Tuesday, April 20, 2010

USIANYA SEMAKIN MENINGKAT..

“Selamat hari jadi pak!”..Ucapan saya untuk orang yang menghadirkan saya di muka bumi ini. Bagaimana agaknya jika Bapa saya tidak wujud di dunia ini, maka saya juga secara automatik tidak akan pernah ada di bumi ini. Hanya Allah yang mengetahui segalanya.

Menyingkap kembali pengorbanan bapa saya rasanya beberapa tahun tidak akan pernah habis untuk menghuraikan segala pengorbanan yang pernah dilakukan untuk keluarga saya.















Semasa saya kecil lagi, bapa telah merantau di Negeri orang untuk mencari sesuap nasi untuk diberikan kepada keluarga saya. Kudrat yang ada digunakan sehabis mungkin untuk mencari rezeki, dengan berbekalkan kesabaran.




















Sejak kami mengenal dunia, sekalipun tidak pernah bapa mengeluarkan nada suara yang begitu kasar. Menegur kami dengan kelembutan dan dengan selembut-lembutnya. Tidak pernah saya bayangkan bagaimana agaknya bapa apabila marah.

.....................................

Diam... diam itu cara beliau memarahi anaknya, diam itu cara beliau mengajarkan anaknya. Bukan diam bermaksud tidak berkata apa-apa tetapi diam itu mengajar kami bahawa lebih baik diam daripada berkata sesuatu yang kosong. Bagaimana agaknya bapa saya bertahan dengan kami berlima yang sangat nakal ini. Bagaimana agaknya beliau bertahan dengan kami berlima ini tatkala mendengar anaknya gagal dalam subjek matematik.Bagaimana agaknya beliau menegur kami berlima ini tatkala anaknya hanya leka menonton TV dan mengabaikan seruan Azan,Hanya beliau yang tahu..














Teringat senyuman beliau tatkala melihat anaknya ketawa. Tergambar dibenak saya melihat keringat beliau jatuh ketika bekerja. Terngiang-ngiang di telinga mendengarkan nasihat beliau mengharapkan anaknya menyambung pengajian setinggi awan di langit kerana kata beliau cukup hanya beliau di dalam keluarga ini yang bersekolah sehinggah darjah enam, kerana kata beliau cukup dalam keluarga ini hanya beliau yag bekerja sebagai buruh dan dihina oleh orang atasannya, kerana kata beliau cukup dalam keluarga ini hanya beliau yang tidak tahu bertutur di dalam bahasa inggeris, kerana kata beliau cukup hanya beliau di dalam keluarga ini yang tidak sempat untuk membahagiakan bapanya sebelum dijemput olehNYA.

Ketahuilah apapun kebaikan yang diberikan oleh Allah kepada bapa saya akan saya contohi dan begitu juga harapan adik-adik saya. Tiada yang lebih penting sekarang melainkan kebahagian bapa saya yang cukup 25 tahun berhempas pulas membesarkan saya. Kasih sayang yang diberikan terlalu mahal harganya untuk dibiarkan berjujuran jatuh,tiada kata madah yang boleh diungkapkan untuk pengorbanan yang telah beliau lakukan hanya doa yang akan sentiasa bermain dibibir ini untuk keluarga tersayang,.:)

............................................................

SELAMAT MENYAMBUT KELAHIRAN 51 TAHUN ENCIK KAMPUN BIN KARESA..:)



















p/s : mau balik tawau bulan 5,tungguuu..:)

No comments:

Post a Comment