Thursday, February 28, 2013

yeay!yeay!

Bismillahirrohmanirrohim

yeay!yeay!yeay!

credit


Hamboi...

Dulu-dulu (semasa zaman gelap) , kalau mahu bangun pergi kelas  wajib ya akan ada rasa malasnyaaaaaa mahu bangun. Bestnyaaaa tidur. Mengapa? sebab malam tidur lewat (bukan study tapi online FB,ish ish), solat subuh kadang terbabas(astagfirullah). Ini tidak lain hanya kerana tidak berdisiplin kepada diri sendiri. Semua orang sama sahaja, dikurniakan 24 jam sehari, nehi lebey nehi kurang. Justeru itu, mengapa puan ninja punya solat subuh terbabas ada yang terkandas dan ada yang syabas!eh?aku?ya kau?!Mengapa?Kenapa?kiu?why?tim kai ya?

Ya, pengurusan diri puan ninja yang tidak sistematik (gituww). Diri ini jika tidak diurus dengan betul jadilah tidak betul.Betul tidak?hikhik. Analoginya seperti err, cuba buka almari, banyak tidak baju yang cantik-cantik?semua kita jaga dengan baik kan?kalau tidak jaga dengan baik,sudah tentu baju kitew yang cantek-cantek itu akan rosak,berbau atau pun berlubang digigit tikus (kalau rumah banyak tikus) dan lain-lain yang gigit(grr). Sama seperti manusia, kena dijaga dengan baik, jika tidak dijaga dengan baik sudah tentu manusia itu akan rosak iman, berbau akhlak dan berlubang hati. (ntah papa analogi,grr). hikhik

Justeru, manusia perlu ada disiplin diri yang kuat (hiyaaaa!) agar virus-virus pemalas, pedengki, penghasut,pengkhianat,pengotor(eyuww) dan lain-lain pe- dapat disingkirkan dengan sebaik-baiknya ya. Baiklah!Mulai hari ini asah pedang-pedang iman dalaman dan luar kalian (terutamanya puan ninja) agar dapat mempertahankan diri kalian. Sekian dan terima kasih.k.bai












Wednesday, February 27, 2013

sila besarkan telinga anda

Bismillahirrohmanirrohim


Mak saya suka bercakap. 
Bapak saya tak suka bercakap.
Sangat berbeza.
Suatu hari, mak bercakap dengan nada yang marah tetapi yang saya lihat bapak tetap dengan perangainya iaitu hanya mendiamkan diri.
Saya juga kadang menjadi anak yang tidak tahu untung apabila dimarahi oleh mak tetapi berbeza dengan bapak yang boleh menahannya malah selama 28 tahun pula. 
Saya berasa kagum dengan kesabaran bapak sehinggakan kekaguman saya membuatkan saya mendapatkan bapa dan bertanya tips bagaimana boleh menjadi seperti beliau.
Bapak memandang saya sambil membetulkan rambut belahan tengahnya "kadang-kadang marah itu penawarnya mendengar dan tersengih.".
Aku tersenyum dan menyimpan di dalam hati serta berdoa agar dapat mempraktikkan di dalam kehidupan selepas berkhawin. :)

Sunday, February 24, 2013

Guangzhou, China 2

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah. Sudah Hari ke -2 di Guangzhou walaupun sungguh rasa terasing. Terasa apa yang berada disekeliling sungguh berbeza. Pengurus hotel Jin Hui menghantar kami sehingga ke Metro Renhe (LRT jika di Malaysia, Cuma yang berbeza berada dibawah Tanah), Metro yang paling dekat dengan Hotel. Alhamdulillah, Metro ini dibekalkan peta kecil dan dalam bahasa Inggeris.


Kunun mencari mana nak pi.
Peta ini ada disediakan di kertas ala-ala kad dan diberikan secara percuma.Haa.Tu diaa.Metro China ni ada line.Setiap line berbeza tempat dan boleh ditentukan dengan warna yang lain-lain.Menarik kan.Haahkan.Patutla cikninja yang rabun boleh tahu jalan senang-senangjeww..
Shadapp!



Mengikut tentatif yang ditulih awai-awai adalah  ke Daerah Xi Men Ko. Oleh itu, perlu mengambil Metro Renhi – Linhexi –Xi Men Ko. Setiap stesen mengenakan tambang sebanyak 2 Yuen.Oleh itu, kami kumpul-kumpul duit dan pergi bayar. Setiap stesen menyediakan penukaran duit untuk membeli tiket sebab disini hanya menggunakan mesin dan token.(ala macam nak beli token LRT).

Metro di China tersangat laju (rasa macam tu la..) dan sempit. Kebanyakan masyarakat di Guangzhou menggunakan Metro,tersangatla ramai makhluk di Metro ini.Sepanjang perjalanan kami hanya diam sebab tak boleh nak berbual.hahaha sebab orang yang terlalu ramai.

