Thursday, January 31, 2013

Gua gua gua

Bismillahirrohmanirrohim

credit iluvislam
Jauh beribu batu gua belajar. Merantau kata orang. Menimba ilmu, biar bukan saja dada yang ada ilmu, seluruh anggota punya ilmu. Biar tidak lagi diketawakan oleh orang. (elda,kau cari ilmu sebab tak mau diketawakan ya,fuhhh,payah.). Unisel, siapa yang tidak kenal. Universiti Selangor (dulu Universiti Industri Selangor). Rasanya disini hidup gua mula berubah  apabila bertemu keluarga baru. Mengenal watak baru dalam hidup, mengenal kehidupan baru,pokoknya semua baru. Sejak dari itu, gua bukan lagi yang dulu. Total 300 darjah berubah(60 darjah masing belum berubah, hehe). Kenapa bisa begitu?sebab ada ‘keluarga’ yang mendampingi gua. Siapa?Keluarga dalam usrah. Bukan ka keluarga = usrah?haha.Orang dalam keluarga laaaa..

sebab...

sila abaikan gambar ini.kbai
  1.  Usrah membuka minda gua tentang permasalahan luar dari kotak fikiran gua sebelum ini. Contohnya, kalau dulu, aduhhh.Gua benci betul tengok berita, benci betul bila orang berdebat pasal masalah dunia ni,apalagi masalah orang sekeliling gua.Gua lebih rela bersendirian di dalam kamar kemudian baring-baring sambil menghayal. Kini, apabila berusrah, gua ada ramai kawan. Lepas tu kawan pulak yang otak mereka ni lain-lain fikirannya. Apalagi, semasa usrah banyaklah timbul idea-idea. Wah,bukan saja kulit gua cerah, dengan otak sekali cerah (amekaww!).Tak payah pakai pencuci muka. Haha.kbai.
kalau hang semua nak pi!
 2Usrah membuat gua keluar dari Malaysia la. Dulu ya, gua keluar juga dari Malaysia iaitu balik kampong (Indonesia, ibu bapa gua orang Indonesia). Tapi balik saja-saja macam tu la. Tapi di usrah ni, mereka ajak pergi luar (Indonesia,Thailand,China).Bukan apa, keluar dari tempat kita ni banyak faedahnya.Bukan saja mata kita jadi terbuka luas-seluasnya tapi cara fikirpun mula berubah.Jadi,dengan mengikuti usrah, idea otak kawan gua memang bijak dengan mengajak bermusafir (u know bermusafir?eheh).

seperti berada di sorga.:)
3.       3Usrah memang cool la.Sebab usrah la gua rapat dengan kawan-kawan gua kerana Allah(perggg ayatt, hehe).Betul la, ambil berat antara kawan dalam usrah ni lain.Sangat lain.


4.       4. Dalam usrah ada buat tadabbur Al-Quran. Serius.Mende ni gua tak pernah buat seumur hidup gua dan gua tak tau pun apa bendanya sehinggalah gua masuk usrah ni. Wallawei, gua sangat terkezutt. Rupanya selama ini gua sangat bodoh sebab baca jak tapi ndak faham isi Al-Quran.In sha Allah, azam nak baca Al-Quran dengan maknanya sekali.


5.       5..Dan gua boleh bercakap rupanya depan orang ramai.Dalam usrah baru gua tau.Sob sob.Sedih.Sebabnya sebelum ni nak ambik nombor hiliran untuk tukar mykad baru pun gua tak berani, gua suruh adik gua. Inikan pula nak bercakap depan orang ramai.Sedih kan..(tak payah nak sedih2,nyampah!)
6.       
            Itu saja.


Kini gua juga sudah mempunyai keluarga sendiri dan jauh terlempar di penang.In sha Allah, gua akan manfaatkan apa yang gua dapat ketika berada di dalam usrah.

keluarga bahagia.

3 tahun setengah mengikuti usrah. Bila teringat rindu pula. Semoga kawan-kawan disana baik-baik saja. Kuiringi doa beserta hujan rahmat yang sedang turun ini. J

Hani & Suami
Tun Sardon, Penang.

Tuesday, January 1, 2013

cikgu

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah.

Barakallah.

"Cikgu, saya ndak tahan ni,mahu pi toilet cepat.lepaskan saya pi toilet dulu ya.Nanti baru cikgu denda ya."

"Jangan la kamu buat alasan,Punyalah lama cikgu bagi kamu masa sebulan untuk siapkan baju kurung tapi ndak siap-siap juga.Haaa,pergilahh toilet!balik cepat!"

...................................

