Kuala Lumpur – Yogyakarta 14 November 2010 Kembali Ke Malaysia
Awan putih, langit biru, seandainya kau pandai berbicara ingin aku memberitahumu bahwa aku sekarang berada di sebelahmu menuju kembali ke Malaysia.
”Hehe, puitis juga aku ni”Kata ku tersenyum sendiri.
Berakhir sudah XPDC Wali Songo di Negara jiran tetapi XPDC di Negara sendiri akan bermula selepas kami menjejakkan kaki di Malaysia.InsyaAllah.
Berada di perut kapal terbang ini membuatkan aku terimbau kembali kenangan kami ketika berada di Negara jiran dalam menjalankan XPDC Wali Songo ini. Kulihat wajah mereka satu persatu. En Shu, Izat, Anuar, Dill, Raudhah dan Zul. Ada kenangan yang tertinggal bersama mereka.Kenangan itu kemudian singgah di benakku satu persatu.Lama kemudian aku memejamkan mata untuk menikmati kenangan itu.
- 1 November 2010 -
Cabaran XPDC Wali Songo Bermula : Dua Hati
Mata kubuka perlahan, angin terasa kuat menampar pipiku tatkala kereta jenama Avanza ini meluncur meninggalkan kuala Lumpur. Cahaya neon lampu jalanan kiri dan kanan menghias jalan-jalan menampakkan malam indah di Kuala Lumpur. “Rupanya jadi juga XPDC wali songo ini.”kata hatiku berbisik menembus dibenakku membuatkan mataku melihat satu persatu kawan-kawan yang lain.En Shu, Izzat, Anuat, Raudhah, Dyll, Zul, semuanya kelihatan tertunduk,
“mungkin kepenatan atau mengantuk masih berbisa dalam diri mereka.”bisikku. Masakan tidak, penerbangan ke Yogjakarta pada pukul 7.00 pagi membuatkan kami harus bangun seawal 3.00 pagi untuk berangkat menuju ke LCCT (Lapangan Terbang Air Asia). Pandangan ku halakan ke luar, terimbau kembali kenangan itu.
“Macam mana ni, penajaan tak cukup, aktivis tarik diri, perlu ke kita teruskan xpdc ni?”kataku kepada raudhah.
“Ntahla,sekarang ni pun saya rasa 50-50 untuk teruskan xpdc ni.”Raudhah sedikit mengeluh.
Bunyi telefon mengejutkan kami yang ketika itu berada di dalam kereta untuk mencari kedai yang menjual botol kosong. Kereta tersebut dipenuhi dengan botol kosong yang aku perlu jual.
“En shu kol!”Raudhah seakan cemas, aku juga terasa cemas, apa yang ingin kukatakan, antara kami berpandangan. Aku mengangguk isyarat menyuruhnya mengangkat telefon yang bordering itu.
Setelah beberapa minit raudhah bercakap dicorong telefon bersama en shu, Telefon dihalakan kepadaku. “Kenapa?”soalku, sambil tersenyum raudhah berkata “En shu nak cakap”. Aku melekapkan telefon milik raudhah di telinga.
“Ye, en shu?”Soalku.
“Macam mana?raudhah kata kamu nak tangguh xpdc ni.”ujar beliau.
“Saya rasa ye kena tangguh dengan masalah penajaan yang ada, aktivis yang tarik diri lagi, semua pun rasa 50-50 je nak teruskan xpdc ni”ulasku.
“Berapa lagi penajaan kamu yang tidak cukup?”soal beliau.
“ada RM400 lagi en shu”jawabku.
“Anuar macam mana?”Soal beliau lagi.
“Saya tak pasti sebab saya tak tanya lagi dia”kataku mendatar.
“Kamu kena update kawan-kawan kamu tu, kalau mereka rasa macam tu kamu kena nasihatkan mereka, naikkan semangat mereka supaya teruskan xpdc ni,kita ada seminggu lagi, takkan nak putus asa sekarang, kalau ditakdirkan esoknya nak pergi dan hari ni memang kita takda pilihan untuk teruskan xpdc ini maka baru kita tidak teruskan xpdc ni, tapi kita ada seminggu untuk berusaha lagi, dan yang lainnya kita serahkan kepada Allah s.w.t.”kata en shu cuba menaikkan semangatku.
“Kamu tak boleh macam ni, baru dapat masalah sikit dah tak nak teruskan, nasihatkan yang lain juga.Teruskan cari penajaan.”Tambah beliau lagi.
