Thursday, September 26, 2013

semut yang menjengkelkan

Bismillahirrohmanirrohim

Baru-baru ini terlalu banyak semut kutemui berkeliaran sesuka hati di rumahku. Baru beberapa minit aku meletakkan makanan (ayam goreng pula tu ) dah penuh semut mengerumuni makanan tersebut.Huh!.dasar semut yang menjengkelkan. Namun, melihat semut aku pasti teringat beberapa cerita.

Heriah selalu cerita dengan aku bahawa semut memang sangat banyak di rumah kami di Sabah. Sehinggakan mendesak bapak untuk membeli kapur semut (racun membunuh semut). Jadi, apabila bapak temui semut dimana sahaja di dalam rumah kami, bapak tidak membunuh terus tetapi melukis lingkaran bulat agar semut tidak boleh keluar daripada lingkaran bulat tersebut. Oleh sebab itu, banyaklah lingkaran-lingkaran bulat di dinding rumah kami. Terasa lucu pula mendengarnya.Tidak tahu pengakhiran hidup semut di dalam lingkaran bulat itu.

Lagi cerita lain, teringat sewaktu usrah di Unisel dahulu. Naqib kami pernah memberitahu bahawa apabila melihat sesuatu perlu melihat dengan mata hati bukan hanya mata fizikal semata. Kebetulan waktu itu beliau mengambil contoh semut. Katanya apa yang kamu fikirkan apabila melihat semut? sekadar pandangan biasa atau terus membunuh semut itu dengan memicit-micitnya. Tidak kah kamu berfikir ketika itu bahawa kemungkinan semut itu sedang mencari rezeki untuk anak dan isterinya yang sedang menunggunya di rumah mereka?Mulai hari itu aku selalu menyelamatkan semut tidak kira dimana sahaja.

Serta kisah Semut dan Nabi Sulaiman. Kisah ini aku pernah ceritakan kepada kanak-kanak berumur 4 hingga  6 Tahun ketika Program mengajar Al-Quran. Berlaku peristiwa ketika Nabi Sulaiman melihat seekor semut melata di atas batu di padang yang tandus. Nabi Sulaiman bertanya jika ada rezeki untuknya di atas pandang yang tandus itu. Semut memberitahu bahawa rezeki di tangan Allah. Nabi Sulaiman bertanya lagi berapa banyak makanan yang diperlukan oleh semut selama sebulan. Semut memberitahu sebesar sebiji gandum mencukupi untuk sebulan. Nabi Sulaiman meletakkan semut dan sebiji gandum di dalam bekas dan menutup bekas tersebut. Selepas sebulan, bekas itu Nabi Sulaiman buka semula dan mendapati hanya setengah sahaja yang dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaiman memberitau bahawa semut itu haiwan yang pembohong. Semut menafikan tuduhan tersebut dan memberitahu bahawa apabila Nabi Sulaiman meletakkan dia bersama sebutir gandum, semut itu takut jika Nabi Sulaiman terlupa tentangnya dan membuatkan agar sebutir gandum cukup untuk dua bulan namun jika dia berada di luar bekas itu semut itu yakin rezeki di tangan Allah jadi dia bebas untuk makan apa sahaja. Itu iman semut. Kecil yang besar.

Ketika aku menulis masih ada lagi semut berlegar-legar di papan kekunci ini.grrrrr..manja semut ni.



Hani
Penang.

Tuesday, September 24, 2013

kemi 2

Bismillahirrohmanirrohim


Ada kawan kata hendak pos buku ni kepada saya. Mungkin tukang pos lambat sampai ka?atau salah alamat ka?atau saya perlu tidak percaya pada tukang pos? keh keh keh.

24 weeks

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah. 24 minggu akhirnya. Setelah bermuntahan, berpeningan (maaf, bahasa teruk) sampai juga ke akhir trimester ke 2 ini. Tidak sangka dapat merasai bagaimana rasanya ibu mengandung. Alhamdulillah, syukur sangat. Dapat merasai degupan jantung bayi, rasa pergerakan bayi. Semua itu mampu membuat teruja . Haaa..rasanya tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Semua bermain dengan perasaan, emosi (ha laaa, ibu-ibu kan emosi terlebih).

Alhamdulillah sekali lagi, kesihatan yang baik ketika mengandungkan bayi ini (tak tahu lagi esok lepas cek klinik macam mana, harapnya baik saja.) . Dan yang paling penting ketika mengandung ini, mempunyai hobi yang baru. Crochet!

