Showing posts with label travelog. Show all posts
Showing posts with label travelog. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

belajar dari anak kecil

Bismillahirrohmanirrohim

imbauan..


Dengan kaki kanan aku melangkah diiringi ucapan bismillahirrohmanirrohim..
Lemah longlai kakiku melangkah menuju pintu pagar Asrama Unisel ini. Tidak kecukupan tidur membuatkan badan ini lemah ditambah dengan kekurangan semangat disebabkan kelmarin yang kelam. Semoga bertemu kanak-kanak Tadika Abim Tanjung Karang hari ini membuatkan aku bersemangat kembali secara total.
Sampai di Dewan Tunas Harapan bersebelahan dengan Kolej INPENS diadakan Majlis konvokesyen Kanak-kanak tadika Abim Tanjung Karang. Kami seramai 6 orang ditugaskan datang membantu menguruskan kanak-kanak tersebut.  
Saya abang umur 6 tahun, ini adik saya 5 tahun.”Sapa budak kepadaku tiba-tiba.
Aku terkejut bercampur terharu, kanak-kanak itu rasanya tidak mengenali aku, aku juga tidak kenal dia. Bagaimana dia boleh begitu terus bercerita denganku. Aku belajar sesuatu daripada anak ini. Hilang sedikit lelahku semalam. Aku tersenyum kepadanya.
Sementara menunggu ucapan daripada Pengerusi Majlis, kanak-kanak ini diletakkan dibilik belakang pentas bersama kami. Aku sempat mencuri-curi mengambil gambar yang paling manis seboleh mungkin untuk dijadikan tatapan ketika hari mendung. Tetapi tidak boleh kerana setiap kali aku halakan lensa ini, wajah mereka terus merekah dengan senyuman. Aku dan teman yang lain turut tersenyum dengan adegan itu. Lucu. Cara mereka mengekspresikan kegembiraan itu jelas berbeza dengan kami.
Jelas, badan yang lemah longlai pun bersemangat kembali bergaul dengan mereka. Hati mereka sungguh suci. Kami belajar sesuatu disitu. MengKAYAkan hati. SubhanaAllah. Bagaimana kanak-kanak ini mengkayakan hati ya. Aku jadi tertanya , aku ingin belajar dari mereka.Bersihkan hati melalui mereka. Sungguh, aku ingin sekali.
Entahlah kawan, kadang hidup ini memerlukan cikgu bukan sahaja dari manusia dewasa, alam malah anak kecil juga mampu. Allahuakbar. Ekspresi yang spontan tanpa dibuat-buat yang dipancarkan oleh anak-anak kadang-kadang suatu pengajaran bagi kita kerana hati mereka yang sungguh hening. Mereka mampu memancarkan kasih sayang tanpa berselindung. Ada sesuatu yang perlu kita lakukan untuk anak-anak ini supaya mereka terus begitu. Ada amanah yang perlu kita lakukan supaya senyuman mereka terus bercambah agar mereka tumbuh menjadi anak-anak yang soleh dan seterusnya menjadi generasi Ulul Albab. Amin.
Alhamdulillah Kau pertemukan aku dengan mereka hari ini.:)


Sunday, February 24, 2013

Guangzhou, China 2

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah. Sudah Hari ke -2 di Guangzhou walaupun sungguh rasa terasing. Terasa apa yang berada disekeliling sungguh berbeza. Pengurus hotel Jin Hui menghantar kami sehingga ke Metro Renhe (LRT jika di Malaysia, Cuma yang berbeza berada dibawah Tanah), Metro yang paling dekat dengan Hotel. Alhamdulillah, Metro ini dibekalkan peta kecil dan dalam bahasa Inggeris.


Kunun mencari mana nak pi.
Peta ini ada disediakan di kertas ala-ala kad dan diberikan secara percuma.Haa.Tu diaa.Metro China ni ada line.Setiap line berbeza tempat dan boleh ditentukan dengan warna yang lain-lain.Menarik kan.Haahkan.Patutla cikninja yang rabun boleh tahu jalan senang-senangjeww..
Shadapp!