“Baik.”Kataku pendek.
“Saya nak cakap dengan raudhah”aku menghalakan telefon kepada raudhah.Raudhah tersenyum.
Macam mana nak nasihatkan mereka nak teruskan xpdc ni kalau aku pun rasa 50-50,kata hatiku sambil mengeluh.
Kami pulang ke hostel untuk mengemas barang kerana sekejap lagi akan bergerak ke Sekretariat Gombak untuk tidur di sana selama seminggu sebelum xpdc ni bermula dan juga sebagai persediaan.
Sepanjang bas bergerak, kelihatan wajah raudhah sugul, aku juga begitu.Aku faham maksud wajah itu kerana aku juga mengalami masalah yang sama. XPDC kali ni begitu mencabar bukan kerana aktivitinya yang akan datang tetapi sebelum XPDC ini bermula sudah kurasakan agak tercabar dengan masalah ini apalagi ketika mengalaminya.aku tidak ingin membayangkannya.Mungkin masalah ini berpunca daripada kami juga mencari penajaan sambil lewa.Aku hairan mengapa en shu masih bersemangat meneruskan XPDC ini dengan masalah yang tertimpa-timpa. Belum lagi kabar berita yang baru kami dengar, Gunung merapi yang baru saja meletup di tempat yang akan kami tuju itu.
Aku meraup muka berulang kali, menoleh ke kanan melihat raudhah sudah pun melelapkan mata.Penat barangkali. Raudhah lagi banyak masalah dari aku, jadi bebanan raudhah lagi banyak dari aku. “Kesian dia, belum makan dari pagi”kataku berbisik.
Aku menyandarkan kepala di tingkap cermin bas itu, memikirkan apa yang akan berlaku esok ya.
Aku tersedar bila kereta Avanza milik adik En shu berhenti di salah sebuah R&R. Ku lihat semua mereka masih tidur bermacam-macam gaya. Kenangan itu terimbau lagi sambil menundukkan kepala di atas beg yang aku pangku.
Pertama kali bertemu dengan Dill, teman yang akan bersama-sama XPDC nanti membuatkan aku membuat pandangan pertama terhadap dia. Dia merupakan bekas pelajar Universiti islam Antarabangsa Malaysia. “mesti dia ni terer dalam bab XPDC ni.”Kataku dalam hati.
Sampai sahaja di rumah HEWI(hal ehwal wanita), kami menyimpan barang di ruang tengah rumah tersebut. Aku sudah agak biasa dengan rumah ini kerana XPDC sebelum ini juga aku menumpang di rumah ini. Dan di rumah ini juga menjadi saksi persahabatan antara aku dan raudhah mula terjalin. Bukan bermaksud sebelum ini tidak kenal, kenal tetapi kenal yang tidak rapat.kenal yang hanya biasa-biasa.
Dirumah ini kami bergelak bersama-sama, berkongsi cerita bersama-sama, malah tidur bersama-sama. Dill berborak bersama raudhah, aku hanya mendiamkan diri dan hanya bercakap bila ditanya.
Tanpa kusedari persahabatan tanpa dirancang ini terjalin juga antara aku, raudhah dan dill. Mulanya aku memanggil dill dengan panggilan kakak tetapi memandangkan usia kami yang sebaya maka aku hanya memanggil nama dill sahaja. Hari xpdc bermula semakin dekat, persahabatan kami mula semakin rapat tanpa kusedari, gelak ketawa, makan bersama, tidur bersama, membuatkan ukhwah kami bertambah erat. Dan tanpa kusedari semangatku ada semula untuk teruskan XPDC ini. Hebatnya ya Allah, KAU menyatukan hati-hati kami, menguatkan ukhwah kami, mengembalikan semangat kami.Terima kasih Ya Allah!
Kapal terbang Air Asia selamat mendarat tepat pukul 9.30 pagi. Aku menghalakan pandangan ke luar, melihat suasana bumi Yogjakarta, ternyata suasana hampir sama dengan Malaysia cuma bahasa yang berlainan. Akhirnya, bumi Yogjakarta aku pijak bersama mereka yang lain untuk menjejak Wali Songo.
Singgah di Kedai makan untuk bersarapan kerana perut yang kosong dari pagi telah pun minta diisi. Makan soto ayam yang dicampur nasi bersama segelas es jeruk (Air limau) cukup untuk memberikan tenaga kepada kami untuk meneruskan lagi perjalanan kami.
..........................................................................................................................................................................
No comments:
Post a Comment