Trrrrringggg!!!! Pukul 3.30 pagi jam berbunyi menandakan kami harus cepat bersiap dan berangkat ke Terminal Air Asia untuk penerbangan yang seawal 7.20 pagi. Aktivis perempuan berasak-asak duduk di dalam sebuah van bersama-sama barang kami dan lelaki juga berasak di dalam sebuah kereta yang dipandu oleh ibu Ilyas, salah seorang aktivis juga. Akhirnya, kami sampai di lapangan terbang LCCT dan terus ‘check in’ serta menunaikan solat Subuh. Perjalanan ke bumi Padang mengambil masa selama sejam dan akhirnya...
Tiada kata yang dapat diucapkan melainkan syukur yang tak terhingga tatkala melihat bumi minang di hadapan mata. Kagum di dalam hati melihat keindahan bumi minang ini. Gunung yang terdapat disekeliling, rumah yang mempunyai keunikan tersendiri membuatkan hati tertanya-tanya, dan udara yang sejuk dan nyaman, tidak mustahil bagi bumi minang ini menjadi tumpuan para pelancong termasuk kami aktivis GPTDUnisel. Namun , tujuan kami berbeza dengan para pelancong kerana kami datang dengan niat ingin berbakti kepada masyarakat Maninjau di Padang selain mengkaji tokoh serta ulama terkenal tidak hanya di Indonesia malah di Malaysia yang menjadi buah mulut orang ramai iaitu Buya Hamka.
Kata orang-orang tua, sebelum memasuki tempat baru harus memberi salam. Dengan memberi salam , kaki kanan melangkah memijak lantai lapangan terbang bumi Padang. Hati berdebar,tiada kata lain yang dapat diungkapkan. Alhamdulillah kerana akhirnya hajat untuk sampai di bumi minang ini sampai juga. Kami seramai 12 orang terus ke kaunter imigrasi Padang untuk mengecop setiap pasport. Kemudian kami telah dijemput oleh Abg Fauzan untuk dibawa ke Dewan Dakwah Islamiyyah untuk membincangkan aktiviti seterusnya. Penginapan perempuan berada di LMPK bersebelahan Universiti Negeri Padang. Kelihatannya agak sunyi penginapan tersebut dan saya telah menanyakan dengan salah seorang penduduk disitu, penginapan tersebut tidak terlalu ramai pelanggan kemungkinan disebabkan kejadian Gempa Bumi yang terjadi sebelum ini. Saya dapat melihat keretakan disetiap lantai hasil daripada kejadian Gempa tersebut.
Pariaman merupakan tempat yang sangat teruk terjejas akibat daripada Gempa yang berlaku kemungkinan Pariaman merupakan pusat bagi gempa tersebut berlaku. Perjalanan yang mengambil masa hampir sejam itu dari Kota Padang ke Pariaman tidaklah terlalu memenatkan kerana kereta yang kami naiki agak selesa untuk digunakan. Sepanjang perjalanan ke Pariaman, saya dapat melihat khemah-khemah yang dibina bagi penempatan sementara mangsa gempa bumi. Agak menarik hati saya kerana walaupun ada rumah yang tidak terjejas, namun khemah masih didirikan di hadapan rumah mereka. Hasil kajian mendapati mangsa tersebut berada dalam keadaan trauma untuk duduk di dalam bangunan kerana ditakuti keadaan akan berulang lagi. Kasihan sungguh melihat keadaan mereka. Akhirnya kami sampai di Kampung yang dituju iaitu inginn melawat anak-anak mangsa gempa. Namun, agak kecewa kerana pelajar sedang bercuti menyebabkan kami bertukar rancangan untuk bertemu Pelajar Islam Indonesia(PII) yang mana kebetulan sedang mengadakan aktivti sukarelawan di kampung tersebut.Kami juga sempat mengajar anak-anak PTA. Seronok rasanya bila kali pertama dapat menjadi seorang ‘cikgu’. “Selamat pagi cikgu!”kata anak-anak PTA tersebut ala-ala upin dan ipin. Inilah pengalaman pertama saya menjadi seorang ‘cikgu’. Ketika hari petang kami beranjak pulang ke Dewan Dakwak Islamiyyah.Kami sampai ketika malam dan bersiap cepat untuk aktiviti malam.
Pada malam kami bertemu dengan pelajar-pelajar Yayasan Amal saleh dan Universitas Negeri Padang untuk membincangkan secara ringkas mengenai GPTD Unisel.Forum perbincangan berakhir pada pukul 10.30 malam.Pada perbincangan itu tiada seorang mahasiswa Malaysia pun yang mengangkat tangan untuk bertanya.Berbeza dengan pelajar Indonesia,terdapat pelbagai soalan yang diajukan untuk mahasiswa dan aktivis Malaysia yang mana bagi saya soalan yang agak ‘maut’.Namun dapat dijawab oleh En.suhadak.
