Bismillahirrohmanirrohim
Sejak mendirikan rumah tangga, apabila keluar untuk membeli barangan dapur rumah (terutamanya pasar raya besar), suami juga pasti turut serta (kecuali pasar dekat rumah sebab 'fresh' katanya) untuk membeli barangan. Apabila keluar bersama, sudah tentulah beli barang pasti mendapat 'scanning' dahulu daripada suami. Untuk melihat kandungan makanan tersebut katanya. Untuk mencari yang halal lagi baik katanya. Kebanyakan makanan yang saya pilih semua kena 'reject'. Mengapa? Sebab katanya kandungan makanan tersebut mengandungi gelatin. haa? apakemenda tuu..waaa ;(, nampak sangat ilmu takda. Oleh sebab itu, kena membuka semula buku beliau.hehehe. haaa, ni yang nak kongsikan sebenarnya. waa,gituuu.
p/s :sebelum baca,sila makan kerepek pek agar tidak bosan.
Gelatin
Adalah sejenis protein tidak lengkap yang dihasilkan daripada sumber binatang iaitu daripada kulit, tulang dan tisu penyambung. Ia juga boleh dihasilkan daripada terbitan kolagen dan sumber tumbuh-tumbuhan.Gelatin daripada tumbuh-tumbuhan terdiri daripada karbohidrat manakala gelatin binatang terdiri daripada protein. Gelatin daripada tumbuh-tumbuhan mempunyai nilai komersil yang tinggi dan mahal; dan gelatin daripada binatang adalah sisa buangan dari rumah penyembelihan dan jauh lebih murah. gulp!.Oleh kerana itu gelatin daripada binatang menjadi pilihan para pengilang dan pengusaha makanan.Kulit, urat dan tulang babi dan lembu menjadi bahan mentah utama dalam penghasilan gelatin.
Kegunaan gelatin
Sebagai bahan pemantap : Digunakan dalam proses membuat aiskrim dan gula aising.Gelatin di dalam aiskrim bertujuan untuk mencegah pembentukan hablur ais dan merendahkan kadar pencairan aiskrim supaya ia berada dalam keadaan pepejal dan mempunyai tekstur yang lembut. Manakala di dalam gula aising adalah untuk menahan cecair daripada aising memasuki kek atau lain-lain produk pastri.
Sebagai pengemulsi : Iaitu sebagai agen campuran bagi bahan berminyak dan bahan berair.
Sebagai pemekat makanan.
Sebagai pengental.
Sebagai bahan lekatan dalam gula-gula.
Sebagai bahan penggebu (marshmallow).
Produk yang dihasilkan daripada gelatin.
1.Aiskrim dan gula aising (untuk membuat kek atau pastri)
2.Membuat jeli dan gual-gual jeli.
3.Gula-gula getah.
4.Gula-gula toffee. (aku tak tau apa benda gula2 ni)
5.Makanan daging dalam tin.
6.Jem dan marmalad.
7.Bahan campuran dalam jus buah (kotak/tin).
8.Dadih buah.
9.Keju, mentega dan marjerin rendah lemak.
10.Produk penjagaan rambut-krim perapi rambut,syampu,semburan dan tonik rambut.
11.Produk penjagaan kulit-krim pelindung matahari,krim kulit,losen badan,krim pelembab,krim malam,produk dandanan kuku dan krim cukur.
Sumber : Laporan CAP dalam buku Halal Haram
Selamat tercerah dari makanan.
Friday, April 12, 2013
Thursday, April 11, 2013
Bismillahirrohmanirrohim
'Jika kesunyian tak mampu menghadirkan ketenangan, jika sujud dan ruku' kita tidak lagi mendatangkan ketenteraman dan kesejukan jiwa, ada yang perlu kita tengok dalam diri kita. Kita perlu mengambil jarak dan melakukan hentian sejenak dari kesibukan-kesibukan yang terus memacu kita untuk berlari. kita perlu mencari kejernihan di tengah hiruk-pikuk kehidupan maupun mimpi-mimpi kita...'
'Jika bertambahnya rezeki tak menambah kebahagiaan,ketenangan dan kekhusyukan, ada yang perlu kita periksa sejenak. Atas sedekah dan ibadah kita, ada yang perlu kita cermati dengan jernih barangkali ada salah niat yang terselip. Atas berlimpahnya harta yang tak menambah keteduhan hati dan kesejukan jiwa, ada yang perlu kita renungi; tentang diri sendiri, tentang tetangga kita, tentang doa-doa kita serta berbagai hal yang berkaitan hubungan kita dengan Allah maupun hubungan sesama.'
'Ambillah jarak, luangkan waktu dan lakukan hentian sejenak. Semoga kita dapat menemukan ketenangan di tengah kesibukan.'
Buku : Mencari ketenangan di tengah kesibukan.
Sibukka? :p

Berzikir tapi tidak tenang
Bismillahirrohmanirrohim
Sejak akhir-akhir ini, kesihatan saya direnggut kembali.Tak,tak. Saya tak mohon disimpati namun perlu doanya. Terima Kasih. Bukan saja kesihatan, malah menular ke fikiran, idea juga diambil. Mohon doanya.
Bertahun kebelakang, saya banyak keluar daerah, Negeri dan Negara. Banyak yang saya lihat. Banyak yang saya rasa. Banyak sekaliii. Antaranya alam yang mengingatkan saya kepada Tuhan saya, kita dan juga kamu. Mengapa perlu keluar baharu memikirnya. Di kampung saya juga ada alam yang terbentang. Mungkin situasi yang tidak sama. Juga pergaulan yang tidak sama. Ya, kerana keluarnya saya tidak bersendiri melainkan berkelompok. Kerana berkelompok itu punya banyak kepala dan idea. Punya banyak idea dan kepala itu membuatkan munculnya banyak persoalan. Dan punya persoalan itu membuatkan banyaknya berfikir. Ya, apabila keluar akan banyak berfikir.
Justeru kerana banyak berfikir saya banyak bertanya kepada diri. Kerana banyak bertanya saya perlu jawapan.Kerana perlu jawapan saya harus mencari sesuatu samaada bertanya yang pakar, merujuk buku dan juga Al-Quran.
Itu dulu. Sewaktu zikir yang benar-benar berzikir. Mengingati Allah berdiri, duduk dan juga baring. Namun, kerana hati yang sudah meninggalkan ubat pembaikan maka zikir kini hanya meraih sebatas ketenangan sesaat dan kepenatan jiwa yang keruh. Kadang-kadang tenggelam menangisi diri kerana dosa bersama teman-teman yang lain namun ketika bersendiri sebaliknya.Kerana apa, kerana tiada kesungguhan dalam mengingatiNYA dan yang paling teruk mengingatiNYA hanya kerana inginkan ketenangan yang sepintas dan mengharapkan jiwa yang letih diubati. Moga dijauhkan.
Semoga ada yang bisa dipelajari. Peringatan untuk diri. Kemungkinan kondisi begini melahirkan entri begini. Ya, begitulah sifat yang sangat buruk, mengejar hanya apabila perlu. Memohon doa apabila sakit kerana menginginkan kesembuhan. Tiada pula memohon doa kesembuhan hatinya apabila sihat dirinya. Mohon dijauhi begini.
Wallahu a'lam.