Crochet atau mengait bukanlah susah rupanya jika sudah tahu langkah-langkah yang sepatutnya. Sungguh menyeronokkan..huh!kan dah cakap ibu-ibu ni emosi terlebih.



Hani | Elda
Penang

Friday, September 20, 2013

23 Weeks

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah, dapat merasa menjadi ibu itu sangat mengujakan, menginsafkan, merisaukan.



Hani | Elda
Penang

Tanda Tanya?

Bismillahirrohmanirrohim




Minggu ini menghabiskan masa menonton filem-filem yang mencerahkan.cerah la sangat.Suami yang sarankan filem ini (pak herry nurdi katanya yang rekemenkan) untuk ditonton. Filem arahan Hanung Bramantyo ini menceritakan kehidupan 3 keluarga yang berlainan agama. Mungkin Hanung Bramantyo cuba menjelaskan bahawa penerimaan berlainan agama itu perlu dalam kehidupan apalagi kehidupan yang sebenar bercampur dengan berlainan agama.

Cerita ini berlatarkan kota Semarang.  

Tan Kat Sun seorang yang beragama Buddha dan pemilik restoran masakan Cina yang tidak selalu tidak sihat sedar bahawa keliling beliau adalah majoriti penduduk Muslim. Justeru, pengasingan penggunaan peralatan memasak sangat dititik beratkan. Apalagi menjual makanan babi dan pekerja beliau juga muslim. Setiap peralatan yang digunakan untuk memasak babi dan ayam akan diasingkan. Pekerja beliau juga diperuntukkan waktu untuk bersolat. Beliau mempunyai anak iaitu Ping Heng atau Hendra yang sentiasa tidak bersetuju dengan tindakan bapanya. 


Soleh beragama Islam dan tidak bekerja. Isterinya iaitu Menuk, bekerja di Restotan Tan Kat Sun. Soleh sentiasa gelisah kerana tidak mempunyai pekerjaan. 
Rika seorang  janda mempunyai anak, Abi mempunyai kedai buku usaha keluarga. Menukar agama dari Islam ke Katolik atas pilihan sendiri namun tetap membiarkan anaknya Abi menjadi seorang muslim.Rika juga bersahabat dengan Surya, lelaki yang tidur di masjid kerana tidak mempunyai tempat tinggal serta bercita-cita ingin menjadi pelakon. 
Kisah mereka sangat berkaitan antara satu sama lain. Apa lagi, setiap mereka punya masalah tersendiri. Namun, apa sebenarnya yang Hanung Bramntyo ingin sampaikan di dalam filem ini?
Puncak filem ini apabila, Hendra yang mengambil alih restoran bapanya memberikan hanya cuti sehari kepada pekerja muslim pada Hari Raya Aidilfitri yang mana sebelum ini bapanya berikan selama seminggu (kalau tidak silap). Bermula pertengkaran di antara Hendra dan Bapanya.Ditambah suami menuk, Soleh serta beberapa umat Islam lainnya merosakkan restoran Tan Kat Sun sehingga menyebabkan kecederaan Tan Kat Sun. 
Kemudian, Surya, lelaki masjid diajak oleh Rika menjadi pelakon yang akan melakonkan watak sebagai Jesus ketika upacara pembapsitisan di Gereja pada hari Krismas. Pada mulanya Surya menjadi takut menjadi perbualan orang ramai jika dia menerima tawaran tersebut namun setelah meminta pendapat imam masjid, Dia faham dimana pun dia berada imannya yang penting.
Soleh yang akhirnya bekerja menjadi askar menjaga keselamatan gereja ketika upacara pembaptisan pada hari Krismas pada mulanya merasa kurang enak kerana perlu menjaga gereja namun akhirnya berubah menggantikan pekerjaan sebagai Jihad baginya sehingga beliau meninggal kerana terkena bom di gereja.
Akhirnya, Hendra masuk Islam setelah membuat pemilihan selepas peristiwa pengeboman di Gereja.
Diakhir filem ini sepertinya Hanung Bramnatyo cuba menyatakan toleransi di dalam beragama. Apalagi hidup di dalam Negara yang mempunyai agama selain Islam. Menurut saya, yang benar kan tetap benar. Kita tidak boleh menegakkan benang yang basah.Walaubagaimana pun, bermuamalah bersama mereka yang bukan beragama Islam itu juga perlu kerana Islam itu indah, jadi harus punya akhlak yang indah untuk dijadikan contoh kepada mereka yang bukan beragama Islam. Contohi Nabi Muhammad S.A.W. Bagaimana baginda memperlihatkan akhlak yang baik sehingga menarik ramai umatnya untuk memasuki agama Islam.
Filem ini kelihatan mendapat kritikan yang hebat juga namun, filem itu kalau dilihat dari pandangan yang baik tidak salah rasanya. Kita ambil yang boleh dijadikan pengajaran.