Forum bersama pelajar Indonesia |
Sampai di Dewan Dakwah Islamiyyah |
Bertemu bersama aktivis gempa |
Menyerahkan cenderahati kepada anak anak mangsa gempa |
Mengajar anak anak mangsa gempa |
Forum perbincanga bersama pelajar Indonesia |
Kami bangun seawal pagi untuk menunaikan solat subuh. Kemudian kami dibawa oleh abang afdinal dan fauzan untuk bersarapan di sebuah restoran yang menyediakan makanan minangkabau. Kemudian kami berangkat untuk naik ke atas bukit dan melihat pemandangan dari atas. Sangat cantik! Teluk bayu merupakan tempat yang mana lebih tinggi dari paras air dan sepanjang jalan terdapat sisa-sisa batu yang terjatuh dari atas akibat gempa bumi yang berlaku. Disepanjang jalan juga terdapat etek(bahasa minang yang bermaksud makcik) yang mencuci kain ditepi bukit dengan menggunakan air mata air daripada atas bukit yang mengalir ke bawah. Suasanaa di teluk bayu sangat sejuk dan tatkala memandang ke bawah dari atas bukit teluk bayu seakan melihat semut yang berjalan di atas lantai,sangat kecil. Kami bergerak pulang untuk ke Toko buku Gramedia untuk melihat harga buku. Murah sangat jika dibandingkan harga buku di Malaysia. Kami bergegas pulang ke penginapan untuk keluar sebelum dihalau kerana tempoh masa penginapan yang hampir tamat.
Semasa tujuan kami ingin ke Teluk Bayur, kami sempat melihat bangunan yang rosak akibat Gempa Bumi, terdapat bangunan yang 3 tingkat kini menjadi 2 tingkat kerana tingkat 1 telah tertanam di bawah tanah. Sungguh menyayat hati, sudah tentu bangunan teruk seperti itu terdapat mangsa yang mengorbankan jiwa. Selain itu, terdapat banyak lagi bangunan yang rosak teruk dan hampir terbelah dua akibat dari Gempa tersebut. Kami tidak sempat untuk turun dan melihat kerana kami hanya berada di dalam kereta disebabkan kesuntukan masa. Seterusnya tujuan kami adalah perjumpaan bersama pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Universitas Andalas.
Kami bertemu dengan pelajar dari Universitas Andalan dari fakulti kedoktoran. Kami mengambil masa selama 2 jam untuk berbincang secara ringkas mengenai aktiviti kami di Maninjau dan kota Padang. Selain itu, kami menjemput mereka untuk turut serta bersama menjayakan XPDC HAMKA kami ini dan Alhamdulillah mereka memberikan respon yang baik dan mereka berjanji untuk datang pada tanggal 9 hb 1 2010. Selepas agenda tersebut, kami berangkat ke Bukittinggi kerana hari yang agak lewat. Sebelum itu kami sempat dibawa makan dahulu oleh Abang Fauzan dan Abang Afdinal.
Perjalanan ke Bukittinggi mengambil masa selama 1 setengan jam. Perjalanan agak menakutkan kerana jalan raya yang agak sempit dan kenderaan yang agak laju. Sepanjang jalan saya tidak dapat melelapkan mata kerana takut akan situasi ketika Abang afdinal yang menjadi pemandu membawa laju. Dengan hormatnya saya berkata “Abg Afdinal, kami semua belum berkahwin,”.Abg Afdinal dan kawan lain ketawa dan kenderaan tidak selaju seperti tadi. Alhamdulillah. Kami melalui jalan Si cincin dan Kayu tanam seperti yang diberitahu Abg Afdinal. Ketika sampai di Padang Panjang iaitu dikenali sebagai Serambi Mekah. Kami sempat mengambil gambar dihadapan papan tanda selamat datang Padang Panjang dan meneruskan kembali perjalanan. Kami sampai kira-kira pukul 8.00 Malam. Kak lina dan pak Iyep sudah pun menungggu kami di Hotel Graha Muslim. Kami kemudian dibawa untuk makan malam dan kemudian menaiki kereta ke menara gadang (menara jam). Menara gadang juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan kami hanya sempat mengambil gambar sebelum pulang ke bilik hotel-hotel masing-masing kerana hari yang telah agak lewat malam dan semua aktivis tampak kepenatan.
Selesai agenda hari ini, kami masuk ke bilik masing-masing. Saya bersama 2 orang rakan lain manakala dihadapan bilik saya dan rakan 4 orang aktivis lain pula. Sebelum tidur saya dan rakan lain membuat puisi yang telah diamanahkan oleh Encik Suhadak pada paginya untuk mencipta sebuah puisi setiap hari selain membuat travelog.
