Wednesday, June 27, 2012

Oh Bulan.

Bismillahirrohmanirrohim

Aku tidak pernah mengimpikan akan menjadi seperti ini. Tidak pernah bermimpi sejauh ini. Namun, kuasa Allah, siapa tahu. Impian masuk ke dalam Universiti adalah untuk belajar. Belajar, belajar dan belajar. Impian aku suatu ketika dahulu hanyalah ingin mendapatkan tempat yang pertama di semua tempat. Tidak pernah berfikir akan mengaktifkan diri dalam apa jua persatuan. Namun, sudah aku katakan bukan, Kuasa Allah siapa yang tahu. Indahnya bintang malam ini.:)

Program Gempak Quran, diambil oleh  cikot.:)



Pak Natsir

Bismillahirrohmanirrohim



..Menurut pendapatnya (Alex Inkles), salah satu ciri manusia modern adalah pandai memanfaatkan waktu. Jika ini merupakan ciri manusia modern, sebenarnya Islam jauh sebelum muncul pendapat Inkles tersebut, telah menyebut prinsip penggunaan waktu sebagaimana ditegaskan Allah dalam surah Al-Asr..



(Sumber Buku : Pesanan Perjuangan Seorang Bapak (M.Natsir)


Tuesday, June 26, 2012

Gelang berganti puisi

Bismillahirrohmanirrohim


Puisi ini adalah hadiah daripada seorang teman kecilku yang prihatin kerana kehilangan gelang tangan kesayanganku.(Pemberian ibu tu.)(hehe). Gelang tidak kutemui, namun diabadikan dengan senuah puisi nan indah. Semoga kehilangan gelang ini ada hikmahnya..:)

H.E.L.D.A

Kan ku bingkai huruf dari setiap namamu
Lalu kujadikan warna warni di setiap puisiku
Setiap hembusan nafasmu kulihat sebentuk syurga
Dan maha sempurnalah waktuku
Sesaat dengan kesederhanaannya aku mampu mencerna
Makna di antara simbol-simbol
Bunga dan kupu-kupu
Ombak dan karang
Bening pagi dan rumput
Hijau
Burung camar dan rantingnya

Oleh:Prusdianto (Sappok)-Kupa,Makassar,Sulawesi Selatan,Indonesia

T.E.R.I.M.A .K.A.S.I.H

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Bismillahirrohmanirrohim

Konvo kak tini



Keranamu 
Aku mengenal kesenangan dalam kepayahan
Keranamu
Aku berdiri dalam kejatuhan
Keranamu
Aku mengenal cinta dalam kebencian
Keranamu
Aku hidup senang dalam kelelahan
Keranamu
Aku berjalan dalam berlari
Keranamu
Aku teratur dalam kehamburan
Keranamu
Hidupku realiti seorang "manusia"
Keranamu 
lahir seorang pejuang
Keranamu
lahir seorang polis
Keranamu
lahir seorang doktor
Keranamu
lahir cendekiawan
Keranamu
Guruku
Semuanya keranamu..

SELAMAT HARI GURU...

Thursday, April 12, 2012

Rasa

Bismillahirrohmanirrohim


Yang mengikat Allah dengan kita adalah shahadah kita. Perjanjian yang kita telah ikat bersama Allah. 

- Usrah Gptd Unisel -

JEJAK PATANI 2012 tinggal 2 HARI LAGI

Bismillahirrohmanirrohim


Gptd Unisel akan melaksanakan Misi Jejak Patani | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio-Budaya di Nad Tanjong, Wilayah Patani, Selatan Thailand dalam tempoh 15 sehingga 22 April 2012.


Aktiviti yang akan dijalankan
1.Kursus Intensif Bahasa Inggeris & Literasi Komputer
2. Program Motivasi dan Jatidiri
3. Pemetaan Komuniti di Kg terpilih di Nad Tanjong
4. Kajian tokoh dan Sejarah Patani
5. Dialog bersama Mahasiswa Universiti
6. Projek Pustaka Madani (sumbangan buku)


Nota : Projek ini adalah kerjasama Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Turut menyokong adalah Timbalan Datuk Bandar Nad Tanjong dan Rumah Anak Yatim AYATA & PEKIAT. Mohon doakan misi dapat dijayakan dengan sebaiknya serta diberi keselamatan oleh Allah swt.


Sebarang sumbangan seperti dana, buku dan material lain sangat dialu-alukan atas nama AmIslamic Bank atas nama GRUP PENGKAJI TAMADUN DUNIA UNISEL 124-202-200155-5. Maklumat lanjut boleh hubungi Hawa Mas Azmar Ahmad 013.212.7048 atau Hdariyani Kampun 013.869.1527


Wednesday, March 28, 2012

PRINSIP 5C Dalam Pengurusan Islam

Bismillahirrohmanirrohim

Minangkabau, Padang, Indonesia (XPDC HAMKA)

Terdapat prinsip 5C di dalam pengurusan islam.


Prinsip pertama : cause - Tujuan Penubuhan
1.Tujuan penubuhan organisasi hendaklah dijelaskan secara sistematik di dalam bentyuk kursus orientasi sehingga ianya difahami oleh setiap lapisan petugas.
2.Program mengenai tujuan penubuhan organisasi haruslah dilakukan berkala.
3.Kata hikmah dan kata-kata mengenai tugas masing-masing.
"Katakanlah:Sesungguhnya sembahnyangku,ibadahku,dan matiku semuanya bagi Allah,Tuhan semesta Alam.Tiada bagiNya sekutu dan dengan demikian aku disuruh dan aku ornag yang mula-mual masuk islam.
5.Letakkan hubungan insan denga Allah sebagai paksi segala tindakan agar perbuatan kita diredhai Allah.

Prinsip kedua : Commitment - Iltizam
1.Mempunyai dedikasi yang tinggi  untuk melaksanakan tugas.
2.Jangan biarkan sindrom "hangat hangat tahi ayam" melanda diri.

Prinsip Ketiga : Consistency - Istiqomah
"Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walau sedikit." (Sahih Bukhari dan Muslim)

Prinsip Keempat : Cooperation - Kerjasama
"Hubungan orang mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang meguatkan diantara satu sama lain."
1.Prinsip bekerja pengurus sesama pekerja,ketua bersama anak buah,amatlah penting.
2.Perlu ada amalan musyawarah atau mesyuarat.
"A single step forward bu 100 workers is better than 100 steps taken by a single worker"

Prinsip kelima : Communication - Komunikasi
1.Dalam konteks komunikasi,penampilan imej banyak bergantung kepada maklumat yang disalurkan oleh petugas baik secara lisan mahupun perbuatan.
2.Dalam ilmu pengurusan, ada satu prinsip komunikasi berbunyi, "First impression is a lasting impression."
"To develop a good image is easy than to repair a bad one."

Semoga Bermanfaat.
Dipetik dari Risalah Abim 1997 (Tulisan Oleh En Ahmad Azam Abd Rahman)