Monday, March 18, 2013

shine your way

Bismillahirrohmanirrohim

sila keluar dari kepompong kegelapan.


ost cerita The Croods.
owl & Yuna : Shine Your way


Madu 3 dan suami

Bismillahirrohmanirrohim

"Di dalam opis ini saya pakai undang-undang" Kata pak mertua jamil kepada isteri muda Jamil.

"Di dalam dunia ini ada undang-undang, sila blah ke planet lain jika tak mahu patuhi."Kata aku kepada cik bombimbumbem.Errr.

Memang lucu cerita madu tiga ni.Gelak sakan bersama suami melihatnya. hekhekehek.Biarkan.Ni merepek.

Betullah, dunia ini ada undang-undang yang Allah dah tetapkan. Sudah nama undang-undang, pasti ada hikmahnya diwujudkan.Silalah patuhi 'undang-undang' Allah di 'jalan raya' Allah ini jika mahu selamat dunia akhirat.sekian.

'Senangnya dalam hati, sudah baca Al-Quran'.lalala.emmmm.

Asbestos.

i.k.h.l.a.s.

Bismillahirrohmanirrohim

5 huruf jak ayat ini.Tidak memerlukan masa yang banyak pun untuk mengingatinya (kecuali memang hilang ingatan,abaikan), tetapi aku masih gagal untuk memaknai ke dalam diri.Parah wei.

mengapa?kenapa?

Soal hati kah?Obatnya tanya Tuan Duktur, pasti Tuan akan jawab. Hatimu sudah kau bajai dengan apa?Salah obat barangkali. Back to Al-Quran.



hati tak keruan.

Bismillahirrohmanirrohim

Hidup ini hanya pinjaman. Janganlah banyak sangat meminjam. Kau pun hanya meminjam saja hidupmu, lantas kenapa kau meminjam dan banyak berhutang?Sudahlah meminjam, dipinjam dan malas lagi untuk membayar pinjaman.Oh, pinjaman, memijam dan watsoever. Adillah kau. Kembalikan kepada tempat asalnya. Macam kau yang akan mati dan kembali ke tempat asalmu. Jadi, apa tunggu lagi?

Rasa bersalah. Itulah siapa suruh meminjam.

The croods dan suami

Bismillahirrohmanirrohim

Macam mana mahu mulakan ya,emm. Begini ceritanya. Kelmarin, ya  semalam iaitu 17hb Mac 2013 pergi menonton wayang bersama suami. Itu rancangan drastik sebenarnya. Tidak terfikir pun pada awalnya. Ceritanya bertajuk The Croods. Ya, cerita kartun. Cerita unsur komedi untuk tontonan seisi keluarga. Disebabkan tontonan keluarga maka saya dan suami dikelilingi kanak-kanak osem.Wow.Meriah panggung gittew. Penuh satu panggung dengan suara-suara dan bisikan kanak-kanak. Osem.

Cerita ini memang osem kata budak sebelah.Err, tafsiran ku saja. Manakan tidak, lihatlah roti yang dia pegang dari awal cerita hingga ke pengakhirannya. Belum dibawa ke mulut, hanya di tangan. Mata fokus ke skrin panggung.



Okey,okey. Boring kan cerita di atas. Baik. Cerita The Croods berkisar keluarga di zaman batu.Dimana ada ayah + mak + eep + abang + adik yang ganas +nenek. Lengkap satu family. Mereka tinggal di dalam gua sebab takut gelap. Eh, macam aku. Bagi mereka kegelapan adalah satu malapetaka. Oleh itu, siang pergi berburu, malam tidur di dalam gua. Macam normal saja. Tidak, kehidupan mereka lain. Tidak normal. Mereka begitu takutkan kegelapan tetapi mereka tidak tahu kegelapan itu apa. Mereka mahu terang lagi bersuluh tetapi mereka tidak mencuba. Mende la ni kan. Kerepek.
Sehinggalah kemunculan Guy, lelaki yang mengejar matahari untuk hari esok bertemu dengan eep. Guy mengajar mereka sekeluarga pelbagai perkara. Kehidupan mereka bermula (mendapat sedikit pencerahanla kiranya )apabila gua yang mereka duduki musnah akibat kejadian alam (tanah retak) yang tidak disangka. Disitu mereka cuba untuk mencari gua yang lain untuk dijadikan tempat tinggal namun gagal.Dan,err tengoklah sendiri ceritanya. Nanti tak best pulok kalau diceritakan.