Bergambar kenangan bersama Pelajar Malaysia di Indonesia |
Kesan dari Gempa Bumi |
Kesan dari Gempa Bumi |
Bergambar kenangan di Teluk Bayur |
Bergambar kenangan bersama anak anak Indonesia |
Pertemuan Pelajar Malaysia |
31 Disember 2009 | Khamis
Kami memulakan riadah pada pagi tersebut pada pukul 6 pagi sebelum aktiviti seterusnya. Kami mempraktikkan gerakan riadah semasa di Unisel dahulunya. Gerakan ridah yang kami praktikkan dahulu merupakan symbol tarian bagi setiap negeri iaitu saya dari Sabah. Agak melucukan.Kemudian semua beransur pulang untuk bersiap dibawa untuk menikmati pemandangan di Bukittinggi.Tempat pertama yang kami pijak adalah Ngarai Sianok(lembah) dan Lubang Jepang. Lubang Jepang merupakan peninggalan sejarah orang jepun sewaktu menjajah Bukittinggi pada zaman dahulu, sehingga kini lubang jepang (lubang jepun) masih terdapat di Bukittinggi. Kami sempat masuk ke lubang tersebut untuk melihat suasana keadaan di dalam lubang jepun tersebut. Seperti bangunan tapi yang membezakannya hanyalah di bawah tanah. Terdapat cafeteria, dapur dan lain-lain. Ketika di bahagian dapur terdapat tempat sebuah lubang pengintipan yang digunakan pada zaman dahulu kala. ‘Betapa bijaknya orang jepang zaman dahulu membina rumah bawah tanah, biar gempa nggak runtuh jugak, gitu.”kata ibu lina kepada saya.
Terowong yang banyak dan kemungkinan setiap terowong mempunyai panjang 7 kilometer suatu ketika dahulu menempatkan buruh-buruh kasar Indonesia supaya mereka tidak tahu jalan pulang.Khabarnya sehingga hari ini masih ada terowong yang tidak dibuka untuk pengunjung. Kami menaiki semula tangga yang sebagaimana kami turun tadi, agak lelah kerana mempunyai 132 buah anak tangga. Bersebelahan Lubang Jepang terdapat Ngarai Sianok iaitu Cameron Highlands versi Bukittinggi yang mana mempunyai pemandangan yang sangat indah. Kata ibu Lina, ‘ mayat-mayat yang telah dibunuh dahulunya akan dibuang di dalam Ngarai Sianok tersebut.’Sungguh ngeri mendengarnya kerana sudah tentu terdapat banyak tengkorak-tengkorak di dalam Ngarai Sianok tersebut.
Walaubagaimanapun, Ngarai Sianok sangat indah dan berlatar belakangkan Gunung Singgalang iaitu Gunung berapi yang masih aktif.Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Pasar untuk ke toko buku dan saya telah memborong sebanyak 3 buah buku. Agak murah berbanding di Malaysia. Bersebelahan toko buku Irama ini terdapat pasar yang menjual berbagai kain baju yang murah. Kawan saya yang lain tidak melepaskan peluang untuk berbelanja.
Kami menaiki Bus untuk ke Maninjau akhinya kerana kami diberitahu Bang In yang seharusnya menjemput tergendala kerana tersekat di tengah jalan akibat tanah runtuh. Ketika di atas bas, terdapat 2 orang pemain gitar yang menyanyi sambil meminta duit dan 2 orang lelaki meminta derma sebagai alasan kurang upaya.
Menyedihkan kerana mereke menggunakan lagu dari Malaysia untuk meminta derma. Perjalanan mengambil masa selama hampir 2 jam . Terdapat 44 selekoh tajam yang membuatkan kami pening dan hujan yang turun seakan tidak mahu berhenti. Namun pemandangan perjalanan ke Maninjau agak cantik dan uniknya kerana setiap selekoh akan diberi nama dari selekoh 1 hinggalah selekoh 44.Namun kabus yang tebal menghalangi kami untuk melihat pemandangan.Kami akhirnya sampai di Musholla (Lupa nama). Sesi taakruf terus sahja dimulakan dengan ustaz-ustaz dan abg In. Kami kemudian dijamu makan malam sebelum solat magrib di rumah Ibu misna. Pada malamnya kami hanya berehat dibilik di dalam sebuah rumah yang di berikan kepada kami untuk kami tinggal.
Ngarai Sianok |
Lubang yang digunakan untuk memasukkan mayat |
Lobang Jepang |
Gunung Berapi yang masih aktif |
Kami memulakan aktiviti riadah pada sebelah pagi dan membuat tazkirah berantai selama 7 minit setiap orang. Kami kemudian bersiap untuk bersarapan dirumah ibu misna. Seterusnya ke rumah pak Jorong(ketua kampung) untuk membincangkan aktivi bersama masyarakat kampung selama 3 hari dan pengambilan anak angkat. Selepas berbincang, kami meneruskan perjalanan untuk ke Museum Pesantren Buya Hamka untuk melihat sendiri rumah kelahiran Buya Hamka. Disitu, kami sempat menemubual cucunya dan bu musni yang agak mengenali Buya Hamka. ”Orangnya sangat lemah lembut tapi tegas”Kata bu musni.Namun disebabkan masa agak terbatas maka kami bergegas pulang untuk ke sungai Tampang untuk Solat Jumaat bagi lelaki dan berkhutbah.
