Friday, November 26, 2010

~ XPDC Wali Songo ~



~ 1 November 2010 aktivis bergerak ke Yogjakarta untuk memulakan XPDC Wali Songo.
~ 14 November 2010 aktivis bergerak kembali ke Malaysia selepas menamatkan XPDC Wali songo.

Friday, October 8, 2010

coretan rasa di bumi tarbiyyah.





"Pak, dapat unisel" kataku tersenyum.
"Masuklah,yang penting sambung belajar".mendatar jak bunyi bapaku bercakap,macam tiada mood.Kata hatiku berprasangka.

Hanya bapa dan heria yang menghantarku ke bumi tarbiyah ini untuk mendaftar. Al maklumlah perantau, keluarga semuanya tinggal jauh-jauh.tidak apalah, walaupun tidak dapat menghantar dengan fizikal tapi hatinya ku bawa bersama.

Besar!pandangan pertama melihat bumi tarbiyah yang akan aku jelajahi selama 3 tahun.

Habis sahaja sesi pendaftaran, balik ke asrama untuk sesi orentasi. Tidak pernah merasakan tinggal di asrama, segalanya dilakukan sendiri, tapi membiasakan diri, itu janji sebelum menjejakkan kaki ke sini.

Tanpa sedar, setahun berlalu meninggalkan , sungguh masa itu tidak pernah berhenti kecuali jam yang kematian bateri. namun tidak bererti tarbiyah sudah tamat tapi panjang lagi perjalanan yang perlu dilalui.

sepanjang tarbiyah, proses yang dikatakan mentarbiyah rupa-rupanya sangat dirasai. Muhasabah diri !

Nasihat bapa tidak pernah putus mengatakan belajarlah sampai tinggi manapun, capai apa saja yang mau dicapai,insyaallah kalau berusaha itu tiada yang mustahil.Baik!

Kealpaan, kemewahan, tiada pengawasan ,menyebabkan kadang kala hidup lari ke kiri dan kanan yang seharusnya lurus sahaja. Tapi memang betul kata orang, hidup ini penuh liku.mana ada yang lurus. bosan kalau lurus saja.Pilih la kawan yang baik, kalau mau jadi baik. betul!

Kini hampir setahun lagi tamatlah proses tarbiyah ini dan akan melangkah ke bumi tarbiyah lain lagi. Masa, cepatnya kau berlari, tak pandang belakang pun. Baru ku rasakan mendaftar semalam sebagai pelajar, kini sebentar lagi aku akan mendaftar sebagai pekerja pula, isteri pula, lepas itu, tiada siapa yang tahu kecuali Allah.

Bertemu dengan pelbagai ragam orang di bumi tarbiyah kadang-kadang membuat terasa diri ini kerdil sangat, kadang-kadang besar, kadang-kadang tiada rasa..aduyai.
Dibumi tarbiyyah ini ku di tarbiyyah betul-betul..terima kasih yang terlibat mentarbiyyah.;)


Si Pemalas!

Al-Quran surat Al-Ma’idah ayat 15 menyatakan, ‘Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan’.


Lama tidak jenguk blog ni. sibuk iya jugak, ndak sibuk pun iya jugak..huishh..sebenarnya boleh juak aku curi masa dalam kesibukan ku ni tapi biasalah manusia memang begitu sifatnya. alpa, pelupa la, malasla,,semualah.aku la tu.

Insyaallah nanti di sambung lagi cerita kembara tu ya.:)

Saturday, September 4, 2010

sambungan kembara..[episod 2]

membaca di dalam bas memang membuatkan kepala menjadi pening, bermacam perkara yang dapat dilihat bila berada di dalam bas ni. Tumpuan membaca pun hilang. Baik simpan je buku ni daripada pegang tapi tak dibaca. Alahaii elda~~

Sesampainya di stesen bukit jallil, ku mencari bus untuk ke Alor Setar Kedah. Ramainya orang nak ke luar daripada Kuala Lumpur,fikirku. Hati-hati, nanti kena ragut, nasihat bapaku, jangan selalu tidur dalam bas, nasihat mak ku, perantau memang macam ni, kena berdikari, nak pi mana pun seorang takpa, hmm..kadang-kadang takut jugak.Yelah, mana taknya ,dah la seorang, perempuan pulak tu..kot-kot ada yang..ee..nauzubillah..