Hani,
Penang,
11.11 PM
20 September 2013



Thursday, June 13, 2013

9 weeks

Bismillahirrohmanirrohim

'Your baby is the size of a cherry'.

Alhamdulillah.

Insaf sungguh.



Tuesday, April 23, 2013

Akal

Bismillahirrohmanirrohim


Zainuddin yang menaruh hati kepada Hayati si gadis asli kelahiran daerah Maninjau, sebuah danau yang indah terletak di Padang itu malu-malu menyatakan cinta akibat iman yang masih membenteng diri.Hayati juga begitu kerana didikan yang diterima tidak untuk menaruh hati kepada lelaki asing di dalam hidupnya. Jiwa muda mana tahan bergolaknya. Akhirnya, keduanya memedam perasaan sehinggakan tidak tertahan maka berutusla surat untuk mengurai isi hati. Hampa, hanya disebabkan bukan asli kelahiran maninjau tetapi kacukan Bugis,Makassar, Sulawesi Selatan serta tuntutan adat memaksa Zainuddin untuk mneinggalkan hayati. Hayati juga berperasaan yang sama, apatah lagi muncul jejaka bernama aziz yang lebih kaya dan tampan serta bergaya tetapi tidak setampan sifatnya yang mana juga menyukai Hayati dan lebih dulu bertemu keluarga Hayati untuk dibawa menjadi isterinya. Akhirnya, Hayati memilih Aziz lantaran keluarganya memilih,  tinggal Zainuddin menangisi nasib ditolak cintanya. Sakit dan merana peneman hidupnya. 

Itu kisah di dalam buku Buya Hamka "Tenggelamnya Kapa Van Der Wijck". Kisah di alam nyata pasti juga ada begini. Ini realiti kehidupan. Soal kehidupan wajib eleman cinta itu terselit. Tidak kisah la cinta kepada siapa atau apapun. Kisah cinta antara Zainuddin dan Hayati tidak pernah kesampaian sehingga akhir hayat mereka. salah siapa? cinta? keluarga? harta? tak pasti. atau gelora anak muda? Perlukah kita mempersoalkan cinta itu?saya tak tahu. Yang saya fokuskan di dalam cerita ini watak sampingan yang menghidupkan watak zainuddin.

Muluk.Ya, watak sampingan yang sentiasa bersama Zainuddin. Muluk setia membangkitkan semangat Zainuddin, jatuh sakit teruk akibat cinta di tolak. Muluk kisahnya bukan seorang alim, namun ada rasa malunya apabila berdampingan dengan Zainuddin. Berubah menjadi lebih baik. Hero tidak akan menjadi hero tanpa watak sampingan. Hidup ini juga begitu, ibaratnya semua ini pelakon, dunia ini pentas lakonan. Setiap orang berhak menjadi hero/heroin, watak sampingan adalah mereka disekeliling kita.Penting bukan watak sampingan?

...........................

Berkata setengah Hukama :"Tiap-tiap sesuatu di dalam alam ini ada batas perjalanannya.Tetapi akal tidak terbatas:adapun manusia bertingkat-tingkat di dalam darjat akalnya,laksana darjat wangi dan tiap-tiap bunga."

Akal manusia bertingkat,kehendak manusia berlain-lain menurut tingkat akal masing-masing.Ada orang berusaha sehabis maksimum untuk harta di dunia, sehingga lupa bini,anak,panas,hujan dan sebagainya. Ada orang beribadah sehabis maksimum asal hatinya tenteram di dalam mengingati Tuhannya, dia juga ingin kekayaan namun kaya jiwa.Ada orang lupa siang,lupa malam hanya kerana timbunan keping-keping emas sehingga tidak peduli negeri tergadai. Segala berlainan dan perubahan tingkatan pandangan hidup manusia itu timbul kerana berlainan tingkatan pendapat akal.

Bertambah luas akal,bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah bahagia.Bertambah sempit akal, bertambah sempit pula hidup, bertambah datangla celaka.Puncaknya yang penghabisan ialah kenal akan Tuhan, baik ma'rifat kepadaNYA, baik taat kepadaNya dan baik sabar atas musibahNya.tidak ada lagi hidup di atas itu.

sumber buku : Tasawuf Moden (HAMKA)