Anak sapala ni.Pipi tak kembung, buat-buat kembung

Nasib baik ada tulisan English.Oh MyEnglish

Benda tu akan menyala-nyala bila dah sampai destinasi.

Ramai kan orang.(Emm,yakah?)

kunun semangat.Rupanya penat sangat

Ini kawan kami masa di Metro.:)

Di Metro ada 4 bahagian pintu keluar. A,B,C dan D.Hambik kaww.


Setelah penat berjalan (berjalan keww?naik metro je pun)kami singgah sebentar di Konsulat Malaysia, Guangzhou. Saja untuk berkenalan.Hikhik. Sampai sahaja disana, SubhanAllah.Tinggi bebenar bangunan mereka.Kalau naik tingkat paling atas confirm telinga rasa lain-lain.

Haa.dalam bangunan CITIC Plaza ni la letaknya konsolat Malaysia Guangzhou dan juga Tourism Malaysia.
err.
macam tak tinggi jeww.

Sampai di Konsulat, Guangzhou .

Orang yang menjaga dikaunter konsolat pandang kami.Kemdian dia sambung kerja lagi. Mungkin muka kami ala-ala orang china kot.Abaikan. Kemudian, pandang lagi kali kedua terus kami dibawa ke bilik sebelah konsolat.Kelas gituu..

Setelah inchi hakim berbincang(tak pasti apa yang dibincangkan) dan jalan-jalan singgah di tourism Malaysia agar ada yang bisa kami manfaatkan.Setelah itu, kami terus ke tujuan sebenar.Iaitu ximenko untuk mencari masjid Hua Sheng. Sepanjang perjalanan, masing-masing diam. Tak pasti apa yang difikirkan. Mungkin cuba mentafsir semula tujuan kembara ini (cewah..)

Apabila sampai..

Apa ni? Apa ni?Kami di mana terdampar? Ya Allah.Nampak sangat kan kejakunan. Tapi disini lah nak menunjukkan bagaimana kebergantungan kita hanya kepada Allah.Kan cikninja.

Kami cuba meneruskan perjalanan walaupun muka masing-masing memang penat. Tanya orang yang lalu tanpa berputus asa walaupun mereka tak faham, kami pun tak faham kadang-kadang.Kami berjalan terus tanpa henti dengan beg yang tersangat berat disandang. Hasil peta dan nama jalan yang dipamer, Alhamdulillah sampailah kami di tujuan. Perasaan Kami? gumbira + sedih + geram (bercampur dan semuanya menjadi satu, kalau buat lauk sodap,apalagi lapar.hikhik). 

Nak tahu kenapa kami boleh berjumpa? sebab, kami terjumpa seorang muslimah china yang bertudung bekerja disebuah kedai. Beliau pandang kami sampai dua kali (nasib bek muslimah, kalau tak boleh jadi haram) sebab melihat sekumpulan manusia muka jakun memakai tudung masuk ke daerah beliau.hikhik. Kami bertanya beliau keberadaan masjid Hua Sheng dan akhirnya, Alhamdulillah ya Allah. 

Masjid Hua Sheng

28 Ogos 2012
XiMenKo, Masjid Hua Sheng,Guangzhou,China








Guangzhou, China

Bismillahirrohmanirrohim


Tersangat penat. Masa belum sampai lagi ke tengah hari tetapi penat sudah kian terasa. Muka masing-masing kelihatan penat tetapi pandai eh sembunyikan.:p

Sakinah : Penatnya.. (dalam hati)
Arina : penatnya..(dalam hati)
Hakim : penatnya..(dalam hati)
Hani :capeknya..(dalam hati) hehe
Ok.ni abaikan.:)

Cerita sebelumnya..

Alhamdulillah diberikan peluang lagi kembara. Kali ini ke Bumi China untuk menjejak Laksamana Cheng Ho. Bersama Arina, Hakim dan Sakinah anjuran Grup Cheng Ho (Grup Penjejak Tamadun Dunia)


XPDC kali ini lebih mencabar. Almaklumla, bukan sahaja Ke Negara yang benar-benar asing namun bahasanya juga terasa asing. Apabila kami berbahasa Inggeris mereka tercengang.(eh?),kami cuba menggunakan bahasa china/mandarin berbekalkan kamus bahasa mandarin masing-masing pun mereka  masih tercengang(eh?). Apakah? hikhik.

Mesti sebab cikninja dan kawan-kawan sebut bahasa mandarin tu dalam bahasa baku kan,an,an?Apalagi cikninja kan orang sabah,sebut dalam bahasa baku memangla depa tercengang.hikhik
Cikninja: wachaaa!!Shadapppp!kan dah kena sejibik.mulut tu letak insurans sikit.fuhhh(tiup tangan ala gaya lepas bersihkan habuk)

Akhirnya,fedap sekejap, kami pun tunjuk ja kamus masing-masing jika nak bertanya arah kah, makan kah (cik ninja suka makan yeye.) (eh?).Senang cerita.Tapi bila mereka nak bagitau kami pulak dah, kami yang tercengang (eh?. 