Dipendekkan cerita, sepanjang perjalanan ke Alor Setar, tidur la jawabnya. Mana taknya penat barangkali.hehehe
Sepanjang perjalanan juga terlihat pemandangan yang sangat indah[bagi aku la], tepi kiri dan kanan padi melambai-lambai seolah-olah menyambut kedatangan perantau seorang ni[cewah!].Bestnya,Gunung yang belum terusik seolah ketawa riang menyambut kedatanganku, burung berterbangan di awangan, kuingin menjadi seperti burung.Bebas!tapi bersyukurla apa yang sekarang ini.:)

Sampai di terminal shahab[terminat Alor Setar], disambut oleh fadhilah dan kakaknya. Bestnya berbuka di rumah fad, family yang ramai sangat, seolah berada di kampung sendiri. Mak fad mengajak untuk beraya di kampung, namun sayangnya aku akan balik ke Sabah..:p

Kesokannya, Balik ke Penang untuk agenda yang seterunya ataupun objektif utama ke Utara ni[nak jumpa adik]. Sampai je di USM pukul 4.30 petang. Fad terpaksa berlari ke kelas dengan sekuat hati sbb kelas dia start pukul 4.30petang. Alamak~~..tunggu je la di masjid USM ni. Sementara berada di masjid tu, buatla apa yang patutkan...

Adik datang pukul 7.00 untukbuka sama, ceh!bawa kawan pulak dia. Dah selesai dengan adik, nak balik bilik,la.tidur kat USM.huhu..tak dapat merasa masuk USM,tidur sekejap pun jadilah..hehe

Keesokannya, temankan fad jumpa akak[student indonesia study di USM] untuk bantu akak tu untuk bantu dia assignment[bantu dia translate Indonesia-BM]huhu..Akak tu sebenarnya orang indonesia tapi belajar kat USM, dia dah pun kahwin dan insyaallah akan melahirkan anak sekejap[beberapa bula lagi kot]lagi.itu je yang dapat dikongsi.:)

sambung..

Monday, August 16, 2010

Jauh ku berjalan, Semakin banyak liku kutemui.:)


~Kembara Cuti Pertengahan Semester~

Ahad 15 Ogos 2010 7 Ramadhan 1431 H


Bangun seawal 4.30 pagi di rumah makcik kerana kedengaran bunyi gelendang dan bau masakan. “Ini mesti makcik dah masak,awalnya”kataku dalam hati. Aku bangun bagi membantu apa yang patut. Namun hampa kerana makcik telah pun menyiapkan segala-galanya. Wah, rajin betul makcik ni. Selepas habis makan sahur niat dihati ingin membantu makcik mencuci pinggan. Namun, usai makan sahur, makcik melarang pula, segan pula tinggal di sini, hanya makan dan minum je, basah tangan pabila nak makan saja.


Selepas makan sahur, aku tidak tidur malahan mengisi masa sementara menunggu subuh dengan menyiapkan kerja yang ada. Menaip semula buku mengenai sejarah china yang ditulis di dalam bahasa inggeris agar dapat ku mentafsirkan didalam bahasa ibunda. Bilalah agaknya siap dengan buku yang setebal 10 buah buku latihan.Hmm...:)



Solat azan tidak kedengaran langsung disini, mungkin disebabkan rumah ini dikelilingi batu [macam mana tu:p] dan masjid pula dalam jarak yang jauh. Apatah lagi pakcik sudah keluar bekerja seawal 5.30 pagi, siapa lagi yang diharapkan untuk bank di rumah ini melainkan hanya melihat waktu samada masuk waktu ataupun belum. 6.15 pagi semestinya subuh pun dah masuk, aku mengambil wuduk lalu solat subuh kemudian membaca zikir Al-Mathurat.



