Thursday, April 12, 2012

Rasa

Bismillahirrohmanirrohim


Yang mengikat Allah dengan kita adalah shahadah kita. Perjanjian yang kita telah ikat bersama Allah. 

- Usrah Gptd Unisel -

JEJAK PATANI 2012 tinggal 2 HARI LAGI

Bismillahirrohmanirrohim


Gptd Unisel akan melaksanakan Misi Jejak Patani | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio-Budaya di Nad Tanjong, Wilayah Patani, Selatan Thailand dalam tempoh 15 sehingga 22 April 2012.


Aktiviti yang akan dijalankan
1.Kursus Intensif Bahasa Inggeris & Literasi Komputer
2. Program Motivasi dan Jatidiri
3. Pemetaan Komuniti di Kg terpilih di Nad Tanjong
4. Kajian tokoh dan Sejarah Patani
5. Dialog bersama Mahasiswa Universiti
6. Projek Pustaka Madani (sumbangan buku)


Nota : Projek ini adalah kerjasama Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Turut menyokong adalah Timbalan Datuk Bandar Nad Tanjong dan Rumah Anak Yatim AYATA & PEKIAT. Mohon doakan misi dapat dijayakan dengan sebaiknya serta diberi keselamatan oleh Allah swt.


Sebarang sumbangan seperti dana, buku dan material lain sangat dialu-alukan atas nama AmIslamic Bank atas nama GRUP PENGKAJI TAMADUN DUNIA UNISEL 124-202-200155-5. Maklumat lanjut boleh hubungi Hawa Mas Azmar Ahmad 013.212.7048 atau Hdariyani Kampun 013.869.1527


Wednesday, March 28, 2012

PRINSIP 5C Dalam Pengurusan Islam

Bismillahirrohmanirrohim

Minangkabau, Padang, Indonesia (XPDC HAMKA)

Terdapat prinsip 5C di dalam pengurusan islam.


Prinsip pertama : cause - Tujuan Penubuhan
1.Tujuan penubuhan organisasi hendaklah dijelaskan secara sistematik di dalam bentyuk kursus orientasi sehingga ianya difahami oleh setiap lapisan petugas.
2.Program mengenai tujuan penubuhan organisasi haruslah dilakukan berkala.
3.Kata hikmah dan kata-kata mengenai tugas masing-masing.
"Katakanlah:Sesungguhnya sembahnyangku,ibadahku,dan matiku semuanya bagi Allah,Tuhan semesta Alam.Tiada bagiNya sekutu dan dengan demikian aku disuruh dan aku ornag yang mula-mual masuk islam.
5.Letakkan hubungan insan denga Allah sebagai paksi segala tindakan agar perbuatan kita diredhai Allah.

Prinsip kedua : Commitment - Iltizam
1.Mempunyai dedikasi yang tinggi  untuk melaksanakan tugas.
2.Jangan biarkan sindrom "hangat hangat tahi ayam" melanda diri.

Prinsip Ketiga : Consistency - Istiqomah
"Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walau sedikit." (Sahih Bukhari dan Muslim)

Prinsip Keempat : Cooperation - Kerjasama
"Hubungan orang mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang meguatkan diantara satu sama lain."
1.Prinsip bekerja pengurus sesama pekerja,ketua bersama anak buah,amatlah penting.
2.Perlu ada amalan musyawarah atau mesyuarat.
"A single step forward bu 100 workers is better than 100 steps taken by a single worker"

Prinsip kelima : Communication - Komunikasi
1.Dalam konteks komunikasi,penampilan imej banyak bergantung kepada maklumat yang disalurkan oleh petugas baik secara lisan mahupun perbuatan.
2.Dalam ilmu pengurusan, ada satu prinsip komunikasi berbunyi, "First impression is a lasting impression."
"To develop a good image is easy than to repair a bad one."

Semoga Bermanfaat.
Dipetik dari Risalah Abim 1997 (Tulisan Oleh En Ahmad Azam Abd Rahman)

Monday, February 20, 2012

Pesanan Imam Al-Ghazali

Bismillahirrohmanirrohim



Segala gerak laku dalam anggota dalam badanmu adalah merupakan nikmat daripada AllahTaala yang diberikan kepada kamu. Maka janganlah kamu menggerakkan satu pun anggota badan kamu untuk melakukan maksiat. Gunakanlah anggota badan kamu untuk mengerjakan ketaatan kepada Allah Taala. Kecuaian menjaga anggota badan akan menimpakan akibat kepada diri sendiri.Janganlah bersikap mudah "Tuhan Maha Pengampun dosa-dosa hambanya yang membuat maksiat" kerana ucapan itu benar dengan tujuan yang salah.