"Baiklah murid-murid, inilah model-model daripada kelas 5 Rekaan Fesyen yang tidak membuat kerja ya.Hari ini, cikgu mendenda mereka dengan membawa mereka ke setiap kelas-kelas untuk dipamerkan agar mereka insaf."

"hikhikhik..cikgu ni macam memperkenalkan model pula."

"haaa,yang sana tu sempat lagi ketawa ya walaupun didenda."

________________________________________________________________________________

MashaAllah cikgu dan kawan-kawan semua. Rupa-rupanya 10 tahun berlalu membawa kenangan kita. Walaupun kenangan pahit didenda lebey banyak berbanding manis dipuji namun yang pahit itu lebey dikenang dan dijadikan pengajaran.

Cikgu,kami minta maaf kesalahan (contohnya situasi di atas) yang pernah kami lakukan.(cewah,hikhik). Tidak punya niat langsung untuk bertindak kejam (hehe), mungkin faktor pengaruh rakan sebaya (salahkan kawan pula kan,hihi) atau faktor lain dan juga faktor diri sendiri yang tidak sedar-sedar.(halalkan ilmu yg diberi ya)

Barakallah untuk cikgu yang telah menamatkan zaman bujang januari lepas. Semoga cikgu dikurniakan keluar sakinah,mawaddah dan diberi rahmat Allah.




Tuesday, December 11, 2012

hari saya bertukar .

Bismillahirrohmanirrohim

Bapak saya pendiam.
saya pun.
saya banyak mewarisi gen bapak saya.
itu mama saya cakap la.
Jadi, saya pendiam,
bapak saya pun pendiam.
saya suka nonton CSI.
Bapak saya pun suka.
Kami selalu menonton CSI sama2.
Kalau kami menonton.
hanya suara TV saja kedengaran.
sebab kami pendiam.
kami jarang komunikasi.
kecuali urusan yang penting.
contohnya, hari saya akan bertukar status.
dari bujang kepada berkhawin.
cool kan. :p

Terima Kasih bapak menjadi wali kepada saya. :)


















#gambar mesti selalu berdua yaw :)

Rahimie & Hdariyani

Bismillahirrohmanirrohim

Hari ini tanggal 11 Disember 2012, hari Selasa. 8 Bulan yang lepas, Keluarga rahimie dan saya bersepakat akan menyatukan kami pada tanggal ini dan tanggal ini tiba jua.Terharu.Alhamdulillah.

Just Married. :)




Monday, July 30, 2012

Ramadan Kareem#

Bismillahirrohmanirrohim

11 Ramadan 1433 H

Fasa ke dua kini telah menjelma dalam menjalani bulan Ramadan. Semoga bulan yang penuh berkah ini diraikan dengan penuh rahmat.

Unisel,BJ

Kembara Ramadan di Patani 1

Bismillahirrohmanirrohim


#10 Ramadan 1433 adalah ulangtahun ke 8 Peristiwa Berdarah Tak Bai yang berlaku pada 24 Oktober 2004 bersamaan 10 Ramadan 1425. Beratus-ratus penduduk tempatan yang kesemuanya beragama Islam ditangkap dan dibawa dengan trak ke sebuah kem tentera di Pattani dengan tahanan dibawa dalam keadaan terbaring tindih-menindih. 78 orang Islam mati akibat sesak nafas (usrah gptd unisel).


Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.


Beberapa hari lagi team pertama GPTD Unisel bersama-sama GPTD PUSAT serta Global Peace Mission (GPM) akan menjalani kembara Ramadan Di Patani. Program tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam. Apa yang paling penting bagi peserta adalah persediaan yang dilakukan sebelum ke Patani. Bukan sahaja persediaan dari segi barang-barang keperluan namun dalaman juga tidak kurang pentingnya. Apa yang ingin disampaikan apabila tiba disana. 

Ilmu.

Ilmu sajalah yang dapat membantu mereka mendapatkan masa depan yang cerah. Ilmu itu akan berkekalan sampai bila-bila. Ilmu itu tidak akan dimamah usia. Ilmu itu akan berterusan sehingga ke anak cucu mereka. Ilmu itu akan mengangkat mereka. Ilmu itu akan membantu mereka mencari kebenaran dan menumbangkan kejahatan. 

Kerana itu, ilmu itu perlu ada pada mereka dan agar mereka faham bahawa hanya dengan Ilmu sahaja mereka dapat mengangkat martabat mereka yang telah sekian lama di injak-injak.

12:53 PM
Unisel, Bestari Jaya

Tuesday, July 24, 2012

Ramadan Kareem

Bismillahirrohmanirrohim

Sudah 4 Ramadan 1433 H.

Begitu cepat masa berlalu.