Showing posts with label jejak patani. Show all posts
Showing posts with label jejak patani. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Kembara Ramadan di Patani 1

Bismillahirrohmanirrohim


#10 Ramadan 1433 adalah ulangtahun ke 8 Peristiwa Berdarah Tak Bai yang berlaku pada 24 Oktober 2004 bersamaan 10 Ramadan 1425. Beratus-ratus penduduk tempatan yang kesemuanya beragama Islam ditangkap dan dibawa dengan trak ke sebuah kem tentera di Pattani dengan tahanan dibawa dalam keadaan terbaring tindih-menindih. 78 orang Islam mati akibat sesak nafas (usrah gptd unisel).


Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.


Beberapa hari lagi team pertama GPTD Unisel bersama-sama GPTD PUSAT serta Global Peace Mission (GPM) akan menjalani kembara Ramadan Di Patani. Program tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam. Apa yang paling penting bagi peserta adalah persediaan yang dilakukan sebelum ke Patani. Bukan sahaja persediaan dari segi barang-barang keperluan namun dalaman juga tidak kurang pentingnya. Apa yang ingin disampaikan apabila tiba disana. 

Ilmu.

Ilmu sajalah yang dapat membantu mereka mendapatkan masa depan yang cerah. Ilmu itu akan berkekalan sampai bila-bila. Ilmu itu tidak akan dimamah usia. Ilmu itu akan berterusan sehingga ke anak cucu mereka. Ilmu itu akan mengangkat mereka. Ilmu itu akan membantu mereka mencari kebenaran dan menumbangkan kejahatan. 

Kerana itu, ilmu itu perlu ada pada mereka dan agar mereka faham bahawa hanya dengan Ilmu sahaja mereka dapat mengangkat martabat mereka yang telah sekian lama di injak-injak.

12:53 PM
Unisel, Bestari Jaya

Thursday, April 12, 2012

JEJAK PATANI 2012 tinggal 2 HARI LAGI

Bismillahirrohmanirrohim


Gptd Unisel akan melaksanakan Misi Jejak Patani | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio-Budaya di Nad Tanjong, Wilayah Patani, Selatan Thailand dalam tempoh 15 sehingga 22 April 2012.


Aktiviti yang akan dijalankan
1.Kursus Intensif Bahasa Inggeris & Literasi Komputer
2. Program Motivasi dan Jatidiri
3. Pemetaan Komuniti di Kg terpilih di Nad Tanjong
4. Kajian tokoh dan Sejarah Patani
5. Dialog bersama Mahasiswa Universiti
6. Projek Pustaka Madani (sumbangan buku)


Nota : Projek ini adalah kerjasama Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Turut menyokong adalah Timbalan Datuk Bandar Nad Tanjong dan Rumah Anak Yatim AYATA & PEKIAT. Mohon doakan misi dapat dijayakan dengan sebaiknya serta diberi keselamatan oleh Allah swt.


Sebarang sumbangan seperti dana, buku dan material lain sangat dialu-alukan atas nama AmIslamic Bank atas nama GRUP PENGKAJI TAMADUN DUNIA UNISEL 124-202-200155-5. Maklumat lanjut boleh hubungi Hawa Mas Azmar Ahmad 013.212.7048 atau Hdariyani Kampun 013.869.1527