Manakala perempuan ke restoran untuk minum dan makan.Kami seerusnya ke LPKP Air Terjun untuk makan tengahari bagi lelaki kerana mereka belum makan lagi selepas solat Jumaat. Kawasan air terjun ini agak cantik dan bersebelahan restoran yang kami untuk makan tengahari terdapat banyak ikan yang besar. Selepas itu, kami kembali semula ke rumah dan melakukan aktiviti seterusnya iaitu tidur kerana agak kepenatan dan aktiviti pemberian anak angkat ditangguhkan pada malam hari.
Selesai solat magrib dan isyak berjemaah, kami ke rumah keluarga angkat masing-masing dan dihantar oleh Ustaz dan Buya Shu(Encik Shu bertukar nama kepada Buya Su) .Rafiqah dan sarah merupakan orang pertama yang kami hantar ke Keluarga angkat mereka iaitu pak rasul. Kemudian kaum lelaki dan seterusnya saya dan yang lain,dan ketika sampai di sini saya dan yang lain berbual-bual bersama ibu angkat walaupun kadang-kadang tak memahami apa yang dikatakan namun kami mengiyakan sahaja. Aktivit malam di rumah keluarga angkat tidak begitu memberatkan.Oleh kerana tiada aktiviti maka ketika ini saya sedang menulis catatan pengalaman di Rumah keluarga angkat saya iaitu Ibu Wazni.
Sampai di Danau Maninjau |
Diberikan layanan istimewa |
Bertemu penghulu kampung |
Suasana Danau Maninjau |
Muzium Buya Hamka |
Mendengar cerita Buya Hamka dari Bu Masni |
Antara koleksi buku Buya Hamka |
Bergambar kenangan di hadapan Muzium Buya Hamka |
Suasana Danau Maninjau |
Suasana Danau Maninjau |
Kesan Gempa Bumi |
Pagi ini merupakan hari pertama berada di rumah keluarga angkat. Selepas solat berjemaah di mushollah bersama ibu wazni, kami masak bersama-sama di dapur untuk bersarapan. Agak pelik bagi kawan saya yang lain kerana mereka tidak pernah bersarapan dengan nasi dan lauk seperti untuk makan tengahari.Namun berbeda dengan saya kata orang Indonesia, saya telah biasa bersarapan seperti itu kerana di kampung saya juga seperti itu.
Selepas kami bersarapan bersama-sama keluarga angkat, kami membantu bu wazni menjamuih padi (menjemur padi) bagi membolehkan beras itu kering dan dijadikan beras.Agak memenatkan kerana saya memang tak pernah memegang padi semenjak kecil.Almaklumlah, tinggal di atas air mana ada padi. Kemudian kami ke ladang bu wazni untuk memungut buah pinang.
Selepas itu, kami berehat sebentar di rumah angkat selepas berpenat berulang alik.
Tiba waktu zohor kami menunaikan solat secara berjemaah di Mushollah dan membuat perjumpaan di Rumah Pusat bersama aktivis yang lain untuk membuat pemetaan komuniti.
Rumah pertama yang kami pergi ialah rumah santri . Kami berjumpa dengan ibu guru yang mengajar di pesantren buya hamka namun tidak tinggal di situ. Rumah kedua ialah bu tasnir kerana selepas 2 & 3 buah rumah kami ketuk tapi tiada jawapannya.
Kami solat magrib dan isyak berjemaah di mushollah dan kultum(kuliah 7 minit) selepas magrib disampaikan oleh hafizah.
Kami mengadakan perjumpaan untuk melaporkan pemetaan komuniti kami. Perjumpaan berakhir pada pukul 10.00 malam.
3 January 2010 | Ahad
Seawal subuh kedengaran bunyi ayam mengokok menandakan subuh telah tiba, telefon bimbit yang digunakan sebagai jam loceng berbunyi akhirnya menandakan masa untuk bangun pagi perlu untuk menunaikan solat subuh. Saya, jun, amoi dan ibu wazni ke mushollah untuk solat subuh secara berjemaah.
Selesai solat subuh, kami kembali ke rumah ibu dan bersarapan bersama-sama. Kami dimaklumkan oleh ibu bahawa anaknya akan datang pukul 3 petang, ibu juga memberitahu bahawa dia akan pergi ke majlis kenduri kahwin pada pukul 11.30 pagi.