Mengikut tentatif yang ditulih awai-awai adalah  ke Daerah Xi Men Ko. Oleh itu, perlu mengambil Metro Renhi – Linhexi –Xi Men Ko. Setiap stesen mengenakan tambang sebanyak 2 Yuen.Oleh itu, kami kumpul-kumpul duit dan pergi bayar. Setiap stesen menyediakan penukaran duit untuk membeli tiket sebab disini hanya menggunakan mesin dan token.(ala macam nak beli token LRT).

Metro di China tersangat laju (rasa macam tu la..) dan sempit. Kebanyakan masyarakat di Guangzhou menggunakan Metro,tersangatla ramai makhluk di Metro ini.Sepanjang perjalanan kami hanya diam sebab tak boleh nak berbual.hahaha sebab orang yang terlalu ramai.

Anak sapala ni.Pipi tak kembung, buat-buat kembung

Nasib baik ada tulisan English.Oh MyEnglish

Benda tu akan menyala-nyala bila dah sampai destinasi.

Ramai kan orang.(Emm,yakah?)

kunun semangat.Rupanya penat sangat

Ini kawan kami masa di Metro.:)

Di Metro ada 4 bahagian pintu keluar. A,B,C dan D.Hambik kaww.


Setelah penat berjalan (berjalan keww?naik metro je pun)kami singgah sebentar di Konsulat Malaysia, Guangzhou. Saja untuk berkenalan.Hikhik. Sampai sahaja disana, SubhanAllah.Tinggi bebenar bangunan mereka.Kalau naik tingkat paling atas confirm telinga rasa lain-lain.

Haa.dalam bangunan CITIC Plaza ni la letaknya konsolat Malaysia Guangzhou dan juga Tourism Malaysia.
err.
macam tak tinggi jeww.

Sampai di Konsulat, Guangzhou .

Orang yang menjaga dikaunter konsolat pandang kami.Kemdian dia sambung kerja lagi. Mungkin muka kami ala-ala orang china kot.Abaikan. Kemudian, pandang lagi kali kedua terus kami dibawa ke bilik sebelah konsolat.Kelas gituu..

Setelah inchi hakim berbincang(tak pasti apa yang dibincangkan) dan jalan-jalan singgah di tourism Malaysia agar ada yang bisa kami manfaatkan.Setelah itu, kami terus ke tujuan sebenar.Iaitu ximenko untuk mencari masjid Hua Sheng. Sepanjang perjalanan, masing-masing diam. Tak pasti apa yang difikirkan. Mungkin cuba mentafsir semula tujuan kembara ini (cewah..)

Apabila sampai..

Apa ni? Apa ni?Kami di mana terdampar? Ya Allah.Nampak sangat kan kejakunan. Tapi disini lah nak menunjukkan bagaimana kebergantungan kita hanya kepada Allah.Kan cikninja.

Kami cuba meneruskan perjalanan walaupun muka masing-masing memang penat. Tanya orang yang lalu tanpa berputus asa walaupun mereka tak faham, kami pun tak faham kadang-kadang.Kami berjalan terus tanpa henti dengan beg yang tersangat berat disandang. Hasil peta dan nama jalan yang dipamer, Alhamdulillah sampailah kami di tujuan. Perasaan Kami? gumbira + sedih + geram (bercampur dan semuanya menjadi satu, kalau buat lauk sodap,apalagi lapar.hikhik). 

Nak tahu kenapa kami boleh berjumpa? sebab, kami terjumpa seorang muslimah china yang bertudung bekerja disebuah kedai. Beliau pandang kami sampai dua kali (nasib bek muslimah, kalau tak boleh jadi haram) sebab melihat sekumpulan manusia muka jakun memakai tudung masuk ke daerah beliau.hikhik. Kami bertanya beliau keberadaan masjid Hua Sheng dan akhirnya, Alhamdulillah ya Allah. 

Masjid Hua Sheng

28 Ogos 2012
XiMenKo, Masjid Hua Sheng,Guangzhou,China








Guangzhou, China

Bismillahirrohmanirrohim


Tersangat penat. Masa belum sampai lagi ke tengah hari tetapi penat sudah kian terasa. Muka masing-masing kelihatan penat tetapi pandai eh sembunyikan.:p

Sakinah : Penatnya.. (dalam hati)
Arina : penatnya..(dalam hati)
Hakim : penatnya..(dalam hati)
Hani :capeknya..(dalam hati) hehe
Ok.ni abaikan.:)

Cerita sebelumnya..