Takut .

Cuma,apa yang ingin saya sampaikan adalah ketakutan yang selalu dialami oleh segenap lapisan orang termasuklah saya. Err. Hidup ini terlalu banyak yang ditakutkan kan walaupun belum pernah mencuba. Takut  nak cakap dengan pensyarah , takut nak post bermacam-macam sebab takut orang label macam-macam kan,takut itu, takut ini.Dikaulah tu, elleh. Arghhhh. Takut, takut, takut. Ayah eep takut untuk keluar malam sebab dia belum melihat apa ada pada kegelapan malam. Ayah eep takut keluar jauh-jauh dari gua sebab takut mati di bunuh haiwan buas lagi ganazz. Semuanya takut walaupun tak tahu gelap itu apa, mati itu apa. Hidupnya diselubungi ketakutan.Macam mana nak hidup dalam tenang.

Berbeza dengan Guy, Baginya untuk sampai ke hari esok, takut perlu dibuang. Bagaimana? Atasi ketakutan itu dengan mencubanya. Sebenarnya takut itu hanyalah manifestasi perasaan kita yang selalu ikut kata hati yang berkata-kata negatif saja. Oleh itu, positifkan diri dan jangan lupa Allah. Lagipula , hidup ini jika berlandaskan selain Penciptanya bagaimana nak hidup. Kalau hidup pun mungkin macam mayat hidup.Tiada tujuan dan panduan. Err.



Teringat cerita singa dan kambing. Keluarkan sifat singamu. Aummm.

# takut itu juga perlu ada batasnya.




Sunday, March 17, 2013

cik siti.kau perempuan yang bahagia.

Bismillahirrohmanirrohim

Ah.dia memang perempuan yang bahagia. Aku cemburu padanya. Masakan tidak. Hidupnya dibiarnya Tuhan yang tentukan. Mati juga begitu. Cemburu lagi aku. Segalanya diserahkan kepada Tuhan. Kalau aku lagi ada masalah, bilangnya "cuba periksa hubunganmu dengan Allah, kawan". Cemburu lagi aku.
Tidurnya lagi lewat dari aku tetapi malah bangunnya lagi awal dari aku sangking dekat sekali hatinya pada Tuhan. Agar hati lagi kuat bilangnya. Cemburu lagi aku. Aduh, kau bikin hati aku selalu terbayang perangaimu yang sudah menular sikit demi sedikit di dalam diriku. Ah.kau memang perempuan yang layak bahagia.

Berbahagialah dikau.




Monday, March 11, 2013

Tips sebelum kahwin

Bismillahirrohmanirrohim

Ramai yang akan menamatkan masa bujang? Belum membuat persediaan? Haa, disini ada beberapa tips sebelum menuju pintu gerbang perkhawinan.Sila pasang mata,telinga,mulut,hidung dan semua yang perasa-perasa.:p

1.Persiapan Ruhiya(spiritual)

Ini meliputi persiapan kita mengubah sikap mental menjadi lebih bertanggungjawab,sedia berkongsi,melunturkan ego dan berlapang dada. Ada penekanan supaya menggunakan dua hal yang nyata dalam hidup iaitu sabar dan syukur.

2.Persiapan Ilmiah-Fikriyah (Ilmu-Intelektual)

Bersiaplah menyusun rumah tanggah dengan pengetahuan, ilmu dan pemahaman. Belajar cara berkomunikasi dengan pasangan, belajar menjadi ibu bapa yang baik dan mengurus ekonomi yang baik.

3.Persiapan JAsadiyah (fizikal)

Sekiranya memiliki penyakit apatah lagi yang berkaitan seksual,perlu diusahakan dengans egera mengubatinya.Selain itu, Makanan yang halal juga baik diambil secara teratur.

4. Persiapan Maadiyah (Harta Benda)

Disini tuntutannya adalah komitmen supaya segera berdikari.

5. Persiapan Ijtima'iyyah (Sosial)

Kita perlu sedia bermasyarakat, faham bagaimana berjiran, tahu cara bergaul dan mengambil bahagian dalam  masyarakat. Juga visi dan misi dakwah dalam persekitaran.