Pukul 7.30 pagi kami dibawa oleh ustaz nasrullah untuk melihat ikan dan memberinya makan. Kami terpaksa melalui titian yang hanya sekecil batang pokok yang terapung di atas air. Ia merupakan perhubungan untuk dimana tempat ikan tersebut. Perasaan takut apabila menyeberangi titian tersebut dan kerana titian tersebut licin maka kami terpaksa berhati-hati. Namun perasaan takut dapat diatasi apabila kami dapat memberi makan ikan tersebut dengan tangan kami sendiri. Ikan- ikan tersebut melompat untuk mengambil makanan dan berebut bersama ikan yang lain.Seronok rasanya.
Sekembalinya kami dari tempat memberi ikan, kami terus ke rumah ibu kerana hari ini ibu akan ke majlis kenduri kahwin dan saya dan yang lain akan menjaga rumah. Namun, sesampainya di rumah, ibu masih berada di rumah walaupun jam menunjukkan hampir pukul 11. Ibu masih menunggu kawannya yang dikatakan akan mengambilnya ke Majlis kenduri kahwinnya tetapi tak kunjung tiba. Sehinggalah hampir pukul 4 petang, akhirnya ibu tak jadi pergi untuk ke majlis tersebut. Kasihan ibu, menunggu berjam-jam dan telah pun bersiap namun akhirnya tidak jadi juga pergi ke Majlis Kenduri Kahwin tersebut.
Pada malamnya kami solat magrib dan isyak berjemaah di mushollah dan malam itu giliran junaidah untuk beri kultum.Sesi taakruf juga berlaku antara kami dan anak-anak pesantren secara rasmi. Agak terkejut kerana kami tidak bersedia dan tidak tahu pun akan memperkenalkan diri pada malam tersebut. Namun, kami harus “professional” kata ilyas dan terus memperkenalkan diri seorang demi seorang. Namun, sekali lagi seperti ada batu jatuh menghempap kami kerana kami sekali lagi disuruh untuk membuat persembahan dan akhirnya kami menyanyikan lagu “Alhamdulillah” nyanyian asal oleh Opick ( lagu Indonesia). Alhamdulillah, kami boleh menyanyikan dengan baik dan mereka juga memberikan respon yang agak baik. Akhirnya selesai juga program tersebut.
Seperti biasa kami akan mengadakan sesi post mortem.
Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan untuk anak-anak pesantren Buya Hamka dan merupakan hari pertama bagi kami untuk bertemu dengan mereka melalui pembelajaran. Saya dan rakan lain memulakan kelas bahasa inggeris dan hanya aktiviti biasa sahaja yang dilakukan pada hari ini iaitu mengajarkan permainan bahasa inggeris kepada anak-anak pesantren. Hanya terdapat 5 orang sahaja murid di dalam kelas tempat saya. Semuanya seakan malu untuk bersuara kemungkinan kerana saya adalah orang baru. Keadaan ini merupakan pengalaman yang baru bagi saya kerana sebelum ini saya tidak mempunyai pengalaman untuk mengajar kanak-kanak. Anak-anak pesantren ini agak payah untuk mengajar mereka kerana sikap mereka yang agak pasif. Namun dengan bantuan Buya Su saya dapat mengajar kanak-kanak tersebut. Pada pukul 10.30 pagi merupakan hari waktu rehat bagi mereka dan kami mengambil peluang untuk mengadakan perjumpaan antara aktivis untuk membincangkan aktivis seterusnya.
Pada hari ini juga sepatutnya kami berpuasa sunat dan berbuka bersama-sama anak-anak pesantren. Seawal sebelum solat zohor kami membantu menyediakan makanan. Pengalaman menggiling cili menggunakan batu lesung tidak akan saya lupakan, walaupun memenatkan namun kegembiraan itu dirasai kerana semua kerja dilakukan bersama-sama. Apalagi semuanya masih kanak-kanak dan jika di Malaysia sesetengah tempat kanak-kanak seperti itu tidak lah ‘segagah’ itu untuk memasak untuk anak-anak pesantren seramai 50 orang.
Setelah itu,kami meneruskan aktiviti seterusnya dengan mengajar anak-anak pesantren sehinggalah petang hari. Kami solat zohor, asar dan magrib bersama-sama anak-anak pesantren. Terasa suasana begitu sungguh meriah kerana saya tidak dapat melakukan kerja secara berjemaah di kampung saya termasuklah solat. Perasaan merasai membuat kerja bersama-sama, memasak bersama-sama, solat bersama-sama dan apapun yang dilakukan bersama-sama membuatkan saya berasa seolah-olah hidup di kampung sebenar kerana apa yang dilakukan bersama itu nikmatnya berlainan jika kita melakukan bersendirian.
Danau yang sejuk terasa seolah mencucuk hingga ke tulang, sejuk sangat. Jika di Malaysia, kesejukan ini memungkinkan untuk saya menarik selimut. Namun, di Kampung ini seolah-olah ada ‘aura’ untuk menunaikan kewajipan. Seharusnya saya membuat kultum di mushollah pada Subuh ini, namun kerana tidak sedar waktu yang berlalu dan terlewat untuk menunaikan solat Subuh, saya digantikan oleh Udin. “Terima kasih Udin!”.