Alhamdulillah diberikan peluang lagi kembara. Kali ini ke Bumi China untuk menjejak Laksamana Cheng Ho. Bersama Arina, Hakim dan Sakinah anjuran Grup Cheng Ho (Grup Penjejak Tamadun Dunia)


XPDC kali ini lebih mencabar. Almaklumla, bukan sahaja Ke Negara yang benar-benar asing namun bahasanya juga terasa asing. Apabila kami berbahasa Inggeris mereka tercengang.(eh?),kami cuba menggunakan bahasa china/mandarin berbekalkan kamus bahasa mandarin masing-masing pun mereka  masih tercengang(eh?). Apakah? hikhik.

Mesti sebab cikninja dan kawan-kawan sebut bahasa mandarin tu dalam bahasa baku kan,an,an?Apalagi cikninja kan orang sabah,sebut dalam bahasa baku memangla depa tercengang.hikhik
Cikninja: wachaaa!!Shadapppp!kan dah kena sejibik.mulut tu letak insurans sikit.fuhhh(tiup tangan ala gaya lepas bersihkan habuk)

Akhirnya,fedap sekejap, kami pun tunjuk ja kamus masing-masing jika nak bertanya arah kah, makan kah (cik ninja suka makan yeye.) (eh?).Senang cerita.Tapi bila mereka nak bagitau kami pulak dah, kami yang tercengang (eh?. 

Hari pertama sampai di Lapangan terbang Bai Yun sangat membingungkan (kenapa?). Disebabkan pertama kali sampai, tak pernah salah seorang diantara kami  yang pernah ke China (tau dah..), maka kami pun berjalan dengan muka yang meyakinkan bahawa Lapangan Terbang ini kami yang punya, muahaha.ni Abaikan.

Seperti urusan dimana-mana Negara Luar.Sudah tentu ada  pegawai yang akan memeriksa pasport dan beg tetapi berbeza di Lapangan Terbang Bai Yun,soal pemeriksaan tidak terlalu ketat. Maksudnya serah passport, cop passport, cek beg dan ambil beg.Jalannnn..

Jam menunjukkan jam 12 tengah malam. Disini, mereka sangat mementingkan masa daripada penglihatan cikninjala sebab bila mereka kata akan sampai pukul 12.05 malam, maka  sampai didestinasi jam juga menunjukkan 12.05 malam. Hebat kan. Alhamdulillah, pelajaran pertama di China.

Bagi memudahkan perhubungan dengan keluarga di Malaysia (cewah!), kami membeli sim kad china di Lapangan Terbang Bai Yun. Berharga 50 Yuen (kalau tidak silap). Memandangkan kami sampai pada waktu tengah malam, kami tiada idea mahu tidur di mana. Setelah berfikir 2kali,3 kali…..dan seratus kali kami mengambil keputusan untuk tidur di Lapangan Terbang sahaja.Hahaha. Kesian hakim kena menjaga 3 orang sisters.hikhik (tetiba plak). 

Tetiba..jeng-jeng.Ada sorang makcik cleaner (ya rasanya) menawarkan bilik murah kepada kami. Cikninja suruh inchi hakim berhati-hati.Yelah, dahla tak berapa nak faham apa yang makcik tu katakan.Apalagi nak percaya.Setelah berbincang, kami bercadang untuk mengikuti makcik tersebut ke hotel yang dikatakan murah.Ada sebuah kereta ala avanza yang menjemput dan sangat sempit sebab ada penumpang lain.waduhh..Takpalah, ujian pertama.

Apabila sampai hotel yang dimaksudkan,kami hanya menyewa satu bilik sahaja memandangkan ingin menggunakan duit yang ada semaksima mungkin.Hotel itu dinamai Jin Hui. Hanya berharga 150 Yuen sebilik sehari semalam. Disebabkan 4 orang sebilik, maka kami sangat berhati-hati dalam melakukan apa sahaja.hikhik

Subuh disini sangat awal, seperti di Sabah(mungkin). Disebabkan kami tiada kompas,jadi menggunakan kepakaran inche hakim yang pernah belajar ilmu wahyu (eh) di UIA.hikhik. Kami solat mengikut kiblat yang diberitahu oleh beliau.