Hari pertama sampai di Lapangan terbang Bai Yun sangat membingungkan (kenapa?). Disebabkan pertama kali sampai, tak pernah salah seorang diantara kami  yang pernah ke China (tau dah..), maka kami pun berjalan dengan muka yang meyakinkan bahawa Lapangan Terbang ini kami yang punya, muahaha.ni Abaikan.

Seperti urusan dimana-mana Negara Luar.Sudah tentu ada  pegawai yang akan memeriksa pasport dan beg tetapi berbeza di Lapangan Terbang Bai Yun,soal pemeriksaan tidak terlalu ketat. Maksudnya serah passport, cop passport, cek beg dan ambil beg.Jalannnn..

Jam menunjukkan jam 12 tengah malam. Disini, mereka sangat mementingkan masa daripada penglihatan cikninjala sebab bila mereka kata akan sampai pukul 12.05 malam, maka  sampai didestinasi jam juga menunjukkan 12.05 malam. Hebat kan. Alhamdulillah, pelajaran pertama di China.

Bagi memudahkan perhubungan dengan keluarga di Malaysia (cewah!), kami membeli sim kad china di Lapangan Terbang Bai Yun. Berharga 50 Yuen (kalau tidak silap). Memandangkan kami sampai pada waktu tengah malam, kami tiada idea mahu tidur di mana. Setelah berfikir 2kali,3 kali…..dan seratus kali kami mengambil keputusan untuk tidur di Lapangan Terbang sahaja.Hahaha. Kesian hakim kena menjaga 3 orang sisters.hikhik (tetiba plak). 

Tetiba..jeng-jeng.Ada sorang makcik cleaner (ya rasanya) menawarkan bilik murah kepada kami. Cikninja suruh inchi hakim berhati-hati.Yelah, dahla tak berapa nak faham apa yang makcik tu katakan.Apalagi nak percaya.Setelah berbincang, kami bercadang untuk mengikuti makcik tersebut ke hotel yang dikatakan murah.Ada sebuah kereta ala avanza yang menjemput dan sangat sempit sebab ada penumpang lain.waduhh..Takpalah, ujian pertama.

Apabila sampai hotel yang dimaksudkan,kami hanya menyewa satu bilik sahaja memandangkan ingin menggunakan duit yang ada semaksima mungkin.Hotel itu dinamai Jin Hui. Hanya berharga 150 Yuen sebilik sehari semalam. Disebabkan 4 orang sebilik, maka kami sangat berhati-hati dalam melakukan apa sahaja.hikhik

Subuh disini sangat awal, seperti di Sabah(mungkin). Disebabkan kami tiada kompas,jadi menggunakan kepakaran inche hakim yang pernah belajar ilmu wahyu (eh) di UIA.hikhik. Kami solat mengikut kiblat yang diberitahu oleh beliau.

#Gambar tiada kerana inche Hakim tersangat la penat pada hari ketibaan di Guangzhou.

28 Ogos 2012 
Guangzhou, China






Hairan bin ajaib

Bismillahirrohmanirrohim


Hairan bin ajaib apabila mengatakan “dirinya” sebagai medium tetapi berat sebelah. Dimana mediumnya kalau begitu. Kalau medium itu harus tidak berat sebelah. Jangan cerita hal yang sebelah kanan saja, kiri juga. Bukan semuanya baik tentang dicerita dan bukan semuanya buruk tentang yang tidak dicerita. Waduhh..Muak bin Mual.




Saturday, February 23, 2013

Keluar

Bismillahirrohmanirrohim

Pernah kau rasa hidup di luar kepompong keselesaan?
keluarlah, kerna kau akan merasa hidup ini berbeda
Ada yang lebih indah di luar sana untuk dihayati
Ada yang lebih duka di luar sana untuk dikhuatiri
Ada yang lebih dan kurang di luar sana
kau ingin rasa?
Keluarlah dari kepompong selesa itu.
Aku?
Pernah rasa itu.dan ingin lagi.

Gambar semasa XPDC Wali Songo, Jogjakarta

CikDyll,PuanHani,CikRaudhah

Pengongsian Mangsa Gunung merapi, Jogjakarta

Hamboi,Anuar disukai kanak-kanak mangsa Merapi

Aku


Tun Sardon,Penang Island
Cikninja

Friday, February 1, 2013

Tuesday with morrie

Bismillahirrohmanirrohim


Sejujurnya buku ini sangat menarik. Menceritakan kehidupan seorang professor yang cool walaupun beliau tahu jangka hayat hidupnya tidak akan lama. Tetapi yang lebih menarik bagiku adalah bagaimana beliau berdepan dengan kehidupannya dengan positif dan optimis. Semangatnya yang tidak pernah luntur bercambah didalam diri anak didikan suatu masa dahulu iaitu morrie. Semua orang punya masalah, namun yang membezakan adalah bagaimana mengatasai masalah tersebut. 

Cheer up!

Elda.