Assalamualaikum wwt..
Semoga hari ini merupakan hari permulaan yang baik bagi kita semua dan jadikan hari esok lebih baik dari hari ini kerana setiap perubahan itu merupakan hal yang baik..
Renungkan...
Hmm,hari ini aku terbaca lagi berkenaan 'hati'..hati itu secara umumnya merupakan sebahagian daripada hati kita,yang mana merupakan organ yang sangat penting dalam badan kita,jika hati kita 'sakit' maka anggota yang lain juga akan menghadapi permasalahan,begitulah pentingnya hati..
hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah Subhanahu Wataala. Iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari didikan dan ujian Allah Subhanahu Wataala. Seperti mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Az-Zumar, ayat 22 :-
Tafsirnya :Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani yang sewajarnya. Kalau tubuh jasmani boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati. Bila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan sahaja akan sakit dan buta malah akan mati akhirnya. Santapan rohani itu ialah “ zikrullah”, “nasihat” dan “muhasabah diri”.
Dari itu wahai kaum muslimin jaga dan peliharalah hati kita dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati iaitu dengan menggilap dan membersihkannya dengan jalan mengingati Allah Subhanahu Wataala. Sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Quran surah Ar-Ra’d, ayat 28 :-
Tafsirnya :Iaitu orang-orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah, ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Asy-Syu’araa’, ayat 88 – 89 :-
Tafsirnya :Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun. Kecuali harta benda dan anak pinak orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera dari syrik dan penyakit munafik.
Emm,,mulai dari saat ini,detik ini,cuba kita 'periksa' hati kita yeee...selamat mencubaaa
Friday, September 4, 2009
Thursday, September 3, 2009
Pada Hari ini...
Assalamualaikum,,
Hari ini menimbulkan kegusaran dihatiku dan kegembiraan bertandang kemudian.Pertamanya kegusaran ini disebabkan aku tidak menghadiri kelas yang bermula seawal 8.30 pagi tadi.Disebabkan tidur yang melebihi had maka tidak dapat datang ke kelas.Tidak mengapa, ketidakhadiranku pertama kali mungkin masih boleh diberi kemaafan lagi kan(:
Kegembiraan datang disebabkan pada hari ini telah terjadi satu pertemuan antara ahli kelab yang akan dan diberi peluang untuk pergi mengkaji tokoh-tokoh islam di serata dunia.Terasa hati ini gembira bukan kepalang mendengarnya,manakan tidak,impian yang disangka tidak tercapai telah datang seperti mendapat ‘durian runtuh’,impian ingin membantu orang yang memerlukan juga akan terlaksana dengan hanya berbekalkan sedikit usaha dan seterusnya bertawakkal kepada Allah swt akan menempuh kejayaan akhirnya.InsyaAllah...
Bersyukur kepada Allah swt diatas limpah dan kurniaanNYA serta hidayah yang diberikan telah membukakan hati ini untuk fisabilillah yakni berjuang di jalanNYA,diakui tahun-tahun sebelumnya jika ditanya diri ini tentang permasalahan umat islam atau membantu mereka ,hati akan mengatakan tentang diri sendiri sahaja,tidak terlintas difikiran hal lainnya.Tapi Alhamdulillah telah diberi taufik hidayahNYA,,
Sememangnya ilmu yang ada masih terbatas untuk memberi apatahlagi ,kerisauan bertambah,namun aku akan berusaha sehingga jalan terakhir kerana apa yang aku lakukan bukan kerana siapa-siapa tetapi ikhlas di jalan Allah swt.Semoga diberi kekuatan dalam diri ini untuk menempuh segalanya dengan tabah.Aminnn..
Marilah kita renungi bersama-sama kata-kata ini
‘Jadilah serikandi yang tidak gentar dengan dugaan dan cabaran. Bangkitlah dengan ketabahan yang jitu untuk meraih sejuta kecemerlangan. Aduhai serikandi mujahidah, aduhai serikandi solehah’

Subscribe to:
Posts (Atom)