Thursday, February 11, 2010
aktiviti
12 February 2010
Sudah dua hari rasanya tidak menghadap bantal yang empuk, ( tidak tidur) sebaliknya menghadap buku-buku yang bertingkat-tingkat demi menyiapkan tugasan yang diberikan. minggu ni memang sangat mencabar bagi saya, masakan tidak, tugasan yang begitu banyak dan memerlukan masa untuk menyiapkan (buat program : IT) tetapi diberi masa yang singkat untuk menyiapkan. Adoyaiiii...
Wah, rasanya mata sudah seperti panda yang dikelilingi warna hitam. Mengantuk + penat, tapi sudah saya maklum bahawa tugas seorang pelajar memerlukan pengorbanan untuk segalanya.
Bukan mengeluh tapi sekadar mengeluarkan agar hati bisa tenang dan bibir masih bisa mengukirr senyuman.Itulah saya, .(bukan riak ye)
Kelas tadi pagi yang seharusnya dihadiri namun kerana terbangun lewat maka pintu kelas telah pun tertutup dan saya tidak dapat datang, Hmm..minta maaf madam, saya langsung tak sedar (untuk lecturer yang mengajar tadi pagi). Jadi untuk peringatan kepada diri sendiri : walaupun banyak kerja, tidak lupa untuk tidur awal agar tidak bangun lewat.!
Esok saya akan menghadir program di Kuala Kurau , Perak tetapi harus ke Penang dahulu untuk menghadiri induksi dan berikutnya ke Perak. Kawan sering bertanya kepada saya " sebab kamu orang sabah, jadi kamu ambil peluang cuti sebegini untuk mengikuti program begini ke?". Saya berfikir sejenak dan menjawab dengan senyuman terukir, " Saya bukan tak nak balik dan saya sangat merindui family saya yang jauh di sabah tetapi menghadiri program sebegini dapat memberi saya pengalaman yang banyak, keluarga saya juga sedia maklum kecenderungan saya". Kadang- kadang saya juga sering berfikir sendiri, kenapa saya selalu mengikuti program sebegini? Hmm,,, biar saya simpan sendirilah jawapan tu ya..:)
Petang ni nak balik puchong kemas barang dan esok berangkat ke Pulau Pinang dan Abg Wan telah pun menunggu kat sana!Cayo!
Jumpa untuk cacatan seterusnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment