Thursday, May 26, 2011

Di ufuk fajar.

Bismillahirrohmanirrohim

Unisel


Kalam cintamu, Rabiah ;
pernahkan kau lupakan lapar
dalam astaka cintamu
di perut rindu yang penuh terisi
kalam-kalam puisi telaga abrar?

Aku terbisik pinta angin dinihari
yang merenjis aroma nafas,pengenang
yang tidak pernah akur pada nafkah perempuan
yang menghiris cinta lelaki dengan tafakur salam
agar jadi lupa pada peringatan alam.
Tidak mampu Rabiah, tidak mampu
kuangkat kelopak asyik,kerana harum bumi
keras memintal lupa,lendir keringat yang hitam
di hujung kalam, pada lembar-lembar nashkah
pejuang yang hilang jalan pulang

LAngit siddiq itu, Rabiah
menulis kalimah-kalimah cintamu
dalam berahi fajar,yang kau seludupkan cahaya bulan
di ranjang pengantin perawan
dalam istana makrifat, negara akhirat

Tiba-tiba pada sejalur fajar aku ternampak
wajahnya di ufuk timur.
Ya Allah,petanda apakah ini?

-di ufuk fajar-(Aminah mokhtar)

Saturday, March 26, 2011

Disaat tangan ini menyentuh papan kekunci untuk memulai cerita di blog ini,minda berfikir apa yang harus diluahkan. Jikalau diberitahu semua yang terkumpul dibenak sekarang ini mungkin blog ini sudah aku jadikan seperti diari. Jadi, luahkan apa yang sepatutnya saja.
Membaca blog yang lain, serasa diri ini seperti burung pipit bersama merak yang cantik.Tulisan ntah apa2 jak di blog ini.hmm...

kembara bersama AIMAN.

Pertama kali menjejak kaki selepas turun diteksi apabila sampai di UNISEL dan mendaftar di dalam dewan.Selepas itu, aku,bapak dan heriah masuk ke dalam hostel untuk menyimpan barang. Terbit perasaan kasihan di dalam dada aku dan tanpa ditahan keluar juga cecair di sudut mata comel ini melihat keteguhan bapak dan heriah menghantar aku ke sini walaupun terpaksa meninggalkan pekerjaan.[kata bapak setiap hari adalah duit:p].
Orang pertama yang aku kenali adalah teman sebilik tetapi..tak lama hanya satu sem,dua sem kemudiaan berjumpa dengan AIMAN..:)

Nama diberi Aiman Izzati Binti Megat Azizon,. Beliau dilahirkan di perak [tak sure :p]. Motif sebenar bercerita mengenai aiman bukanlah untuk mempromosi beliau tetapi ingin mencoretkan sesuatu sebagai kenangan kerana kiranya sepanjang bersama beliau selama 3 semester [ alhamdulillah, tahan dengan perangai aku ;p] bersama aku di bilik bersederhana milik sementara kami itu memberi sedikit sebanyak impak yang tidak mungkin untuk dilupakan. Jika ingin dibandingkan sememangnya jauh bagai langit dan bumi perbezaan kami.

Antaranya :
1. Katil aiman sentiasa bersih manakala katil aku penuh dengan buku dan notes.
2. Meja aiman sangat teratur dan bersih manakala meja aku penuh dengan buku tetapi bersih :p
3. itu sajalah..[walaupun banyak lagi.

Walaupun aiman sebaya dengan adik aku [akbar] jadi aiman memanggil aku "kak hani".tak kisahlah,whatever..:p

Aku sangat aktif di dalam persatuan [gptd unisel] jadi disebabkan keaktifanku ini maka hampir setiap malam aku akan balik lambat ke bilik. Manakala aiman seorang yang tidak aktif di dalam berpersatuan. Kerja beliau hanya pergi kelas,balik bilik,pergi kelas,balik bilik[ulang ,ulang dan ulang]. Namun, aiman tak kesah aku balik lambat [walaupun kadang beliau merungut juga] bahkan setiap aku balik pasti senyuman akan menyambut [bahagianya].Ini adalah roomate aku yang paling setia.Walaupun tidak ikut sama berjuang bersamaku, tetapi bersama menyokongku.

Terima kasih aiman kerana :

1. Sentiasa membantu men"translate" BI ke BM
2. Menolong akak dalam bisnes printing
3. Berkongsi makanan walaupun hanya maggi
4. Bersama-sama melalui cuti hujung minggu
5. Bersabar walaupun kadang2 tinggalkan seorang diri ketika hujung minggu [ada program]
6. Menjadi teman setia ketika sedih
7. Menjadi teman "rabbit"
8. Menjadi pendengar setia

Terima kasih.Kembara bersama aiman tidak akan dilupakan.:)

Jejak-jejak itu pasti akan hilang dari pandangan namun bukan dihati :)











keberanian aku mana?


Disana sini aku mendengar soal perjuangan itu perjuangan ini. Aku serasa ingin juga turut serta tapi aku takut. Terasa seolah-olah terdengar ada suara mengatakan "jangan,jangan,jangan".arghhh..tension pula.

Aku memang terkenal dengan perangai "penakut".Sehinggakan mereka [kawan-kawan] menggelar aku si penakut.

takut hendak bercakap dengan orang yang lebih besar pangkatnya padahal semuanya manusia sama di mata Allah.aku tahu itu.
takut hendak berkata-kata apabila ditanya walhal tahu itu benar.aku juga tahu.
takut berjuang bersendiriaan padahal Allah ada.aku sangat-sangat tahu itu.

Tapi..[mesti ada tapi kan " _ " ]


aku tetap tidak berani. Kalau ada sakti yang boleh diberikan kepadaku supaya berani. Aku orang pertama yang akan angkat tangan tinggi-tinggi mengatakan MAHU!AKU MAHU SAKTI ITU!


Wednesday, March 23, 2011

ragam selepas exam

23 Mac 2011 adalah hari terakhir menduduki peperiksaan di Unisel. Kertas peperiksaan yang aku duduki pukul 9.00 pagi tadi yang dinamakan Expert System and Knowledge Engineering. Wahh,dengar tajuk memang expertla sampaikan aku juga termuntah sebab nak expert.Kita selalu mendengar orang ramai berkata "ko expert aku macam ni....""Expectation saya terhadap kamu..""saya tak expert dia macam ni.."aku pun tak faham dahulunya apa maksud expert sehinggalah aku mempelajari subjek membuatkan aku semakin expert.ecece.

Sebenarnya nak tulis dah habis exam saja diblog ni,tak ada niat lain pun.keh keh keh..:)

Selepas habis exam semalam, aku terfikir nak menulis apa diblog ni,otak aku dahla penuh denga hafalan subjek expert system,takkan nak tulis pasal expert system,aishh,pening.Jadi,akhirnya selepas tanya dinding bilik aku di unisel ni(sebab roomate dah balik awal,wawawa),tanya bantal,tanya,tanya dan tanya akhirnya....aku nak letak gambar je..keh keh keh..:)

Gambar dibawah adalah antara aktiviti yang aku nak buat lepas ni...


ketawa


ketawa lagi


ketawa lagi



ketawa comel



Melompat setingginya (kalau bolehnak capai awan)


Makan sebanyaknya (masa exam aku tak cukup makan,,wawawa)


Ketawa..kah kah kah


Ketawa lagi..kah kah kah


ketawa lagi, kah kah kah


Itu saja buat masa ini untuk melepaskan segala perasaan ketidakpuasanhatian sebelum,semasa dan selepas.
legaa....dan ada lagi....

jeng..jeng...jeng..(bunyi gitar)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..

...
....
....
.....

..........

Aku takkan pernah lupa bersujud dan bersyukur di atas segala apa yang berlaku kerana aku yakin DIA tak akan pernah membiarkan aku bersendirian..


hehehe :)



Sunday, March 13, 2011

Istikharah.




[Berada di dapur rumah bersama mama]

Aku : Mak, dulu siapa yang bagitau mak ada orang datang meminang mak?

Mak : Nenek lah, dia kata mau kawinkan mak sebab daripada tidak buat apa bagus kawin.

Aku : Umur mama 20 tahun kan masa kawin?

Mak : iya, 20 tahun.Ko pun sudah umur 20+ lebih, tapi belum kawin lagi.

Gulp!



rasa nuansa hati.




Pada awan biru kumelakarkan kata-kata ~~kata Hafiz Hamidun.

Seandainya langit malam itu bisa berbicara, sudah pasti aku akan bercerita masalah ku kepadanya.
Seandainya pokok ini bisa bijak berkata, sudah pasti aku akan berjenaka padanya.
Seandainya ......

Kata sahabatku, serahkan saja pada Dia.
Jangan bergantung kepada makhluk di Bumi ini.
kerana katanya, makhluk di bumi ini juga ciptaan Dia.

Suara hatiku yang satu ini asyik mendesakku.
Suara hatiku yang satu lagi asyik menyuruhku.
Baik! Hanya pada Dia.

Kata Heroku 1 (bapa), ingatlah dibawah siapa yang kau pijak!
Kata Heroku 2 (Akbar), andai kakimu pincang sebelah,aku ganti dengan kakiku.
Kata heroinku 1(mama), jaga hatimu, jangan beri kepada sembarangan orang.
Kata heroinku 2 (heriah), bila semua membelakangimu, bahuku sentiasa ada.
Kata heroin-heroinku(kembar), aku ingin sepertimu!.

Kataku kepada hero dan heroinku!
aku rindu!