Monday, August 16, 2010

Jauh ku berjalan, Semakin banyak liku kutemui.:)


~Kembara Cuti Pertengahan Semester~

Ahad 15 Ogos 2010 7 Ramadhan 1431 H


Bangun seawal 4.30 pagi di rumah makcik kerana kedengaran bunyi gelendang dan bau masakan. “Ini mesti makcik dah masak,awalnya”kataku dalam hati. Aku bangun bagi membantu apa yang patut. Namun hampa kerana makcik telah pun menyiapkan segala-galanya. Wah, rajin betul makcik ni. Selepas habis makan sahur niat dihati ingin membantu makcik mencuci pinggan. Namun, usai makan sahur, makcik melarang pula, segan pula tinggal di sini, hanya makan dan minum je, basah tangan pabila nak makan saja.


Selepas makan sahur, aku tidak tidur malahan mengisi masa sementara menunggu subuh dengan menyiapkan kerja yang ada. Menaip semula buku mengenai sejarah china yang ditulis di dalam bahasa inggeris agar dapat ku mentafsirkan didalam bahasa ibunda. Bilalah agaknya siap dengan buku yang setebal 10 buah buku latihan.Hmm...:)



Solat azan tidak kedengaran langsung disini, mungkin disebabkan rumah ini dikelilingi batu [macam mana tu:p] dan masjid pula dalam jarak yang jauh. Apatah lagi pakcik sudah keluar bekerja seawal 5.30 pagi, siapa lagi yang diharapkan untuk bank di rumah ini melainkan hanya melihat waktu samada masuk waktu ataupun belum. 6.15 pagi semestinya subuh pun dah masuk, aku mengambil wuduk lalu solat subuh kemudian membaca zikir Al-Mathurat.



Pukul 8.30 pagi kutunai solat sunat Dhuha dan bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan ke Kedah.:p. Fadilah yahya[Kawan semasa mengikuti program mbm] telah pun menanti bersama keluarga. Pertama kali nak berpijak dibumi Kedah sangat teruja sekali. Bermula menaiki bus ke Kuala Lumpur mengambil masa selama hampir 2 jam. Sambil duduk di dalam bus, sambil memikirkan apa yang harus dilakukan dan akhirnya membuka novel yang bertajuk Umar Abdul Aziz ...



To be continue....

No comments:

Post a Comment