Tuesday, April 20, 2010

UKHWAH


Pertemuan dengan kawan lama mengingatkan kembali memori silam. Dia tidak pernah saya jangkakan akan bertemu dengannya dalam tempoh masa yang begitu singkat ini.Tahun terakhir kami bertemu ketika tahun 1999, ketika hingus masih meleleh[hehe], ketika cikgu Zubaidah[cikgu yang disayangi] masih selalu memarahi kerana karangan selalu tak sampai setengah muka surat,ketika selalu kejar-mengejar antara satu sama lain. Indahnya kenangan itu , zaman kanak-kanak tiada yang perlu saya fikirkan melainkan rasa seronok bertemu kawan di sekolah, mentertawakan kawan apabila cikgu disiplin membotakkan kawan lelaki di sebelah semasa perhimpunan disebabkan rambut panjang, menangis apabila dipaksa oleh cikgu untuk mencabut gigi yang rosak, menangis apabila terkencing di dalam seluar, semua itu hanyalah tinggal kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan.

Ketika darjah satu hingga enam, kehidupan yang dijalani sangat seronok dirasakan,maklumlah, tiada perkara yang lebih penting melainkan belajar,belajar,belajar.Namun masih gagal.Alahai...kenangan yang paling tidak boleh dilupakan apabila saya dipanggil dan dimarahi kerana karangan yang tidak sampai setengah muka surat pun. Terukir senyuman secara spontan mengingatkan kejadian itu. Apa khabar agaknya cikgu itu sekarang?.

Kenangan bersama mereka dalam menempuh alam kanak-kanak sangat meninggalkan kesan yang paling mendalam. Bermain tarik rambut antara satu sama lain, bermain besbol ketika cikgu tiada di kelas, ataupun hanya duduk diam[sayalah tu];)..

Apa khabar agaknya si ismail yang menjadi idaman setiap budak perempuan di sekolah itu?apa khabar agaknya Aslin yang sentiasa gumbira seolah tiada kesedihannya itu,?Apa khabar agaknya Kawan saya Nurul Iman yang senantiasa menasihati saya?Apa khabar agaknya si Ainiwati yang kecil, sudah besarkah dia?Apa khabar agaknya ratna?dengar-dengar dia telah pun berkhawin..wahh..Apa khabar agaknya si Salamat?dengar-dengar belajar di Unisel,kenapa saya tidak pernah berjumpa?Apa khabar semua budak sekolah rendah Bandar Dua Tawau, tahun 1 hingga 6 C 1995 hingga 1999?..

Semoga pertemuan kali ini bersama salah seorang kawan sekolah rendah saya berkekalan hingga akhirnya. Kita bertemu kerana Allah dan berpisah keranaNYA.



USIANYA SEMAKIN MENINGKAT..

“Selamat hari jadi pak!”..Ucapan saya untuk orang yang menghadirkan saya di muka bumi ini. Bagaimana agaknya jika Bapa saya tidak wujud di dunia ini, maka saya juga secara automatik tidak akan pernah ada di bumi ini. Hanya Allah yang mengetahui segalanya.

Menyingkap kembali pengorbanan bapa saya rasanya beberapa tahun tidak akan pernah habis untuk menghuraikan segala pengorbanan yang pernah dilakukan untuk keluarga saya.















Semasa saya kecil lagi, bapa telah merantau di Negeri orang untuk mencari sesuap nasi untuk diberikan kepada keluarga saya. Kudrat yang ada digunakan sehabis mungkin untuk mencari rezeki, dengan berbekalkan kesabaran.




















Sejak kami mengenal dunia, sekalipun tidak pernah bapa mengeluarkan nada suara yang begitu kasar. Menegur kami dengan kelembutan dan dengan selembut-lembutnya. Tidak pernah saya bayangkan bagaimana agaknya bapa apabila marah.

.....................................

Diam... diam itu cara beliau memarahi anaknya, diam itu cara beliau mengajarkan anaknya. Bukan diam bermaksud tidak berkata apa-apa tetapi diam itu mengajar kami bahawa lebih baik diam daripada berkata sesuatu yang kosong. Bagaimana agaknya bapa saya bertahan dengan kami berlima yang sangat nakal ini. Bagaimana agaknya beliau bertahan dengan kami berlima ini tatkala mendengar anaknya gagal dalam subjek matematik.Bagaimana agaknya beliau menegur kami berlima ini tatkala anaknya hanya leka menonton TV dan mengabaikan seruan Azan,Hanya beliau yang tahu..