Ok.itu saja. Namun, bukanlah mereka yang hendak berkhawin sahaja perlu bersedia tentang perkara di atas tetapi mereka-mereka yang belum ingin berkhawin, mereka yang nak berkhawin tapi belum ada bajet, mereka yang nak berkhawin belum ada calon dan seangkatannya serta mereka yang telah berkhawin juga boleh mem'praktik'kannya.double wow.

Sumber Buku : Bahagianya merayakan cinta(Salim A.Fillah)


Ada dua pilihan ketika bertemu cinta,
Jatuh cinta dan bangun cinta,
Buatmu, aku memilih yang kedua,
Supaya cinta kita menjadi istana,
yang tinggi menggapai syurga.

SAF

Wednesday, March 6, 2013

Terusir

Bismillahirrohmanirrohim

"Diberinya gelaran yang buruk kepada perempuan itu, dinamainya "sampah masyarakat", dinamainya "bunga mengandungi racun", "kupu-kupu malam" dan lain-lain nama yang hina dan buruk. Padahal dia sendiri yang menyuruh mereka sesat ke dalam lembah itu."

"Dikutuk perempuan itu, ditimpakan segala macam kesalahan kepadanya, dikatakan dia wakil iblis, perdayaan syaitan, padahal lelaki itu yang lebih iblis.."

petikan dari buku 'terusir'.

********

Bait-bait kata di dalam buku tulisan HAMKA ini kadang membuat kelopak mata basah jua. Barangkali HAMKA menulis dari hati lantas bisa meruntun hati-hati pembacanya.

Perempuan, wanita, gadis atau apa sahaja yang menggambarkan mahkluk Allah ini sungguh indah.

memangla kau perempuan.Bolehlah engkau cerita yang baik-baik sahaja tentang perempuan.huh!

oh ya?

HAMKA juga lelaki yang membela nasib perempuan.Buktinya tu buku terusir,silahkan dibaca.Dihadam sampai kenyang.

dan

Rasulullah S.A.W.





plastik

Bismillahirrohmanirrohim


Dikala zaman purbakala dahulu. Ada seorang puterininja yang sangat comel.kAbaikan.

Dulu, masa kecik-kecik, aku suka tengok drama dan filem di tv singer (time aku dah ada color). Yelah,nak tengok wayang takda duit,lagipun bapak larang. Berbalik kepada cerita asal. Semua cerita di layan. Hindi,cina,melayu,filipina,jepun,korea dan lain-lain la.

sebagai hiasan

Dalam cerita drama mahupun filem wajib ada hero dan heroin serta kebiasaanya hemsem dan cantikla. Apalagi, cubalah nak jadi macam heroin tu sebab cantik dan hemsem. Apabila nak jadi macam heroin tu, nama pun mestilah nak canggih macam heroin tu. Paksa kawan-kawan panggil dengan nama tu. Tak pasti penerimaan kawan-kawan masa tu sebab tak hambik tau.huahua. Namun, itu dulu,cewah.Sekarang sudah jarang melihat drama dan filem2 ni.erk.Yang berlalu biarkan berlalu.ye dok?

 Takda point pun sebenarnya cuma nak bagitau jadilah diri sendiri. Mungkin orang lain lebih cantik atau hemsem namun setiap manusia itu ada kelebihan masing-masing (macam ayat tipikal kan,eheh). Jadi, tak perlu nak menyamar menjadi orang lain semata nak kelihatan 'baik' dihadapan orang lain.itu semua plastik!


#proses menulis.alahai.bukan senang rupanya.

Tuesday, March 5, 2013

mulut wangi vs mulut busuk

Bismillahirrohmanirrohim


Al-Humazah (Pengumpat)

“Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela”
1:104

Jelas.ringkas.padat.Tak perlu fikir panjang. Ayat itu jelas menunjukkan kecelakaan kepada si pengumpat. Jadi, apa di tunggu lagi? Jauhilah mengumpattttttt ya puan,sodari,makcik,pakcik dan abang-abang pun tidak ketinggalan. Pokoknya semua deh.

pst.nak mulut sihat?senyum.nak mulut wangi?gosok gigi selepas makan.:)nak mulut busuk?mengumpat.iyakk.