Wednesday, December 28, 2011

25 tahun menghirup bumi. Alhamdulillah ya Allah.

Bismillahirrohmanirrohim

Hari ini adalah 28 Disember 2011, dahulunya 28 Disember 1986 dimana saya dilahirkan juga tetapi pada masa itu situasi dan keadaan yang berlainan dibanding sekarang. Pada semester akhir ini insyaAllah. Saya menyambut hari lahir yang ke 25 tahun. Saya tidak menyangka akan mendapat kejutan daripada rakan persatuan dan rakan sekelas. Rasa terharu menyelinap ke dalam diri saya. Betapa rupanya saya ini masih mejadi salah satu rakan di dalam ingatan mereka. Selama 3 tahun mengenali mereka semua (mungkin ada yang baru kenal) banyak yang saya ketahui. Mulai dari A hingga Z. Namun, tahu saja tidak cukup, perlu juga kenal mereka. Semoga ukhwah kita tidak terputus disini.:)




Tuesday, December 27, 2011

3 safar 1433 H | 28 Disember 1986
Rabu


kek ini saya terima semasa berumur 23 tahun.
semasa persediaan sebelum ke Padang, Indonesia.
Kini, 2 tahun berlalu.

Terima kasih kepada yg terlibat masa itu : sarah, raf,kuya,khadijah,ammar,"professional",udin,jun.

Alhamdulillah, 3 minggu merasa menjadi "cikgu". Kini sedar mengapa masih tidak bergelar "cikgu". Terima kasih anak murid saya. :)