?

    ReplyDelete
  2. hani....best2 tgk coretan hani...tapi lagi best kalo ade gambar2 kita sume kan....lagi meriah
    teringat kat mbm...sweet moment

    ReplyDelete
  3. smtabiin : terima kasih...
    wan : terima kasih, insyaAllah nanti saya upload..

    ReplyDelete