Saturday, April 6, 2013
Mendaki bukit
Bismillahirrohmanirrohim
2 pasang kaki melangkah menuju ke Bukit Jambul. Tujuan sudah tentulah untuk mendaki bukit. Sampai di kaki bukit, terlihat beberapa pasang manusia bersenam ringan. "Barangkali persediaan sebelum menaiki bukit" Monologku. Kelihatan juga beberapa manusia sudah turun dari mendaki. Baju mereka kelihatan basah lecun dek peluh.Ada yang membawa 2 botol besar air sambil mendaki bukit.
Memulakan pendakian dengan Bismillah. Semoga diberkati dan difikirkan tentang penciptaaNYA.
Aku?Tercungap-cungap. Beratnya badan dan dosa. Eh.
Semakin naik, semakin penat, semakin tercungap-cungap. Berhenti sekejap dan berpaut pada tangan cinta. Mendaki lagi, berhenti sekejap. Mendaki lagi berhenti sekejap. Mendaki lagi berhenti sekejap. Mendaki lagi berhenti sekejap. Oi, bila nak sampai macam ni. Ok. Aku teruskan juga. Walau terpaksa. Walau nafas seakan mahu terputus. Walau baju dah basah. Tekak jangan katalah. Air liur pun dak takda. Walau itu, Walau ini.Bla bla bla.Sesetengah pendaki lain rileks saja naik dengan berlari. Bawa botol air besar pula tu. What!! Alhamdulillah, setelah berhenti banyak kali. Sampai jua akhirnya. Tiada yang lebih indah apabila kita berpenat-penat akhirnya apa yang kita lihat tersangat indah. Jika aku tahu ini yang aku lihat, sudah tentu aku takkan berhenti. Sebuah pemandangan indah di mata, tak tercakap dek mulut.
Rupanya hidup ini seperti mendaki. Jika kita tahu apa yang akan kita dapat setelah berusaha, sudah tentu kita tidak akan berhenti dan berputus asa. Tetapi ya hidup. Sudah namanya hidup. Harus dijalani walau tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa mendatang. Entah berjaya atau tidak, terpulang kepada badan. Bukan nasib badan. Asalkan jangan pernah bosan dengan hidup. Kalau bosan, hidup juga pasti bosan dengan kita. Begitu juga hati yang harus selalu dibangunkan. Bukan saja jiwa. Namun hati dan jiwa itu harus selalu dipadankan. Kemana pun hati pergi, jiwa harus selalu ada. Kan sebagai pelengkap. Bagai irama dan lagu. Bagai ombak dan laut. Bagai tempe goreng dan sambal kicap.Eh.
Semoga hidup ini bermanfaat saja.
Hani
Pulau pinang sedang hujan dan banjir kala ini.

Wednesday, April 3, 2013
hari ini tak sama dengan semalam
Bismillahirrohmanirrohim
Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku esok, lusa mahupun tulat dan hari-hari mendatang. Aku pun tak tahu aku akan kahwin dengan lelaki dari semenanjung.ek.itu abaikan.
Semalam sepatutnya menjadi pekerjaan pertama.Namun menjadi terakhir juga. Baru nak menjadi pekerja yang berdedikasi tetapi terpaksa berhenti sebab syarikat tu tak benarkan solat.Sadis betul.Yang lebih sadis lebih ramai pekerja islam yang masih bekerja di situ. Walaupun aku cuba 'slow talk' dengan bos untuk membenarkan solat namun company tetap tak membenarkan. ok la bai company. Pukul 8 pagi masuk kerja, pukul 3.30 petang keluar kerja. Suami berkeras nak ambil bawa balik. Lagipun nak solat zohor kan. dan nak buat laporan. emmm.
Semalam dapat kerja baru lagi. eh, brapa banyak semalam la. Takpa la, tak payah bagitau bila ya. Biarlah rahsia. Kerja di syarikat buku. Wah, macam impian nak jadi kenyataan pula. Sebelum ni cita-cita pernah nak kerja syarikat buku. Sebab terlalu excited maka aku pun pergi la survey bas menuju ke tempat kerja tersebut. Siap naik bas tu lagi sehari sebelum nak pergi kerja. Almaklumlah suami selalu outstation. Belajar lah naik bas. Lebih kurang sejam juga. Memang penat, itu jangan cakap. Balik rumah, siap kemas rumah, masak dan sebagainya yang dilakukan oleh isteri mithali.cewah. Ada panggilan, aku pun menjawab dengan sopan. T.T .Bos syarikat tu telefon cakap tak jadi ambik sebab mereka nak pekerja lelaki jeww. emmm.
Ni mesti ada kes ni. Cek balik hubungan dengan manusia dan Tuhanmu.
T.T

Monday, April 1, 2013
mimpi belum sudah
Bismillahirrohmanirrohim
"Masa muda masa yang berapi-api." Haji Rhoma Irama
Semuanya bermula dengan angan-angan, kemudian ditukarkan menjadi mimpi-mimpi. Semuanya indah, tiada yang cacat dan cela. Keinginan membuak-buak. Macam-macam rancangan sudah diatur. Itulah mimpi. Umur menginjak dan mimpi itu masih ada.

Subscribe to:
Posts (Atom)