Selepas itu saya pergi ke kelas untuk mengajar seperti biasa di kelas 4 bagi anak-anak pesantren Buya Hamka. Kelas ini berbeza pula dengan kelas sebelumnya yang saya ajar kerana mereka agak aktif, senantiasa mempunyai soalan untuk setiap ayat yang saya keluarkan. Benar kata Encik asri, “Orang Indonesia jangan diberi peluang untuk bertanya kerana kita akan tergamam.”. Nasib baik ada Udin dan Sarah yang datang untuk mengajar bahasa Inggeris, dari pemerhatian saya menunjukkan anak-anak pesantren ini suka jika mereka diberikan aktiviti yang lebih berbentuk rancak atau aktif.
Pada tengahharinya saya hanya duduk di rumah HAMKA untuk membuat laporan.
Pada petangnya, kami merancang ingin ke Pesantren Perempuan untuk membantu memasak sementara aktivis yang lain ke Sungai Batang untuk melawat Mangsa Gempa yang masih tinggal di dalam khemah. Berbalik kepada cerita saya yang asalnya ingin membantu memasak tetapi akhirnya mandi di danau. Ini kerana satri ( pesantern perempuan ) sedang mandi di danau ketika kami datang dan kebetulan mereka telahpun habis memasak untuk makan malam. Maka keinginan hati untuk mandi di Danau pun terbit tetapi disebabkan saya tak tahu berenang maka kami hanya berada di tepian. Seronok rasanya mandi beramai-ramai bersama mereka.
Kami berhenti mandi di danau kerana waktu solat Magrib telahpun tiba. Kami kembali ke rumah untuk bersiap dan solat magrib dan isyak berjemaah. Setelah itu, kami makan malam menggunakan talam yang mana setiap talam 5 dan 6 orang . Sesi suap menyuap juga kami lakukan untuk mengeratkan ukhwah antara kami.
Pada malamnya kami mengadakan sesi post mortem untuk keesokan harinya.
Kami bangun sebelum azan solat subuh kedengaran,Namun disebabkan terlalu kepenatan maka kami menyambung semula tidur kami dan bangun selepas mendengar azan berkumandang.Kami cepat-cepat bersiap untuk ke Mushollah bagi menunaikan solat subuh berjemaah.
Hari ini seperti biasa kami hanya mengajarkan bahasa Inggeris dan juga pelajaran lain dalam bentuk permainan kepada anak-anak pesantren. Ini agar dapat mengelakkan mereka daripada berasa bosan jika pembelajaran mereka lebih berbentuk skema.
Mereka juga kelihatannya berminat jika kami mengajarkan kepada mereka dalam bentuk permainan.
Aktiviti hari ini hanya member pelajaran bahasa inggeris kepada anak-anak pesantren dan selebihnya kami membantu santriwati memasak di dapur. Namun, setibanya kami di belakang penginapan santri ( tempat bagi mereka memasak), mereka telah pun siap memasak untuk makan malam. Kami hanya membantu mengemas apa yang patut.
Terbit rasa kasihan dihati tatkala melihat mereka membersihkan dapur, ketika mereka mencuci baju, dikala mereka membuat kerja sekolah, jadual harian mereka begitu padat. Berfikir saya seketika bilalah masa mereka untuk berehat.
Namun, bagi mereka kemungkinan ini hanyalah rutin harian mereka dan mereka sepertinya tidak kisah untuk melakukannya. Aktiviti malam ini berakhir seusai solat isyak berjemaah dan makan bertalam bersama-sama anak-anak pessantren. Tersimpul lagi ukhwah pada malam ini dan seterusnya insyaAllah.
Sesi post mortem dan melaporkan laporan kepada Buya Su mengakhiri aktiviti pada malam tersebut.
Hari ini kami bersiap awal untuk pergi ke Batu Nanggai, tempat dimana Pondok Pesantren Hamka berada dahulunya. Namun disebabkan masalah teknikal dan kenderaan yang tidak muncul-muncul lagi maka kami pergi pada petang harinya.
Pada tengahharinya kami mengisi masa lapang kami dengan mengajar anak-anak pesantren. Hari ini kami mengajar bahasa Inggeris kepada anak-anak tersebut dan mereka pun agak berminat dengan pembelajaran yang kami ajarkan. ‘cikgu amoi!’,kata salah seorang anak-anak pesantren yang memanggil aktivis Hafizah untuk mengajar mereka.
Ini bermakna kehadiran kami diterima dikalangan mereka untuk mengajar mereka walaupun hanya mengajarkan bahasa Inggeris.
Sebahagian aktivis mengajar bahasa inggeris manakala saya dan sebahagian aktivis perempuan pula ke rumah santri untuk membantu memasak bagi makan malam sekaligus berbuka puasa untuk malam ini. Sesampainya kami di rumah santri untuk membantu memasak, kami telah pun dipanggil untuk pergi ke Batu Nanggai untuk melihat kesan gempa disana.