Ingatlah pesanan Rasulullah S.A.W : Orang cerdik ialah orang yang selalu perhitung dirinya dan suka beramal untuk bekalan sesudah mati dan orang yang bodoh ialah selalu mengikuti hawa nafsunya dan banyak berangan-angan kepada Allah.(Al Tarmizi) 

Monday, January 9, 2012

croient

Bismillahirrohmanirrahim.



Kepercayaan begitu penting, sangat penting dan memang penting pun. Apatah lagi di dalam membina satu pasukan dimana memerlukan kepercayaan antara satu sama lain. Saling berganding bahu dalam menyelesaikan masalah, dalam menyelesaikan sesuatu perkara, dalam membuat sesuatu keputusan dan didalam semua perkara itu perlu adanya kesepakatan dan kepercayaan.ya KEPERCAYAAN. Bagaimana ingin membina sebuah pasukan yang kuat jika tiada kepercayaan diantara satu sama lain? Akan runtuhlah pasukan itu dan yang tinggal hanyalah omongon kosong. Apa ertinya?

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud : 
"seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi."
(Riwayat al-bukhari dan Muslim)

Sunday, January 8, 2012

nostalgie



























Bismillahirrohmanirrohim

Sudah sebulan dan lebih kita tidak bersua.kan? :)
Jam ini pantas bergerak, ya, Bumi ini berputar tidak berhenti.
Memang, pertemuan itu ada dan perpisahan juga ada.
Jika kamu berani menghadapi pertemuan sudah pasti perpisahan juga perlu berani.

Kisah suka dan duka biar kita simpan saja
bukan untuk kita lupakan tetapi untuk kita ingati di masa senggang
supaya kita punya sesuatu untuk diceritakan pada anak cucu kita

Kisah aku menjadi "guru" kepada adik adik
Kisah adik adik menjadi "anak murid" kepada kakak dan abang
Tulus, aku belajar banyak perkara dari kalian
menghadapi kenakalan dan keaktifan kalian membuatkan aku sedar bahawa pejuang tegar harus punya prinsip kesabaran dan keberanian yang tinggi
Aku?belum punya barangkali tetapi aku cuba dan AKAN mewujudkan di dalam diri .

Rindu warga GEMPAQ 2.0.:)

wallahualam.

Thursday, January 5, 2012

sejarah silam

Bismillahirrohmanirrohim



Saya terkenang di masa lampau. Cewah. Bagaimana saya di turunkan jawatan. Kemudiaan, bagaimana saya mendatangi hari-hari saya di dalam kekecewaan. Bagaimana saya memulakan hidup yang dirundung kekecewaan dan kegelisahan. Tidak berkecuali malu juga pasti terselit masuk. Saya akui, semua perasaan bercampur baur ketika itu, namun bukan mudah mengatasinya apatah lagi bila bersendiriaan. Namun, hikmah itu pasti ada. Rasanya ingin saya berterima kasih kepada mereka semua yang terlibat, kerana mereka saya kenal erti kekalahan, saya tahu bagaimana keihlasan saya di dalam berjuang, saya tahu tahap ketauhidan saya kepada Allah. Saya tahu mereka semua adalah wadah daripada Allah untuk menegur sikap saya.Alhamdulillah.

Pengawal dan Pemegang hati kita semua adalah DIA,ya Allah.Pencipta kita. Jadi, mengapa kita perlu risaukan tanggapan manusia lain.Nasihat kawan saya satu ketika. Bukankah manusia itu semuanya sama kecuali yang membezakannya adalah iman dan takwa.Allah yang membolak balikkan hati kita semua.Hati ini milik Allah. Bukan lah bermaksud, tidak ada lagi sikap kepedulian terhadap mereka.tidak. Namun, bagaimana kebergantungan saya dan kita semua ini hanya muthlak kepada Allah bukan kepada manusia. Wallahualam.

InsyaAllah.