Monday, March 11, 2013

Tips sebelum kahwin

Bismillahirrohmanirrohim

Ramai yang akan menamatkan masa bujang? Belum membuat persediaan? Haa, disini ada beberapa tips sebelum menuju pintu gerbang perkhawinan.Sila pasang mata,telinga,mulut,hidung dan semua yang perasa-perasa.:p

1.Persiapan Ruhiya(spiritual)

Ini meliputi persiapan kita mengubah sikap mental menjadi lebih bertanggungjawab,sedia berkongsi,melunturkan ego dan berlapang dada. Ada penekanan supaya menggunakan dua hal yang nyata dalam hidup iaitu sabar dan syukur.

2.Persiapan Ilmiah-Fikriyah (Ilmu-Intelektual)

Bersiaplah menyusun rumah tanggah dengan pengetahuan, ilmu dan pemahaman. Belajar cara berkomunikasi dengan pasangan, belajar menjadi ibu bapa yang baik dan mengurus ekonomi yang baik.

3.Persiapan JAsadiyah (fizikal)

Sekiranya memiliki penyakit apatah lagi yang berkaitan seksual,perlu diusahakan dengans egera mengubatinya.Selain itu, Makanan yang halal juga baik diambil secara teratur.

4. Persiapan Maadiyah (Harta Benda)

Disini tuntutannya adalah komitmen supaya segera berdikari.

5. Persiapan Ijtima'iyyah (Sosial)

Kita perlu sedia bermasyarakat, faham bagaimana berjiran, tahu cara bergaul dan mengambil bahagian dalam  masyarakat. Juga visi dan misi dakwah dalam persekitaran.

Ok.itu saja. Namun, bukanlah mereka yang hendak berkhawin sahaja perlu bersedia tentang perkara di atas tetapi mereka-mereka yang belum ingin berkhawin, mereka yang nak berkhawin tapi belum ada bajet, mereka yang nak berkhawin belum ada calon dan seangkatannya serta mereka yang telah berkhawin juga boleh mem'praktik'kannya.double wow.

Sumber Buku : Bahagianya merayakan cinta(Salim A.Fillah)


Ada dua pilihan ketika bertemu cinta,
Jatuh cinta dan bangun cinta,
Buatmu, aku memilih yang kedua,
Supaya cinta kita menjadi istana,
yang tinggi menggapai syurga.

SAF

6 comments:

  1. ce bagi tips sikit camna nk cari duet untuk kawin.. haha :P

    *awok makin rajin menulis skrg.. *wink2*

    ReplyDelete
  2. kerja.errr

    *mungkin sebab rasa terasing.errrr.kbai.

    ReplyDelete
  3. sy setuju dengan kak Dendei! hehe

    ReplyDelete
  4. err.hawa.macam mana nak add hawa?hehe

    ReplyDelete