Pukul 3.00 petang kami bergerak untuk melihat kesan gempa di Batu Naggai.Namun, sepanjang perjalanan kami ke Batu Nanggai , kebanyakan rumah juga hampir kesemuanya musnah disebabkan gempa yang berlaku. Terdapat kawasan yang seperti kawasan lapang yang pada dahulunya sebuah perkampungan.Subhanallah!Begitu sekali gempa mampu meranapkan perkampungan tersebut dalam masa 30 saat seperti yang diberitahu penduduk kampung.Saya bersyukur kerana Malaysia jauh daripada Gunung Berapi namun itu bukanlah tiket untuk saya senang hati malah saya harus sentiasa beringat bahawa tiada yang lebih berkuasa melainkanNYA.
Akhirnya kami sampai jua di Pondok Pesantren Hamka untuk melihat keadaannya. Pondok tersebut masih lagi elok dan tidak terdapat kerosakan pun kecuali rumah penginapan bagi lelaki yang telah hancur separuh dan ditenggelamkan lumpur akibat hujan yang turun selepas gempa.
Kami sempat membuat sedikit liputan berkenaan gempa dan kami diberitahukan oleh Ustaz Nas bahawa selepas gempa berlaku tanah runtuh yang agak dasyat dan sampai sekarang masih kelihatan kesan runtuhan di setiap gunung kerana Danau Maninjau dikelilingi gunung ganang bahawa terdapat tulisan ALLAH selepas runtuhan di gunung tersebut.Besarnya kuasa Allah s.w.t.
Sekembalinya kami dari Batu Nanggai kami terus ke dapur santri untuk membantu memasak untuk berbuka puasa namun Bu Dina telah pun mula memasak dan kami membantu setakat yang mampu.
Malam itu kami berbuka puasa bersama-sama anak-anak pesantern dan menyaksikan acara yang diadakan bagi mereka setiap hari khamis. Serta malam itu jua saya memberikan sedikit ceramah berkaitan ‘mandi hadas’. Walaupun tidak terlalu lama saya memberi ceramah namun saya berasa puas kerana benteng keyakinan untuk saya bercakap di depan orang ramai akhirnya pecah, tidak bermakna saya mampu untuk bercakap tetapii keyakinan untuk bercakap telah ada.
MAlam itu berakhir dengan sesi post mortem untuk keesokan harinya.
8 Januari 2010 | Jumaat
Hari ini saya beserta rakan yang lain akan memberikan ceramah kuliah Asiah yang akan diadakan di Batu nanggai. Kecut perut juga sebenarnya walaupun seingat saya tidak pernah memberikan ceramah apalagi kepada ibu-ibu. Saya cuba mengingat setiap ayat yang akan saya ceramahkan. Namun, saya sedar jika mengingat tidak akan membantu saya dalam memberi ceramah nanti. Saya membuat keputusan membiarkan ceramah saya keluar daripada hati saya.
Sebelum itu kami dibawa untuk makan di rumah pak Wanto ( guru bahasa Arab). Alhamdulillah, rezeki untuk hari ini ada juga. Pada pukul 10.30 pagi saya dan seorang rakan lagi kemudian diarahkan untuk ke Mushollah Batu Nanggai untuk memberikan ceramah kuliah Asiah. Anmun, sesampai disana tiada ibu-ibu untuk diberikan ceramah. Kami diberitahu bahawa kebanyakan penduduk kampung di situ telah berpindah semula akibat tanah runtuh yang berlaku lagi disebabkan hujan yang turun.
Akhirnya saya dan rakan saya dibawa ke Kuliah Asiah sebelum Kampung Batu Nanggai dan kami memberikan ceramah di kampung tersebut. Saya memberikan ceramah berkenaan ‘Aurat’. Agak kekok sedikit memberikan ceramah kepada mereka yang saya rasakan lebih arif berkenaan agama.
Selesai sahaja ceramah tersebut, kami kembali pulang kerana hari terdapat aktiviti kem untuk anak-anak pesantren. Seusai sampai, kami terus ke mushollah untuk membahagikan kumpulan bagi memulakan aktiviti kem dan kami sebagai fasi mengambil kumpulan yang telah disediakan.
Pada malamnya kami mengadakan aktiviti burung hantu yang diketuai oleh Izzat. Aktiviti ini memberitahu mereka bagaimana perasaan apabila menjadi sibuta dan bagaimana perasaan apabila dalam keadaan bergelap dan memberi kesedaran kepada mereka dan juga kami mengenai mati.
Aktiviti tersebut berakhir pada pukul 12 tengah malam.