#Gambar tiada kerana inche Hakim tersangat la penat pada hari ketibaan di Guangzhou.

28 Ogos 2012 
Guangzhou, China






Friday, November 26, 2010

Kisah di Sepanjang XPDC Wali Songo ('-')

Kuala Lumpur Yogyakarta

14 November 2010

Kembali Ke Malaysia




Awan putih, langit biru, seandainya kau pandai berbicara ingin aku memberitahumu bahwa aku sekarang berada di sebelahmu menuju kembali ke Malaysia.

”Hehe, puitis juga aku ni”Kata ku tersenyum sendiri.

Berakhir sudah XPDC Wali Songo di Negara jiran tetapi XPDC di Negara sendiri akan bermula selepas kami menjejakkan kaki di Malaysia.InsyaAllah.

Berada di perut kapal terbang ini membuatkan aku terimbau kembali kenangan kami ketika berada di Negara jiran dalam menjalankan XPDC Wali Songo ini. Kulihat wajah mereka satu persatu. En Shu, Izat, Anuar, Dill, Raudhah dan Zul. Ada kenangan yang tertinggal bersama mereka.Kenangan itu kemudian singgah di benakku satu persatu.Lama kemudian aku memejamkan mata untuk menikmati kenangan itu.

- 1 November 2010 -

Cabaran XPDC Wali Songo Bermula : Dua Hati

Mata kubuka perlahan, angin terasa kuat menampar pipiku tatkala kereta jenama Avanza ini meluncur meninggalkan kuala Lumpur. Cahaya neon lampu jalanan kiri dan kanan menghias jalan-jalan menampakkan malam indah di Kuala Lumpur. “Rupanya jadi juga XPDC wali songo ini.”kata hatiku berbisik menembus dibenakku membuatkan mataku melihat satu persatu kawan-kawan yang lain.En Shu, Izzat, Anuat, Raudhah, Dyll, Zul, semuanya kelihatan tertunduk,

“mungkin kepenatan atau mengantuk masih berbisa dalam diri mereka.”bisikku. Masakan tidak, penerbangan ke Yogjakarta pada pukul 7.00 pagi membuatkan kami harus bangun seawal 3.00 pagi untuk berangkat menuju ke LCCT (Lapangan Terbang Air Asia). Pandangan ku halakan ke luar, terimbau kembali kenangan itu.

“Macam mana ni, penajaan tak cukup, aktivis tarik diri, perlu ke kita teruskan xpdc ni?”kataku kepada raudhah.

“Ntahla,sekarang ni pun saya rasa 50-50 untuk teruskan xpdc ni.”Raudhah sedikit mengeluh.

Bunyi telefon mengejutkan kami yang ketika itu berada di dalam kereta untuk mencari kedai yang menjual botol kosong. Kereta tersebut dipenuhi dengan botol kosong yang aku perlu jual.

“En shu kol!”Raudhah seakan cemas, aku juga terasa cemas, apa yang ingin kukatakan, antara kami berpandangan. Aku mengangguk isyarat menyuruhnya mengangkat telefon yang bordering itu.

Setelah beberapa minit raudhah bercakap dicorong telefon bersama en shu, Telefon dihalakan kepadaku. “Kenapa?”soalku, sambil tersenyum raudhah berkata “En shu nak cakap”. Aku melekapkan telefon milik raudhah di telinga.

“Ye, en shu?”Soalku.

“Macam mana?raudhah kata kamu nak tangguh xpdc ni.”ujar beliau.

“Saya rasa ye kena tangguh dengan masalah penajaan yang ada, aktivis yang tarik diri lagi, semua pun rasa 50-50 je nak teruskan xpdc ni”ulasku.

“Berapa lagi penajaan kamu yang tidak cukup?”soal beliau.

“ada RM400 lagi en shu”jawabku.

“Anuar macam mana?”Soal beliau lagi.

“Saya tak pasti sebab saya tak tanya lagi dia”kataku mendatar.