Pukul 8.30 pagi kutunai solat sunat Dhuha dan bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan ke Kedah.:p. Fadilah yahya[Kawan semasa mengikuti program mbm] telah pun menanti bersama keluarga. Pertama kali nak berpijak dibumi Kedah sangat teruja sekali. Bermula menaiki bus ke Kuala Lumpur mengambil masa selama hampir 2 jam. Sambil duduk di dalam bus, sambil memikirkan apa yang harus dilakukan dan akhirnya membuka novel yang bertajuk Umar Abdul Aziz ...



To be continue....

Monday, August 2, 2010

pengalaman ketika mengikuti Bengkel Asas Fasilitator

Bengkel Asas Fasilitator ( PTS, Janda Baik, Pahang)

6/2/2010 | Sabtu

Seawal jam 5.00 Pagi saya telahpun bersiap dan menunggu kedatangan En.Izwan Suhadak di hadapan pintu pagar penginapan siswi bersama kak wan ritini , sehinggakan pak guide menegur kami kerana seharusnya pelajar tidak dibenarkan keluar sebelum pukul 6.00 pagi. Tetapi setelah penerangan mengenai program yang akan kami ikuti akhirnya barulah pak guide tersebut memahami dan kami dibenarkan keluar.seterusnya singgah ke Taman Ilmu untuk mengambil Asmawi yang juga turut serta dalam bengkel tersebut.

Pertama kali kaki memijak tanah di Janda Baik tiada kata lain yang dapat diungkapkan melainkan kata syukur dapat melihat tempat secantik itu. Tepat pukul 8.00 pagi kami sampaidisana dan aktiviti pertama yang kami lakukan adalah riadah.Permainan yang kami lakukan adalah diberi nama “telur,ayam dan dinasour”.Tetapi disebabkan saya tidak tahu permainan tersebut maka saya menjadi seketul telur,selepas itu, sarapan pagi dan pengisian seterusnya oelh Encik Ahmad Azam.

Beliau merupakan pengasas GPTD dan juga merangkap presiden ABIM. Beliau menyatakan visi dan misi yang harus ada dalam diri setiap sukarelawan. Paling penting yang harus ada adalah visi ummatik yang mana misinya adalah “rahmatan lilalamin”. Dan setiap sukarelawan harus faham kerana ia adalah asas bagi setiap sukarelawan dan seorang fasilitator.

Encik Ahmad Azam juga menggunakan Sultan Abdul fateh sebagai modul utama dan menceritakan bagaimana Sultan Abdul Fateh berjaya menawan kota Kontainpal selepas 800tahun penantian. Bagaimana cara beliau juga menawan sangat menakjubkan kerana membawa kapal melalui daratan. Sememangnya sangat sesuai Sultan Abdul Fateh dijadikan sebagai modul.

Kemudiannya, selepas kami menunaikan solat zohor berjemaah dan makan bertalam bersama, Encik Ahmad Azam menyambung semula pengisian beliau dengan menerangkan visi yang perlu ada dalam diri setiap aktivis iaitu ummatik.Selain itu, misi quranik,budaya displin,kuasai ilmu dan teknologi,kemahiran pelbagai bahasa serta hidup berpaksikan solat juga merupakan pengajaran yang boleh diambil daripada Sultan Abdul Fateh dan akan menjadi budaya di dalam GPTD.

Mengapa Jepun dan Perancis berjaya hingga kini merupakan antara pengisian yang dibincangkan yang boleh dijadikan ikitibar bagi aktivis seperti saya. Masa, kebersihan dan sentiasa berfikiran positif antara mengapa Negara besar tersebut boleh berjaya. Ini boleh juga dijadikan budaya di dalam GPTD Unisel agar boleh berjaya seperti Negara besar tersebut.kami juga diberikan lagu mengenai Sultan Abdul Fateh agar dapat membakar semangat kami.