Pada pagi tersebut kami memulakan aktiviti bagi modul pembinaan Bandar yang diketuai eleh Junaidah. Setiap fasi membawa setiap ahli kumpulan dan membawa mereka ke tempat yang mereka pilih dan membuat Bandar sendiri di atas sebuah kadbod dengan beralatkan sumber alam dan sampah yang dikutip disetiap jalan.
Selesai siap, setiap kumpulan membentangkan setiap hasil lerja mereka. Agak menarik kerana terdapat perbalahan dari setiap kumpulan.
Aktiviti petang pula dimeriahkan dengann aktiviti Explorace yang diketuai oleh Izzat.Setiap kumpulan harus melalui checkpoint untuk sampai ke destinasi yang seharusnya. Aktiviti berakhir sebelum solat Asar dan kami menunaikan solat Asar secara berjemaah.
Selepas asar bagi menambah markah setiap kumpulan, mereka telah diberikan teka teki dan setiap kumpulan yang berjaya menjawabnya akan diberi markah.
Pada malamnya kami membuat aktiviti secara berkumpulan dengan setiap orang mempunyai cerita tersendiri dan mempersembahkan kepada fasi masing-masing.
Kemudian, malam itu setiap kumpulan diberikan lagu untuk dipersembahkan pada keesokan malam harinya.
Kami memulakan aktiviti dengan riadhah pada paginya yang dikendalikan oleh saya. Selepas sahaja riadhah kami beserta setiap kumpulan yang lain bergotong royong membersihkan kampung kukuban.
Kumpulan saya membersihkan tepian danau yang agak dipenuhi sampah terutamanya tepian danau penginapan putri. Sememangnya agak kotor dan dipenuhi sampah. Kami hanya membersihkan yang mana sesuai dan berhenti secepatnya kerana agak meloyakan saya dan kawan saya sarah.”sangat berbau”,kata kawan saya.
Seterusnya kami mempraktikkan lagu yang diberikan untuk mempersembahkan pada malam harinya.
Pada malam kemuncaknya setiap kumpulan mempersembahkan lagu yang telah diberikan.
Pada hari ini tiada aktiviti yang seharusnya kami lakukan kerana aktiviti bersama anak-anak pesantren telahpun berakhir semalam. Hari ini merupakan hari menemuduga guru baru bagi pondok ini. Sebahagian aktivis telah pun diberi tugas untuk menemuduga guru-guru yang akan datang untuk temuduga. Saya tidak mempunyai tugas pada pagi itu melainnkan mengambil gambar bagi kativiti pagi itu.
Petang harinya pula kami menemui Pak Hanif (menjaga Museum HAMKA) untuk mengetahui cerita berkenaan HAMKA. Kami memperuntukkan masa selama sejam untuk mendengar kisah HAMKA dari zaman kecil beliau sehingga beliau mnejadi seorang ulama yang disegani sehingga hari ini. Mendengar cerita mengenai HAMKA seolah saya baru mengenali HAMKA, menarik rasanya.
Sepanjang perjalanan saya melihat pemandangan Danau yang sangat indah, Indah sungguh Danau seindah bahaso masyarakat yang mnyapa kami dan mnyambut kami. Mungkin disinilah HAMKA mendapat inspirasi untuk menulis bukunya dan mendapat ilham untuk meneruskan karya beliau.
Kami pulang sebelum magrib kerana pada malamnya kami berjanji untuk makan malam bersama Pak Irfan (pendakwah Indonesia). Selesai solat magrib kami bersalaman bersama anak-anak pesantren dan ibu-ibu yang hadir di mushollah sebagai perjumpaan yang terakhir, insyaALLAH, kelihatannya muka yang sedih pada malam itu. Setiap yang bertemu pasti akan berpisah, saya selalu berpegang pada kata-kata tersebut.
Kami bergerak selesai sahaja bersalaman ke rumah pak Irfan untuk makan malam bersama beliau.
Pada malam itu, kami melaporkan aktiviti yang berlaku sepanjang hari ini,Dan pada malam terakhir juga saya dan rakan lain tidur di rumah ibu angkat sebagai malam terakhir dan InsyaAllah akan datang semula,kata hati saya.
12 Januari 2010 | Selasa
Hari ini merupakan hari keberangkatan kami untuk pulang ke Malaysia, berat rasa hati untuk meninggalkan anak-anak, ibu-ibu yang banyak meninggalkan kenangan dalam diri saya. Sungguh sayu melihat muka mereka. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke Lapangan Terbang padang. Danau yang indah, InsyaAllah kami akan berkunjung lagi dan tetaplah menerima kami, kata hati saya.
Pada petangnya, akhirnya kami menjejakkan kaki di lapangan terbang Malaysia. Alhamdulillah kerja amal ini akhirnya selesai jua namun sudah semestinya aka nada lagi pada masa hadapan.InsyaAllah.
Selamat Tinggal Danau Maninjau, Jika ada umur panjang kita jumpa lagi.
Semoga perjalanan ini menerbitkan Buya Hamka kecil dihati kami.
No comments:
Post a Comment