Teringat senyuman beliau tatkala melihat anaknya ketawa. Tergambar dibenak saya melihat keringat beliau jatuh ketika bekerja. Terngiang-ngiang di telinga mendengarkan nasihat beliau mengharapkan anaknya menyambung pengajian setinggi awan di langit kerana kata beliau cukup hanya beliau di dalam keluarga ini yang bersekolah sehinggah darjah enam, kerana kata beliau cukup dalam keluarga ini hanya beliau yag bekerja sebagai buruh dan dihina oleh orang atasannya, kerana kata beliau cukup dalam keluarga ini hanya beliau yang tidak tahu bertutur di dalam bahasa inggeris, kerana kata beliau cukup hanya beliau di dalam keluarga ini yang tidak sempat untuk membahagiakan bapanya sebelum dijemput olehNYA.

Ketahuilah apapun kebaikan yang diberikan oleh Allah kepada bapa saya akan saya contohi dan begitu juga harapan adik-adik saya. Tiada yang lebih penting sekarang melainkan kebahagian bapa saya yang cukup 25 tahun berhempas pulas membesarkan saya. Kasih sayang yang diberikan terlalu mahal harganya untuk dibiarkan berjujuran jatuh,tiada kata madah yang boleh diungkapkan untuk pengorbanan yang telah beliau lakukan hanya doa yang akan sentiasa bermain dibibir ini untuk keluarga tersayang,.:)

............................................................

SELAMAT MENYAMBUT KELAHIRAN 51 TAHUN ENCIK KAMPUN BIN KARESA..:)



















p/s : mau balik tawau bulan 5,tungguuu..:)


AMANAH ITU

Amanah merupakan tanggungjawab yang diberikan kepada kita samaada dalam bentuk apapun. Tanpa kita sedari tugas yang diberikan kepada kita dalam kehidupan seharian juga adalah amanah. Persoalan yang sentiasa timbul di benak saya adakah kita menjalankan amanah yang diberikan, Sejauh mana kita melunaskan amanah tersebut.

Baru-baru ini, GPTD[Grup Pengkaji Tamadun Dunia] Unisel telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi menggantikan pimpinan terdahulu. Menyingkap kembali perjuangan pimpinan terdahulu mungkin boleh saya klasifikasikan sebagai seorang pejuang yang tiada penat lelahnya. Mereka berusaha sedaya upaya untuk membangunkan Grup ini menjadi sebuah Grup yang dikenali . Namun, ironinya bukan itu yang diharapkan di dalam Grup in melainkan sebuah misi yang lebih besar.

Selesai pembubaran pimpinan terdahulu, pimpinan baru kemudian di arah naik untuk menampilkan diri. Saya antaranya. Tugas yang diberikan rasanya bukanlah semudah yang disangkakan yang sentiasa bermain dibenak, namun keihlasan untuk memikul tanggungjawab baru itu yang lebih utama dan niat yang ada.










Kerana Allah..

Saya meneruskan untuk menerima amanah yang diberikan,

Kerana Allah..

Saya untuk terus berjuang bersama yang lain,

Kerana Allah..

Saya masih menyayangi sahabat saya untuk membantu mereka meneruskan perjuanagn ini,

Kerana Allah..

Saya akan terus bersama mereka.

Semoga perjuangan kita diredhai dan diberkati.

Orang bilang “berkata itu memang senang tetapi untuk melaksanakannya tidak tahu samaada boleh ataupun tidak”.Semuanya itu terletak di dalam diri masing-masing. Sesiapa yang merasakan tanggungjawab itu suatu amanah, maka dia tidak akan berani untuk mengabaikannya.

Didalam cerita yang pernah diceritakan kepada saya bagaimana seorang buta boleh pergi berperang inikan pula kita yang telah dikurniakan mata yang begitu jelas penglihatannya masih terkial-kial dalam menjalankan amanah tetapi si buta pula merasakan satu amanah itu perlu dilaksanakan walaupun kekurangan fizikal kerana semua itu akan dipersoalkan oleh Pencipta kita.