Monday, July 23, 2018

no title

Bismillahirrohmanirrohim






Berkali-kali aku cuba menghilangkan rasa itu. Berkali juga aku cuba meyakinkan bahawa jaga hati,jaga hati. Namun aku tetap tidak menyukainya apabila memandangnya. Setiap ucapan dan perbuatannya begitu meluat aku rasakan. Adakah ini berpunca dari hati yang lemah?

InshaAllah ramadhan ini aku akan berdoa banyak-banyak agar dibersihkan hati. Begitulah kata hatiku setiap hari. Perlu menunggu ramadhan baru berbuat kebaikan. Aku berfikir kematian itu jauh lagi. Aku berfikir akan hidup lama lagi.

Betapa manusia itu lupa bahawa demi masa, manusia itu dalam kerugian.Sentiasa dalam kerugiaan yang nyata.

Sekian.

H.K
Gelugor

2 nikmat

Bismillahirrohmanirrohim

Ada banyak perkara yang perlu ummi syukuri dalam hidup ini. Antaranya 2 budak comot di bawah.



H.K
Gelugor,Pulau Pinang

Si berbaju warna merah jambu

Bismillahirrohmanirrohim



Pagi itu  aku ceria bangun bersiap ke pejabar seperti biasa. Aku mengenakan baju kebarung berbunga merah jambu di padankan dengan selendang berwarna merah jambu polos. Aku membelek wajahku di cermin dan aku mendapati sedikit kusam. Mungkin disebabkan aku jarang mengenakan sebarang pencuci muka dan apa sahaja produk penjagaan muka.

"Tak mengapalah,"Bisik hati kecilku. Yang penting hati bukan muka. Selesai membelek wajah di cermin, aku terus mengambil beberapa pakaian madihah nadhrah untuk diletakkan di dalam beg baju dan memasukkan botol simpanan susu tepung beserta kain tuala yang akan digunakan apabila di taska nanti. Sengaja juga aku memasakkan bubur nasi bercampur ikan bilis dan sayur lobak agr memudahkan pengasuh yang akan menjaga nadhrah nanti.

Aku melihat jam di dinding menunjukkan 7.20 minit pagi. Aku bergegas menghidupkan enjin kereta dan memasukkan barang-barang nadhrah yang aku kemas dan letakkan di tempat duduk belakang kereta. Hari ini aku rasa ceria, entah mengapa. Mungkin disebabkan baju berwarna merah jambu yang aku pakai.

Aku salam tangan suami dan naurah. Salam ku ucap dan aku melambaikan tangan kepada naurah tanda ummi akan kerja dan naurah akan ke sekolah. Aku sampai di pejabat tepat jam 8.00 pagi. Pagi ini aku rasa ke kantin dan melihat jika ada barang yang kurang dan seperti biasa senyum kepada makcik kantin.

Begitulah baju berwarna merah jambu yang boleh mengubah emosi wanita. :p

H.K
Gelugor

Sunday, July 22, 2018

Perjalanan menuntut ilmu

Bismillahirrohmanirrohim

adakala terasa susah hingga terhenti,
adakala terasa gembira hingga tiada henti.
abah kata, perempuan memang susah difahami.

Ini cerita tentang ummi beranak dua yang gigih menuntut ilmu lagi walau angka umur dah tua. Sabar dalam sabar, tiada ummi sangka akan menyambung pengajian di universiti idaman dulu.

moga dipermudahkan.

hdariyani.k