“Kamu kena update kawan-kawan kamu tu, kalau mereka rasa macam tu kamu kena nasihatkan mereka, naikkan semangat mereka supaya teruskan xpdc ni,kita ada seminggu lagi, takkan nak putus asa sekarang, kalau ditakdirkan esoknya nak pergi dan hari ni memang kita takda pilihan untuk teruskan xpdc ini maka baru kita tidak teruskan xpdc ni, tapi kita ada seminggu untuk berusaha lagi, dan yang lainnya kita serahkan kepada Allah s.w.t.”kata en shu cuba menaikkan semangatku.

“Kamu tak boleh macam ni, baru dapat masalah sikit dah tak nak teruskan, nasihatkan yang lain juga.Teruskan cari penajaan.”Tambah beliau lagi.

“Baik.”Kataku pendek.

“Saya nak cakap dengan raudhah”aku menghalakan telefon kepada raudhah.Raudhah tersenyum.

Macam mana nak nasihatkan mereka nak teruskan xpdc ni kalau aku pun rasa 50-50,kata hatiku sambil mengeluh.

Kami pulang ke hostel untuk mengemas barang kerana sekejap lagi akan bergerak ke Sekretariat Gombak untuk tidur di sana selama seminggu sebelum xpdc ni bermula dan juga sebagai persediaan.

Sepanjang bas bergerak, kelihatan wajah raudhah sugul, aku juga begitu.Aku faham maksud wajah itu kerana aku juga mengalami masalah yang sama. XPDC kali ni begitu mencabar bukan kerana aktivitinya yang akan datang tetapi sebelum XPDC ini bermula sudah kurasakan agak tercabar dengan masalah ini apalagi ketika mengalaminya.aku tidak ingin membayangkannya.Mungkin masalah ini berpunca daripada kami juga mencari penajaan sambil lewa.Aku hairan mengapa en shu masih bersemangat meneruskan XPDC ini dengan masalah yang tertimpa-timpa. Belum lagi kabar berita yang baru kami dengar, Gunung merapi yang baru saja meletup di tempat yang akan kami tuju itu.

Aku meraup muka berulang kali, menoleh ke kanan melihat raudhah sudah pun melelapkan mata.Penat barangkali. Raudhah lagi banyak masalah dari aku, jadi bebanan raudhah lagi banyak dari aku. “Kesian dia, belum makan dari pagi”kataku berbisik.

Aku menyandarkan kepala di tingkap cermin bas itu, memikirkan apa yang akan berlaku esok ya.

Aku tersedar bila kereta Avanza milik adik En shu berhenti di salah sebuah R&R. Ku lihat semua mereka masih tidur bermacam-macam gaya. Kenangan itu terimbau lagi sambil menundukkan kepala di atas beg yang aku pangku.

Pertama kali bertemu dengan Dill, teman yang akan bersama-sama XPDC nanti membuatkan aku membuat pandangan pertama terhadap dia. Dia merupakan bekas pelajar Universiti islam Antarabangsa Malaysia. “mesti dia ni terer dalam bab XPDC ni.”Kataku dalam hati.

Sampai sahaja di rumah HEWI(hal ehwal wanita), kami menyimpan barang di ruang tengah rumah tersebut. Aku sudah agak biasa dengan rumah ini kerana XPDC sebelum ini juga aku menumpang di rumah ini. Dan di rumah ini juga menjadi saksi persahabatan antara aku dan raudhah mula terjalin. Bukan bermaksud sebelum ini tidak kenal, kenal tetapi kenal yang tidak rapat.kenal yang hanya biasa-biasa.

Dirumah ini kami bergelak bersama-sama, berkongsi cerita bersama-sama, malah tidur bersama-sama. Dill berborak bersama raudhah, aku hanya mendiamkan diri dan hanya bercakap bila ditanya.

Tanpa kusedari persahabatan tanpa dirancang ini terjalin juga antara aku, raudhah dan dill. Mulanya aku memanggil dill dengan panggilan kakak tetapi memandangkan usia kami yang sebaya maka aku hanya memanggil nama dill sahaja. Hari xpdc bermula semakin dekat, persahabatan kami mula semakin rapat tanpa kusedari, gelak ketawa, makan bersama, tidur bersama, membuatkan ukhwah kami bertambah erat. Dan tanpa kusedari semangatku ada semula untuk teruskan XPDC ini. Hebatnya ya Allah, KAU menyatukan hati-hati kami, menguatkan ukhwah kami, mengembalikan semangat kami.Terima kasih Ya Allah!