Kemudiannya kami diberikan tugasan agar membuat lirik lagu tersebut dan menyanyikan ataupun membuat persembahan pada keesokan harinya selain mencipta objektif,misi,visi, logo dan falsafah kumpulan masing-masing. Kami diberi masa dan fasi yang akan membantu kami dalam tugasan. Fasi bagi kumpulan saya ialah encik Ghazali. Dalam perbincangan itu juga diselitkan beberapa agenda seperti SWOT Analysis iaitu mengenal kelemahan dan kekuatan diri, Kompas Personaliti Seimbang iaitu mengetahui apa yang ada dalam diri samaada mencukupi ataupun tidak dan Analisi kendiri yang dibuat menggunakan graf bagi mengetahui kesedihan dan kegembiraan yang pernah dilalui untuk mematangkan diri. Semua itu merupakan asa di dalam diri Fasilitator.

Aktiviti berakhir selepas solat Asar dan diteruskan dengan aktiviti riadah iaitu berjalan ke sebatang sungai dengan lelaki mendahului diikuti perempuan.Sesampai di sungai aktiviti berlangsung tetapi lelaki membuat permainan sendiri dan perempuan membuat aktiviti sendiri. Perempuan membuat bulatan dan membuat permainan yang tidak mempunyai banyak pergerakan.

Selesai sahaja solat magrib, aktiviti seterusnya diisi oleh Abg Malik, beliau merupakan pekerja di RTM dan terlibat membuat sebuah rancangan. Beliau mengatakan TV dan Internet . Namun pengisian tidak terlalu lama kerana masa yang begitu mencemburui dan selesai solat Isyak berjemaah pengisian seterusnya oleh Abg Hakim yang membincangkan pengenalan GPTD dan kemudian oleh Abg Najmuddin Mohd Nawi iaitu setiausaha Agung GPTD. Beliau juga memperkenalkan GPTD, Exco GPTD dan pengasas iaitu Encik Ahmad Azam serta alumni GPTD.

Selesai sahaja perbincangan mengenai GPTD, kami pergi ke kumpulan masing-masing bagi membincangkan persembahan untuk keesokan harinya. Perbincangan berakhir pada pukul 12.30 Malam.

7/2/2010 | Ahad

Dingin pagi yang menyegarkan membuat kami yang terlena terbangun kerana tidak tertahan dengan kesejukan. Selesai solat Subuh dan Kuliah Magrib, kami bersiap kerana pada pukul 8.00 pagi acara penutupan akan dimulakan. Selepas makan pagi, kelihatannya kumpulan begitu bersungguh dalam melakukan tugasan yang diberikan. Sehinggakan kedengaran bunyi-bunyi nyanyian kecil dari kumpulan masing-masing.

Tepat pukul 9.00 pagi aktiviti dimulakan dengan sedikit pengisian oleh Encik Ahmad Azam. Seterusnya persembahan dari kumpulan 2, kumpulan 1 dan diakhiri oleh kumpulan 3. Namun, kumpulan yang begitu menarik perhatian iaitu kumpulan 2 yang mana menyelitkan sajak tetapi setelah pembaca sajak iaitu asmawi mendeklamasikan sajaknya, semua barang yang berada dibelakang terjatuh. Semua orang gelihati melihat keadaan tersebut.

Setelah itu, kami diberikan lagi tugasan iaitu membuat satu program yang mana seperti bengkel ini. Kemudian, akhir sekali kami membuat pembentangan dan setiap kumpulan telah pun merancang. Kumpulan 1 membuat program bengkel ke IPT, kumpulan ke dua akan ke Afrika Selatan dan kumpulan 3 Semarang, Indonesia.

Bengkel kemudian berakhir dengan penyerahan sijil kepada peserta.

Bestnyaaaaaaa!:)


Saturday, July 17, 2010


~~ Surah Al-Ankabut : ayat 2-3 ~~

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Subhanallah,setiap pertanyaan jawapannya ada di dalam Al-Quran~