Thursday, September 26, 2013

semut yang menjengkelkan

Bismillahirrohmanirrohim

Baru-baru ini terlalu banyak semut kutemui berkeliaran sesuka hati di rumahku. Baru beberapa minit aku meletakkan makanan (ayam goreng pula tu ) dah penuh semut mengerumuni makanan tersebut.Huh!.dasar semut yang menjengkelkan. Namun, melihat semut aku pasti teringat beberapa cerita.

Heriah selalu cerita dengan aku bahawa semut memang sangat banyak di rumah kami di Sabah. Sehinggakan mendesak bapak untuk membeli kapur semut (racun membunuh semut). Jadi, apabila bapak temui semut dimana sahaja di dalam rumah kami, bapak tidak membunuh terus tetapi melukis lingkaran bulat agar semut tidak boleh keluar daripada lingkaran bulat tersebut. Oleh sebab itu, banyaklah lingkaran-lingkaran bulat di dinding rumah kami. Terasa lucu pula mendengarnya.Tidak tahu pengakhiran hidup semut di dalam lingkaran bulat itu.

Lagi cerita lain, teringat sewaktu usrah di Unisel dahulu. Naqib kami pernah memberitahu bahawa apabila melihat sesuatu perlu melihat dengan mata hati bukan hanya mata fizikal semata. Kebetulan waktu itu beliau mengambil contoh semut. Katanya apa yang kamu fikirkan apabila melihat semut? sekadar pandangan biasa atau terus membunuh semut itu dengan memicit-micitnya. Tidak kah kamu berfikir ketika itu bahawa kemungkinan semut itu sedang mencari rezeki untuk anak dan isterinya yang sedang menunggunya di rumah mereka?Mulai hari itu aku selalu menyelamatkan semut tidak kira dimana sahaja.

Serta kisah Semut dan Nabi Sulaiman. Kisah ini aku pernah ceritakan kepada kanak-kanak berumur 4 hingga  6 Tahun ketika Program mengajar Al-Quran. Berlaku peristiwa ketika Nabi Sulaiman melihat seekor semut melata di atas batu di padang yang tandus. Nabi Sulaiman bertanya jika ada rezeki untuknya di atas pandang yang tandus itu. Semut memberitahu bahawa rezeki di tangan Allah. Nabi Sulaiman bertanya lagi berapa banyak makanan yang diperlukan oleh semut selama sebulan. Semut memberitahu sebesar sebiji gandum mencukupi untuk sebulan. Nabi Sulaiman meletakkan semut dan sebiji gandum di dalam bekas dan menutup bekas tersebut. Selepas sebulan, bekas itu Nabi Sulaiman buka semula dan mendapati hanya setengah sahaja yang dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaiman memberitau bahawa semut itu haiwan yang pembohong. Semut menafikan tuduhan tersebut dan memberitahu bahawa apabila Nabi Sulaiman meletakkan dia bersama sebutir gandum, semut itu takut jika Nabi Sulaiman terlupa tentangnya dan membuatkan agar sebutir gandum cukup untuk dua bulan namun jika dia berada di luar bekas itu semut itu yakin rezeki di tangan Allah jadi dia bebas untuk makan apa sahaja. Itu iman semut. Kecil yang besar.

Ketika aku menulis masih ada lagi semut berlegar-legar di papan kekunci ini.grrrrr..manja semut ni.



Hani
Penang.

No comments:

Post a Comment