Macam mana mahu mulakan ya,emm. Begini ceritanya. Kelmarin, ya semalam iaitu 17hb Mac 2013 pergi menonton wayang bersama suami. Itu rancangan drastik sebenarnya. Tidak terfikir pun pada awalnya. Ceritanya bertajuk The Croods. Ya, cerita kartun. Cerita unsur komedi untuk tontonan seisi keluarga. Disebabkan tontonan keluarga maka saya dan suami dikelilingi kanak-kanak osem.Wow.Meriah panggung gittew. Penuh satu panggung dengan suara-suara dan bisikan kanak-kanak. Osem.
Cerita ini memang osem kata budak sebelah.Err, tafsiran ku saja. Manakan tidak, lihatlah roti yang dia pegang dari awal cerita hingga ke pengakhirannya. Belum dibawa ke mulut, hanya di tangan. Mata fokus ke skrin panggung.
Okey,okey. Boring kan cerita di atas. Baik. Cerita The Croods berkisar keluarga di zaman batu.Dimana ada ayah + mak + eep + abang + adik yang ganas +nenek. Lengkap satu family. Mereka tinggal di dalam gua sebab takut gelap. Eh, macam aku. Bagi mereka kegelapan adalah satu malapetaka. Oleh itu, siang pergi berburu, malam tidur di dalam gua. Macam normal saja. Tidak, kehidupan mereka lain. Tidak normal. Mereka begitu takutkan kegelapan tetapi mereka tidak tahu kegelapan itu apa. Mereka mahu terang lagi bersuluh tetapi mereka tidak mencuba. Mende la ni kan. Kerepek.
Sehinggalah kemunculan Guy, lelaki yang mengejar matahari untuk hari esok bertemu dengan eep. Guy mengajar mereka sekeluarga pelbagai perkara. Kehidupan mereka bermula (mendapat sedikit pencerahanla kiranya )apabila gua yang mereka duduki musnah akibat kejadian alam (tanah retak) yang tidak disangka. Disitu mereka cuba untuk mencari gua yang lain untuk dijadikan tempat tinggal namun gagal.Dan,err tengoklah sendiri ceritanya. Nanti tak best pulok kalau diceritakan.
Takut .
Cuma,apa yang ingin saya sampaikan adalah ketakutan yang selalu dialami oleh segenap lapisan orang termasuklah saya. Err. Hidup ini terlalu banyak yang ditakutkan kan walaupun belum pernah mencuba. Takut nak cakap dengan pensyarah , takut nak post bermacam-macam sebab takut orang label macam-macam kan,takut itu, takut ini.Dikaulah tu, elleh. Arghhhh. Takut, takut, takut. Ayah eep takut untuk keluar malam sebab dia belum melihat apa ada pada kegelapan malam. Ayah eep takut keluar jauh-jauh dari gua sebab takut mati di bunuh haiwan buas lagi ganazz. Semuanya takut walaupun tak tahu gelap itu apa, mati itu apa. Hidupnya diselubungi ketakutan.Macam mana nak hidup dalam tenang.
Berbeza dengan Guy, Baginya untuk sampai ke hari esok, takut perlu dibuang. Bagaimana? Atasi ketakutan itu dengan mencubanya. Sebenarnya takut itu hanyalah manifestasi perasaan kita yang selalu ikut kata hati yang berkata-kata negatif saja. Oleh itu, positifkan diri dan jangan lupa Allah. Lagipula , hidup ini jika berlandaskan selain Penciptanya bagaimana nak hidup. Kalau hidup pun mungkin macam mayat hidup.Tiada tujuan dan panduan. Err.
Teringat cerita singa dan kambing. Keluarkan sifat singamu. Aummm.
# takut itu juga perlu ada batasnya.
No comments:
Post a Comment