Mak saya suka bercakap.
Bapak saya tak suka bercakap.
Sangat berbeza.
Suatu hari, mak bercakap dengan nada yang marah tetapi yang saya lihat bapak tetap dengan perangainya iaitu hanya mendiamkan diri.
Saya juga kadang menjadi anak yang tidak tahu untung apabila dimarahi oleh mak tetapi berbeza dengan bapak yang boleh menahannya malah selama 28 tahun pula.
Saya berasa kagum dengan kesabaran bapak sehinggakan kekaguman saya membuatkan saya mendapatkan bapa dan bertanya tips bagaimana boleh menjadi seperti beliau.
Bapak memandang saya sambil membetulkan rambut belahan tengahnya "kadang-kadang marah itu penawarnya mendengar dan tersengih.".
Aku tersenyum dan menyimpan di dalam hati serta berdoa agar dapat mempraktikkan di dalam kehidupan selepas berkhawin. :)
No comments:
Post a Comment