Kapal terbang Air Asia selamat mendarat tepat pukul 9.30 pagi. Aku menghalakan pandangan ke luar, melihat suasana bumi Yogjakarta, ternyata suasana hampir sama dengan Malaysia cuma bahasa yang berlainan. Akhirnya, bumi Yogjakarta aku pijak bersama mereka yang lain untuk menjejak Wali Songo.


“Apa yang akan berlaku nanti ya?”Kataku di dalam hati.

Wajah-wajah mereka yang lain kelihatan tersenyum seolah tidak berhenti, tidak seperti sebelumnya.”Mungkin mereka bersemangat semula untuk meneruskan xpdc ini seperti aku.Alhamdulillah ya Allah!”Aku berbisik lagi.

Sampai di Lapangan terbangan, prosedur yang hampir sama dengan di Malaysia sewaktu aku berulang alik antara sabah dan semenanjung Malaysia. Menunggu giliran untuk disahkan kehadiran di Yogjakarta (pasport dicop) dan barang akan diperiksa satu persatu.

Kedengaran suara tangisan antara penumpang yang bersama kami tadi sambil berpelukan dengan seseorang yang berada di luar balai ketibaan.” Macam drama dalam televisyen pula.Mungkin sudah terpisah lama.”Monolog hatiku.

Kelihatan Pak Supriano, salah seorang aktivis Dewan Dakwah Islamiyyah yang menjemput kami menunggu di hadapan balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto, Yogjakarta.Kami dibawa ke Pusat Dewan dakwah Islamiyyah untuk bertemu bersama Pak Rifai, orang yang sepatutnya kami temui tetapi tidak sempat kerana menguruskan mangsa gunung merapi di Posko Dewan dakwah Islamiyyah.

Perjalanan menuju ke Dewan Dakwah melalui kota Klaten, Yogyakarta. Bermacam perkara yang kami saksikan, antaranya kereta yang saling membunyikan hon,ini dikatakan memang budaya Indonesia untuk memberi isyarat bahawa kereta yang memberi hon hendak memecut laju. Ketika van yang kami naiki berhenti di lampu isyarat, kelihatan beberapa orang menyanyikan lagu diluar van kami. Aku memang sedia maklum dengan perkara tersebut kerana mengikut pengalaman sebelum ini sewaktu XPDC Hamka, mereka yang bermain muzik sambil bernyanyi itu dipanggil pengamen di Indonesia kerana selepas mereka menyanyikan lagu tersebut mereka mengharapkan duit daripada yang mendengarnya. Kelihatan di satu sudut seorang wanita duduk di tepi jalan sambil menggendong meriba anaknya. Disisinya ada botol susu yang masih bersisa susu.”Mungkin kepunyaan anaknya.”Bisikku.

Beberapa minit ketika itu kami singgah lagi kerana lampu isyarat yang bertukar merah.”Banyaknya lampu isyarat.”Bisikku.

Tiba-tiba di kota ini tempat kami berada hingar bingar dengan suara orang ramai.Rupa-rupanya gunung merapi baru sahaja meletus lagi. ”SubhanaAllah”Kataku. Pertama kali menyaksikan gunung merapi meletup merupakan pengalaman yang tidak akan aku lupa sampai bila-bila. Kelihatan asap yang berkepu-kepul seusai gunung itu meletus.”Bagaimana agaknya penduduk berdekatan gunung itu ye?”soalku dalam hati.

Kelihatan bahu-bahu jalan penuh dengan kereta-kereta yang singgah untuk melihat gunung merapi itu meletus, kami juga tidak ketinggalan untuk memenuhi bahu jalan itu. Jalan kelihatan penuh dengan orang ramai. Mereka yang lain kecuali aku, dill dan raudhah tidak berganjak daripada van untuk menjaga barang manakala yang lain ke tempat yang lebih dekat untuk mengambil gambar ketika gunung itu meletus.





Singgah di Kedai makan untuk bersarapan kerana perut yang kosong dari pagi telah pun minta diisi. Makan soto ayam yang dicampur nasi bersama segelas es jeruk (Air limau) cukup untuk memberikan tenaga kepada kami untuk meneruskan lagi perjalanan kami.





..........................................................................................................................................................................