Friday, September 20, 2013

Tanda Tanya?

Bismillahirrohmanirrohim




Minggu ini menghabiskan masa menonton filem-filem yang mencerahkan.cerah la sangat.Suami yang sarankan filem ini (pak herry nurdi katanya yang rekemenkan) untuk ditonton. Filem arahan Hanung Bramantyo ini menceritakan kehidupan 3 keluarga yang berlainan agama. Mungkin Hanung Bramantyo cuba menjelaskan bahawa penerimaan berlainan agama itu perlu dalam kehidupan apalagi kehidupan yang sebenar bercampur dengan berlainan agama.

Cerita ini berlatarkan kota Semarang.  

Tan Kat Sun seorang yang beragama Buddha dan pemilik restoran masakan Cina yang tidak selalu tidak sihat sedar bahawa keliling beliau adalah majoriti penduduk Muslim. Justeru, pengasingan penggunaan peralatan memasak sangat dititik beratkan. Apalagi menjual makanan babi dan pekerja beliau juga muslim. Setiap peralatan yang digunakan untuk memasak babi dan ayam akan diasingkan. Pekerja beliau juga diperuntukkan waktu untuk bersolat. Beliau mempunyai anak iaitu Ping Heng atau Hendra yang sentiasa tidak bersetuju dengan tindakan bapanya. 


Soleh beragama Islam dan tidak bekerja. Isterinya iaitu Menuk, bekerja di Restotan Tan Kat Sun. Soleh sentiasa gelisah kerana tidak mempunyai pekerjaan. 
Rika seorang  janda mempunyai anak, Abi mempunyai kedai buku usaha keluarga. Menukar agama dari Islam ke Katolik atas pilihan sendiri namun tetap membiarkan anaknya Abi menjadi seorang muslim.Rika juga bersahabat dengan Surya, lelaki yang tidur di masjid kerana tidak mempunyai tempat tinggal serta bercita-cita ingin menjadi pelakon. 
Kisah mereka sangat berkaitan antara satu sama lain. Apa lagi, setiap mereka punya masalah tersendiri. Namun, apa sebenarnya yang Hanung Bramntyo ingin sampaikan di dalam filem ini?
Puncak filem ini apabila, Hendra yang mengambil alih restoran bapanya memberikan hanya cuti sehari kepada pekerja muslim pada Hari Raya Aidilfitri yang mana sebelum ini bapanya berikan selama seminggu (kalau tidak silap). Bermula pertengkaran di antara Hendra dan Bapanya.Ditambah suami menuk, Soleh serta beberapa umat Islam lainnya merosakkan restoran Tan Kat Sun sehingga menyebabkan kecederaan Tan Kat Sun. 
Kemudian, Surya, lelaki masjid diajak oleh Rika menjadi pelakon yang akan melakonkan watak sebagai Jesus ketika upacara pembapsitisan di Gereja pada hari Krismas. Pada mulanya Surya menjadi takut menjadi perbualan orang ramai jika dia menerima tawaran tersebut namun setelah meminta pendapat imam masjid, Dia faham dimana pun dia berada imannya yang penting.
Soleh yang akhirnya bekerja menjadi askar menjaga keselamatan gereja ketika upacara pembaptisan pada hari Krismas pada mulanya merasa kurang enak kerana perlu menjaga gereja namun akhirnya berubah menggantikan pekerjaan sebagai Jihad baginya sehingga beliau meninggal kerana terkena bom di gereja.
Akhirnya, Hendra masuk Islam setelah membuat pemilihan selepas peristiwa pengeboman di Gereja.
Diakhir filem ini sepertinya Hanung Bramnatyo cuba menyatakan toleransi di dalam beragama. Apalagi hidup di dalam Negara yang mempunyai agama selain Islam. Menurut saya, yang benar kan tetap benar. Kita tidak boleh menegakkan benang yang basah.Walaubagaimana pun, bermuamalah bersama mereka yang bukan beragama Islam itu juga perlu kerana Islam itu indah, jadi harus punya akhlak yang indah untuk dijadikan contoh kepada mereka yang bukan beragama Islam. Contohi Nabi Muhammad S.A.W. Bagaimana baginda memperlihatkan akhlak yang baik sehingga menarik ramai umatnya untuk memasuki agama Islam.
Filem ini kelihatan mendapat kritikan yang hebat juga namun, filem itu kalau dilihat dari pandangan yang baik tidak salah rasanya. Kita ambil yang boleh dijadikan pengajaran.

Hani,
Penang,
11.11 PM
20 September 2013



No comments:

Post a Comment